My Army ^^

31 December 2012

Gugurnya Kawan Seperjuangan~


Nurul Shifa Binti Yahya
1992-2012

   31 Disember 2012 - gugurnya kawan seperjuangan aku iaitu Nurul Shifa Bt Yahya, suka dipanggil Mektok.. hajat kami untuk menjalani latihan Industri bersama-sama hanya tinggal kenangan.. Ya Allah,  hebat benar kekuasaan Mu Ya Allah.. hanya sekelip mata aku kehilangan dia.. kawan yang periang, suka membuat orang lain happy, tak pernah selama aku mengenali arwah, hati aku disakiti dan membenci dia.. aku yakin, begitu juga pada orang lain..

   Semalam, 30 Disember 2012, arwah menghantar sms untuk bertanya tentang tempat praktikal.. macam-macam persediaan arwah telah sediakan dan arwah betul2 semangat nak pergi.. Arwah pernah menyimpan hajat  " lepas aku habis diploma ni nanti, aku nak ambil degree Human Resource.. sbab aku tak suka kerja dapur, aku nak bergaya, akukan suka makeup semua-semua ni" aku masih ingat kata-kata tu..

    Ingat dulu, masa mula-mula aku masuk kolej, arwahlah yang mula-mula tegur aku dan Farid.. aku mengenali dia kerana sikap dia yang riang dan penyayang.. semua memori terbayang didalam ingatan aku, gayanya, lawaknya, semuanya.. sem yang baru berlalu, aku sama kumpulan dengan arwah, kelas Makanan Asia.. tak pernah sekali pun kami ponteng kelas, jauh dan lambat macam mane skali pun, kami tetap datang.. Ya Allah, aku sukar nak lupakan segalanya..

    Semua bermula apabila aku dapat panggilan dari kawan aku Bear.. dengan tidur lena aku terjaga dan mendapat berita yang aku pikirkan hanyalah mimpi.. aku pikir mungkin ia hanyalah penipuan, tak lama selepas tu, aku dapat panggilan dari Nas dan mesej dari Syahdan.. barulah Bear menghantar mesej yang dia sudah tiada.. aku terus tak tidur, segalanya memori terkeluar dari pemikiran aku.. sungguh tidak percaya.. Ya Allah, tabahkanlah hati aku dan kawan-kawan ku yang lain yang mengenali arwah Ya Allah..

   Pemergiaan arwah, memberikan impak yang besar kepada kami, akan aku selalu mendoakan kebahagiaan dan ketenangan mu sahabat ku Mektok.. kami sayangkan kau, harap engkau bahagia disana dan harap Allah menerima doa-doa kami sebagai sahabat mu.. Al-fatihah..
kAMSAHAMNIDA !! !!

29 December 2012

Sentuhan terakhir 2012 ^^

   
    Hari ahad.. 30 Disember 2012.. sentuhan terakhir aku memasak untuk family tercinta.. hehehe.. skema sekejap.. maklumlah ~ tahun baru dah nak tiba kan.. lagi2 aku nak kena gerak pergi practikal dekat tempat jauh.. meninggalkan family aku selama 3 bulan akan datang.. menu hari ini agak special sikit.. dah lama gila aku tak makan.. lagi2 aku yang masak.. ahahaha.. menu hari ini Kari Ikan Merah atau Red Snapper.. mesti tahukan ikan merah tu apa.. menu kedua ni, mak aku buatkan, aku just tolong sikit2 je.. Sambal tempoyak udang dan petai.. wow !! hehehe.. ini pic dia..



   
    Resipi takkan aku nak bagi tahu kot?? semua orang tahu masak benda simple ni kan?? lauk yang famous untuk orang melayu kita.. hehehe.. by the way, siapa yang baru usya blog ni, mai la BLOGWALKING sikit.. hehehe..
kAMSAHAMNIDA !! !!

26 December 2012

Practical ~



     Fuhhh.. susah juga nak cari tempat praktikal ni.. dengan masa yang diberi tak sampai sebulan.. dengan resort dan hotel bagi feedback yang lambat mengalahkan siput.... haishhh.. serius susah gila.. macam-macam tempat kami apply, ada yang bagi feedback tapi.. sedihnya hidup ni~ 

    4 season dah penuh,Pulau Perhentian ambil student bulan 2, sebab bulan satu angin monsoon katanya.. Frangipani resort and spa dah penuh, Pangkor Island tak bagi feedback lagi, Tioman Island lagilahhh.. senyap jeh.. Equatorial Cameron Higland tak ada bagi tempat tinggal, just elaun rm300.. tempat lain, aku dah tak ingat dah.. banyak sangat..yang betul-betul dapat, Club Med Cherating.. tak ada elaun tapi bagi tempat tinggal dan makan.. yang aku risau sekarang, komunikasi menjadi halangan nanti.. mesti fully bahasa english.. aduiiii~

   Tapi aku akan try juga walaupun bahasa english aku medium rare..ahahaha.. by the way, tolong doakan aku berjaya ok,aku akan belajar berkomunikasi dengan baik, sebab bidang aku ni, perlukan bahasa english.. tapi ada orang kata.. asalkan kita paham cakap mereka dah cukup baik, ada juga yang kata biar english kita bersepah or berserabut, asalkan kita yakin.. Dzul Fazdli Zahri !! yakin ok !! semua benda dekat dunia ni perlukan halangan.. dan harap pembelajaran aku dekat sana menjadi satu pengalaman dan pembelajaran yang memberikan seribu satu makna.. ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

19 December 2012

Cheese ^^



     Hye !! keju untuk post hari ini.. mesti ramai yang tahu keju itu apa.. tapi berapa ramai yang tahu jenis-jenis keju yang lain?? dan berapa ramai pula yang tahu apakah perbezaan serta dari mana datangnya keju-keju ini?? ok, aku akan sharekan untuk awak2 semua, jenis dan dari mana ia datang.. sebelum itu, aku tak boleh cerita panjang tentang keju ini, just share tempat dan nama.. nak tahu lebih, cari dan study sendiri ok.. nak seribu daya.. tak nak seribu dalih !!

    Keju mempunyai banyak perbezaan diantara satu sama lain.. yang membezakannya selalunya bau,rasa,tekstur dan rupa serta bagaimana ia dihidang dan kesesuaian dalam masakan.. di Eropah, empat keju yang kuat (rasa dan bau) ialah Limburger,Stinking Bishop,Stilton dan Epoisses.. keempat-empat keju ini diperbuat dari susu lembu..

    Empat keju dari susu kambing biri-biri yang terkenal di Eropah ialah Lanark Blue,Feta, Pecorino Romano dan Roquefort.. Empat keju dari susu kambing yang terkenal di Eropah pula ialah Chevre de Montrachet , Crottin de Chavignol, Pantysgawn dan Valdeteja.. ok, ini keseluruhan keju yang aku janjikan..

Keju dan asal ~

  1. Limburger - Eropah
  2. Stinking Bishop - Eropah
  3. Stilton - Eropah
  4. Epoisses - Eropah
  5. Gorgonzola - Itali
  6. Gubbeen - Ireland
  7. Caerphilly - Wales
  8. Cheddar - England
  9. Chaumes - France
  10. Cornish Yarg - England
  11. Ricotta - Italy
  12. Cottage cheese - Eropah
  13. Cream cheese - U.S
  14. Lanark Blue - Eropah
  15. Feta - Eropah
  16. Pecorino Romano - Eropah
  17. Roquefort - Eropah
  18. Dolcelatte - Itali
  19. Danish Blue - Denmark
  20. Edam - Netherlands
  21. Gouda - Netherlands
  22. Gruyere - Switzerland
  23. Emmenthaler - Switzerland
  24. Fontina - Itali
  25. Chevre de Montrachet - Eropah
  26. Crottin de Chavignol - Eropah
  27. Pantysgawn - Eropah
  28. Valdeteja - Eropah
  29. Brie - France
  30. Camembert - France
  31. Halloumi - Cyprus
  32. Leerdammer - Netherlands
  33. Mascarpone - Itali
  34. Mozzarella - Itali
  35. Provolone - Itali
  36. Raclette - Switzerland
  37. Quark - Eropah
  38. Parmigiano Reggiano - Itali
  39. Mont d'Or - Switzerland
  40. Morbier - France
  41. Mutter Paneer - India
   Itu dia.. fuhh.. banyak kan.. kalau ada yang tertinggal minta sharekan ok.. by the way, harap awak2 semua dapat sikit ilmu tentang keju ni.. walaupun ceciput.. hehehe.. ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

18 December 2012

Soup ~



    Holla~tetiba nak cerita pasal sup harini.. mungkin sebab aku masak sup ayam.. hehehe.. ok, mesti ramai yang sudah tahu tentang jenis2 sup kan.. tapi aku nak jugak ceritakan.. hehehe.. aku mula dengan jenis sup..

    Sup ada beberapa jenis.. yang membezakannya ialah tekstur, bahan, method dan rasa..dan juga kepekatan.. sup jernih/Clear sup seperti broth,Consomme dan sup yang berupa cecair yang jernih seperti sup yang cina selalu buat.. kalau tak tahu juga, dia serupa sup yang kita selalu makan..

     Ok, broth tu sup aku maksudkan tadi.. biasanya orang yang jual steamboat guna broth untuk celur steamboat tu.. ada chef yang kata macam tu.. kalau Consomme, dia sup yang paling legend.. sebab dia mahal,leceh dan paling2 susah nak buat.. berjam-jam nak buat.. sebab nak dapatkan rasa dan tekstur yang betul.. dan untuk mendapatkan kejernihan yang betul.. kalau tak silap dia cold sup/sup sejuk..cari di google kalau nak tahu lebih ok.. sup ni sup yang dikategorikan ringan..hehe..

    Sup pekat/thick soup.. sup yang dipekatkan menggunakan krim atau bahan yang jenis pepejal seperti puree.. Cream soup dan puree soup dikategorikan thick soup.. begitu juga dengan Bisque dan Chowder.. ok,aku terangkan satu-satu ya.. cream soup tidak kiralah apa2 nama lain seperti cendawan,ayam dan sebagainya.. dia menggunakan krim untuk memekatkan sup itu.. tekstur dia halus, gebu dan licin.. rasa dia memang hebat dan berlemak.. segala jenis sup yang ditambah krim, dikira cream soup.. mudahkan.. hehe..

    Puree soup pula, sup yang dipekatkan dengan mengisar satu bahan pepejal yang digunakan bagi menghasilkan sup.. macam cauliflower soup.. bunga kobis/cauliflower  ni perlu di bland.. tekstur dia tak halus dan tidak selicin cream soup.. rasa tidak berlemak.. biasanya sup puree ni menggunakan bahan berkanji seperti kentang dan juga sayuran.. ingat !! jika ia ditambah cream, ia dikira cream soup dan bukan puree soup..

    Bisque, ia dibawah cream soup, tapi menggunakan makanan laut.. ia sama seperti cream soup, tapi cream dicampurkan selepas sahaja ia diangkat, bertujuan bagi memekatkannya.. maksudnya, ia tidak dibland seperti cream sup.. cream diletakkan masa sup nak dihidang..

    Chowder, tak banyak beza dengan dengan cream sup, biasanya ia guna susu atau kentang.. sup pekat/thick soup dikira sup yang berat/heavy.. harap ramai yang tahu membezakan makanan yang ringan/light dan berat/heavy.. jika tahu membezakan ringan/light dan berat/heavy, mudah bagi awak2 semua nak buat menu..

    Dan yang terakhir, Specialty soup.. sup yang istimewa.. bukan sup OKU tau.. hahaha.. dia lebih kurang sup yang legend dan popular di sesebuah negara barat.. ada 3 sup sahaja yang basic orang tahu, iaitu French Onion Sup dari Perancis, Gumbo dari New Orleans dan Minestrone soup dari Itali.. dah tahu kan?? search google sahaja ok.. hehe.. oh, Gumbo tu biasanya di New Orleans guna Alligator.. tahu kan alligator tu apa?? hehehe... by the way, harap info ni membantu awak2 semua.. Annyeong~ ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

Durian Crepe ^^



    Hoi hoi~~ hehehe.. tetiba nak share pasal Durian Crepe ni.. apa yang famous sangat pun aku tak tahu.. ramai betul orang gossipkan pasal durian crepe ni.. sakit telinga aku.. hahahaha.. dia lempeng je kan.. just letak filling.. tu je.. tak apalah, aku bagi resipi dia.. orang kata benda ni sedap kalau makan masa sejuk.. so, try buat.. tak payah susah2 nak beli.. alang2 dah musim ni kan..by the way, dah nak habis musim pun kan.. hehe.. ok, check ni ~~

Bahan untuk crepe :

  1. 250gram tepung gandum
  2. 3 biji telur
  3. 400ml santan
  4. 100ml air
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. sedikit pewarna kuning dan esen vanilla
Bahan untuk Filling :
  1. 1 cawan whipping cream 
  2. isi durian yang dilecek/lenyek..
Caranya :
  1. Gaul semua bahan untuk crepe tu.. sama seperti buat lempeng.. better guna hand mixer.. kalau berketul2 better tapis.. sebab nanti tak licin dan cantik..
  2. Panaskan pan, masak crepe seperti masak lempeng juga.. kalau boleh, buat senipis yang boleh..
  3. Bila dah siap, pastikan yang bahagian yang licin di bawah, kemudian letakkan filling.. 
  4. Letakkan dahulu whipping cream.. pastikan dah dipukul dengan cantik dan gebu.. kemudian letakkan isi durian yang dilecek tadi betul2 di tengah..
  5. Kemudian, last sekali, lipat dua2 bahagian.. rupa dia seperti bantal dan licin.. dan sejukkan.. siap !!

     Haa,, itu dia.. hehehe.. selamat mencuba.. harap2 dah tak ada gosip pasal Durian crepe ni.. sebab bukan susah pun nak buat.. hehehe.. bye~



kAMSAHAMNIDA !! !!

16 December 2012

Caramel Pudding ^^



    Hye.. sorry lah, tak sempat nak update semalam pasal caramel pudding ni.. oh, gambar dekat atas ni bukan gambar yang aku buat.. yang aku buat semua dah abis.. hehehe.. tapi tak jauh beza pun hasilnya.. ok, aku ceritakan sedikit pasal puding ni.. dia guna telur dan susu cair.. dan sedikit gula.. gula hangus atau caramel tu sebagai dessert sauce dia..

    Rasa dia memang manis.. orang kata rasa manis sebab nak hilangkan bau hanyir telur.. tapi aku buat, aku guna perisa vanilla.. tak ada lah hanyir bau dan rasa dia.. sebab terlalu manis memang sakit tekak.. hehehe.. siapa yang ada penyakit tu harap2 janganlah makan.. lau nak makan pun, better buat sendiri.. boleh kurangkan manisnya.. ok, dah banyak sangat aku ke laut ni.. ambil resipi ni..

Caramel Pudding :

  1. 1 tin susu sejat
  2. 5 biji telur
  3. Setengah cawan gula halus
  4. 1 cawan gula
  5. Air
Caranya:
  • Buatkan caramel dahulu.. hanguskan 1 cawan gula di dalam periuk.. tapi hati2.. jangan terlalu hangus.. nanti pahit.. agak2 dah perang tu bolehlah tambahkan air.. dan pekatkan sedikit.. kemudian sejukkan.. jangn terlalu pekat, nanti dia keras bila sejuk.. tak jadi sos..
  • Sediakan puding pula.. campurkan susu sejat dan telur serta setengah cawan gula halus.. kacau sehingga gula hancur tapi jangan kasi dia berbuih.. tak cantik.. isikan dalam bekas..
  • Kemudian kukus.. kukus lagi sedap sebenarnya.. boleh juga guna oven dan letakkan air dibawah nya.. (lupa nama teknik tu)
  • Bila dah masak dan set, sejukkan puding dan tuang caramel diatas puding.. siap !!

     Itu diaa.. kalau ikut resipi dekat internet, macam2 bahan ditambah.. ada letak tepung jagunglah, tepung gandumlah.. pakai susu segar lah.. macam2.. padahal guna berapa bahan je.. dah siap.. nak keras sikit, lebihkan telur.. tapi yang ni lagi sedap, sebab dia lembut sedikit.. hehe.. selamat mencuba.. ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

Char Kuew Teow



     Hoi hoi~~ hehe.. tetibe je nak share pasal Char Kuew Teow.. hehehe.. siapa tak kenal makanan popular ni kan.. tapi sayang, ramai yang tak tahu resipi asal Char kuew teow ni.. sedihnyaa.. ahahaha.. ramai yang tak dapat bezakan kuew teow goreng dengan Char kuew teow.. sesangatlah kesian.. dan rasa char kuew teow yang betul2 ori, hanya boleh dapat di Penang.. betul ke?? hehehe

     Jangan risau, aku nak share resipi sos char kuew teow harini.. yang original tau.. terbaik dari Penang.. hehehe.. aku dapat resipi ni dari seorang Chef.. dia punya kertas resipi memang dah uzur gila.. ahahaha.. yang dapat resipi hanya beberapa orang je.. tapi aku baik hati harini.. tetiba nak share.. tapi.. haaa.. ada tapinya.. aku tah boleh share bahan rahsianya.. nanti kena saman.. T_T .. hehe.. tapi hanya resipi sos nya sahaja.. oh, nak promote blog lama yang baru nak diupdate ni dia..

Sos Char Kuew Teow :

  1. Air
  2. Ajinomoto
  3. Sugar
  4. Salt
  5. Fish sauce
  6. Soy sauce
  7. Oyster sauce
  8. Black Soya Sauce
  9. white pepper
    Haa, itu dia.. aku tak boleh bagi measurement dia.. sebab nanti kena saman.. pandai2 lah bajet ye.. chef mesti tau bajet sukatkan.. hehehe.. bubye~ annyeong~



kAMSAHAMNIDA !! !!

15 December 2012

Restoran Termahal Di Dunia ^^

 
     
      Hye~ ada 10 restoran termahal di dunia yang aku nak sharekan harini.. ada yang namanya pelik sedikit.. hehe.. tapi ranking mereka mungkin berubah kerana banyak restoran telah di buka setiap tahun.. yang mempunyai ranking tertinggi ialah restoran di Tokyo, Jepun..

     Restoran Aragawa di Tokyo merupakan restoran paling mahal di dunia.. Purata harga setiap hidangan yang dipesan berharga RM1200. dibawah adalah sepuluh senarai restoran termahal didunia.. Sebab harga hidangan ini mahal ialah, ia menghidangkan daging yang bermutu tinggi dan berkualiti iaitu Kobe.. nak tahu Kobe tu apa, check dan click disini !!

    Mesti ramai yang tak tahu kan restoran lain yang mahal.. So, usya di bawah ni.. dan selamat beramal~~ hehe..

  1. Tokyo - Aragawa
  2. Paris - Arpege
  3. Toronto - Eigensim Farm
  4. London - Sketch-Lecure Room & Library
  5. Zurich - Petermann's Restaurant
  6. Sydney - Tetsuya's Restaurant
  7. Berlin - Vitrum
  8. Vienna - Steirereck
  9. Amsterdam - Yamazato
  10. Madrid - Zalacain

     Okay.. itu sepuluh restoran yang termahal didunia.. seperti yang aku katakan, mungkin ranking mereka berubah.. oh, sebelum terlupa, Alhamdullilah, cukup 50 post dalam blog aku ni.. hehe.. by the way, selamat tahun baru.. dan harap azam tahun baru awak2 semua lebih hebat.. hehehehe.. ^^


kAMSAHAMNIDA !! !!

Fakta Tentang Kopi ^^



      Hollaaa ~~ hehe.. hye.. aku nak share tentang fakta kopi.. ada 10 fakta yang menarik tentang kopi ni.. buat penggemar kopi, selamat beramal.. hahaha.. bila sebut pasal kopi, mesti ramai dah tahu rasa dan kehebatan serta penangan dia, kopi ni memang boleh mentaksubkan kita.. hamboi.. hehe.. maksudnya memberikan ketagihan laa.. ok, ini 10 fakta tentang kopi.. ^^


  1. Kopi dipercayai berasal dari tropika Benua Afrika dan dibawa ke negeri ini pada 1779 dan mula ditanam secara komersial pada tahun 1875.
  2. Di Malaysia terdapat dua jenis kopi ditanam secara komersial iaitu Liberica dan Robusta.
  3. Kopi adalah spesies tanaman berbentuk pohon yang termasuk dalam famili Rubiaceae dan Genus coffea.
  4. Pokok Kopi boleh hidup lebih 25 tahun dan mencapai ketinggian 6-15 meter.
  5. Daun Kopi biasanya tumbuh secara berpasangan dan pokoknya mula berbunga ketika berumur 18 bulan hingga 3 tahun. bunga keluar dari daun dan biasanya berbentuk beberapa jambak.
  6. Buah kopi berwarna hijau semasa belum matang dan bertukar kekuningan dan merah sewaktu matang dan masak
  7. Kopi memerlukan hujan tahunan sebanyak 2,000-3,000 mm dengan purata suhu 18 'C-28'C dan kelembapan bandingan 70-90%.
  8. Kopi subur pada hampir semua jenis tanah. ini termasuk tanah volkanik,granit,batu loh dan batu pasir.
  9. Penyakit yang biasa menyerang kopi ialah karat kopi (Hemilia vastatrix), penyakit bebenang putih (Marasmeillus scandeus), penyakit Ungu (Corticum salmonicolor) sebagainya.
  10. Kopi Liberica mula masak dalam masa 8-13 bulan sementara kopi Robusta dalam masa 9-10 bulan..

     Harap fakta yang ceciput ni dapat memberi sedikit pengetahuan.. hehe, annyeong~~ ^^ from me Fazley Zahri..

kAMSAHAMNIDA !! !!

14 December 2012

Kepelbagaian Masakan China ^^



   
       Hye~ kali ni aku akan share pasal masakan China.. bukan cina di negara Malaysia ni, tapi di negara China.. entah kenapa tetiba aku nak share pasal benda ni, mungkin aku tak sempat belajar masa kelas makanan Asia dulu kot?? hehe.. tapi, apa ada hal, atleast aku tahu tentang masakan China ni dan sedia untuk berkongsi.. :) kalau ada salah dan silap minta betulkan !!

     Oh, sebelum tu, nak tahu lebih banyak tentang Makanan Asia yang sempat aku belajar dulu, sila click link di bawah ni.. macam2 ragam dan perkara terjadi dalam kelas tu.. hehe.. check it up :

Makanan Asia:
  1. Jepun
  2. Korea
  3. Middle East
  4. Thailand
  5. Indonesia
  6. Philippine
     Ok, aku teruskan dengan masakan China tu.. ada 4 wilayah utama : bahagian utara termasuk Beijing, bahagian timur di sekitar sungai Yangtze, di selatan wilayah Guandong yang terkenal dengan masakan Kantonis dan bahagian barat di wilayah Szechuan serta Hunan.. 

Masakan Utara : Simbol masakan China

Masakan terkenal di utara China terdapat di Beijing, Tianjin dan Shandong. Beijing menjadi pusat tumpuan penggemar masakan terutamanya pakar masakan dari seluruh China. Kebanyakkan masakan berasaskan gandum terdiri daripada pelbagai jenis roti,mi,ladu dan hidangan daging. Rasanya lazat dan kurang berminyak. Cuka dan bawang putih menjadi bahan utama.. Lazimnya ia dikukus, digoreng atau panggang. hidangan yang paling terkenal ialah Itik Peking dan daging kambing..

Hidangan Zhejiang pelbagai rasa

Masakan Zhejiang mewakili makanan dari serata tempat sekitar sungai  Yantze yang lebih kepada makanan laut seperti udang dan ketam. kelazatan masakannya lebih ketara dan menarik disebabkan kawasan Zhejiang juga menjadi pengeluar kicap dan gula. Hidangan ini menjadi lebih meriah pada bulan September hingga Januari kerana hasil ketam lebih banyak..

Masakan Szechuan

Wilayah Szechuan bukan sahaja dikenali sebagai 'Jelapang padi China' malah terdiri daripada pelbagai bahan mentah lain seperti sayuran,bijirin,daging,ikan dan herba. Ciri masakannya berempah, cili,lada hitam, ,lada Szechuan dan lain-lain sebagai penambah rasa. Ma Poh Tofu dan Ayam Kung Pao antara hidangan terkenal Szechuan..

Masakan Guandong

Guandong terletak di tenggara China iaitu kawasan iklim sederhana. Justeru itu, masakannya lebih cenderung pada penggunaan tomato dan daging lembu. Ia adalah antara hidangan popular di China kerana masakannya tidak terlalu berperisa dan kurang berminyak seperti Dim Sum dan Yong tofu.. ada lebih 200 jenis Dim Sum. antaranya Jiao, Bao, Siu mai dan Popia.

     Itu antara pendedahan masakan China yang aku tahu.. selebihnya cari sendiri ok.. ada banyak makanan yang sama di negara China dan negara kita.. dan ada juga kita orang Islam makan makanan Cina ni... macam Popia, Dim sum dan sebagainya.. harap awak2 dah paham tentang masakan China.. walaupun info ni terlalu sikit.. heeee.. ^^


kAMSAHAMNIDA !! !!

Molecular Bar The Aviary


     Hye~ seperti yang aku janjikan, nak cerita tentang Bar Gastronomy yang mencipta dan mereka cocktail yang baru dan memodenkan cocktail yang lama.. sebelum tu, siapa yang tak tahu apa itu Molecular Gastronomy sila click disini !!

     Ok, The Aviary ni sebuah bar yang sangat2 hebat, segala jenis bahan untuk membuat cocktail ada disini..lihat gambarnya dibawah nanti.. equipment dan tools sains juga ada disini.. tujuan The Aviary dibina untuk ahli2 Gastronomy mencipta dan memodenkan cocktail baru dan lama.. memberikan rupa dan gaya hidangan yang berbeza menggunakan teknik terbaru..

    Selain itu, mereka juga menggabungkan sains dalam penyediaan cocktail mereka.. dan ahli2 Gastronomy bukan calang2 orang.. syarat untuk menjadi ahli Gastronomy mestilah hebat dalam fizik dan kimia serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang hospitality dan culinary..

    Bar ini terletak di Chicago's Fulton market.. ok, ini gambar bar tu..


Office - hanya yang dijemput sahaja..

Ice room - tempat untuk membekukan cocktail
atau membuat ais

Stor ^^

Distilling room

Cocktail kitchen.. tempat penyediaan cocktail

    Itulah dia The Aviary.. tempat yang gila rare.. hehe.. stor dia memang hebat.. segala jenis liquor dan arak semua ada.. hehe.. harap awak2 semua enjoy~ bubyee ~



kAMSAHAMNIDA !! !!

12 December 2012

Gastronomy Food/Midnight Mary


     Hye ~~ sorry lah lama tak update.. aku nak share pasal Gastronomy food..tapi cocktail lah.. haha.. ini yang latest.. mesti ramai tahu yang ada satu cocktail famous, serius famous zaman dulu2.. iaitu Bloody Mary.. haaa... yang aku nak post ni, Bloody Mary yang dimodenkan.. Nama dia Midnight Mary.. aku tak nak share pasal resipi dia.. tapi nak share cara dia dan apa yang istimewanya cocktail ni..




     Ia dicipta dekat Bar khas dari ahli Gastronomy.. di beri nama The Aviary.. segala tools, equipment dan peralatan2 sains ada di situ.. untuk ahli2 Gastronomy ni mereka resipi2 baru dan memodenkan makanan lama.. nanti ada masa aku update rupa sebenar bar tu dan ceritakan sikit pasalnya.. ok, focus dekat cocktail tadi.. oh, kalau ada siapa2 yang tak tahu gastronomy tu benda apa, check dan click disini !!

    Seorang ahli Gastronomy yang hebat bernama Charles Joly telah membuat cocktail ini sebelum beliau masuk ke kumpulan Molecular Bar The Aviary.. ini antara hasil cocktail yang dibanggakan.. mesti ramai yang nak tahu kan, bahan apa yang beliau gunakan dan dikatakan hebat sangat, ok ini bahan nya : 

     Aquavit, benedictine,clarified tomato water,galangal syrup,fresh lime dan chili fresno bitters.. Haaa.. pelik kan.. yang aku tahu dia guna lengkuas dan ia mesti dikira Fushion..  ahahaha.. bila Western guna item Asia, mesti aku terpikir Fushion.. ok, ni pula gambar penyediaan dia..



    
     Haaa.. itu dia.. method dia serius panjang.. aku macam malas nak share.. hehehe.. tngok gambar jela eh, boleh kan.. ok, garnishing dia, dia guna tomato dan daun basil..  nampak asap tu kan?? itu dia guna nitrogen.. by the way, cukup setakat tu je kot.. hehe.. annyeong~~

kAMSAHAMNIDA !! !!

09 December 2012

Sesame Street Cakes Challenge



      Hye ! wow.. lamanya tak update blog ni.. hehe.. ok, kali ni aku nak cerita tentang satu pertandingan di TV.. channel 727, food network.. dekat channel ni banyak sangat pertandingan dibuat.. macam bartender, fruit curving dan macam2 lagi yang berkaitan dengan kulinari.. masa aku tengok ni, aku bertuah sebab dia pertandingan buat kek dan menggunakan watak kartun Sesame Street.. hehe.. cute sangat..

     Masa yang diberikan 8 jam.. tengok, hebat tak hebat.. dalam masa 8 jam je mereka dapat.. selalunya nak buat kek fondant ni makan masa berhari.. ganjaran yang mereka dapat ialah wang tunai sebanyak $10 000 dolar.. banyak kan?? hehe.. dalam pertandingan tu, mcm2 terjadi, ade tangan satu competitor tu terbakar.. aku tak tahu sebab ape.. sebab aku tngok rancangan tu 15 minit selepas mula.. :)

    Mereka kata, masa yang diberikan betul2 tak cukup, ada satu group tu, dia punya fondant untuk jadi lapik meja terkoyak.. kasihan dia.. tapi pertandingan tetap pertandingan.. syarat pertandingan ni, mereka mestilah buat kek berdasarkan watak dalam kartun parodi yang terkenal iaitu Sesame street.. Sesame Street menyambut ulang tahun ke-40.. ok, ini hasilnya..



     Kek Elmo dan watak parodi juri.. juri kata, cantik dan watak yang dia buat memang hebat.. kesan bulu Elmo memang sempurna.. tapi di bahagian depan tidak kemas.. yang ini lah yang aku cakap koyak tu.. :)



     Ini watak Cookies Monster.. juri kata ia cantik dan melambangkan watak sebenar cookies monster.. siapa tak kenal watak ni, suka makan biskut.. hehehe


 

      Haa, yang ini aku tak ingat nama watak dia.. tapi yang aku tahu, dia suka duduk dalam tong sampah dan suka Sardin.. hehe.. juri kata, ok, tapi watak tu terlalu kecil..



       Haaa.. ini lah pemenang pertandingan tu.. ramai competitor kata.. mereka tak boleh buat watak ni.. dengan masa yang tak cukup dan besar, mereka memang tak boleh buat.. tapi chef yang buat ni, memang hebat.. juri kata, kek ni sempurna.. watak Big Bird nampak hidup, dengan tekstur bulu seperti betul, besar dan barang yang ada dibawah simple tapi sempurna.. hehe.. tahniahh..

     Itulah dia pertandingan food network kek Sesame Street.. hebatkan chef2 tu.. harap siapa yang minat pastri tu, try lah buat.. hahahaha.. Byee ~ ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

06 December 2012

Just for Naan Cheese ^^



    5.12.2012 - post pertama dalam bulan Disember yang aku rindukan  sangat2.. hehehe..ok, lupakan.. follow cerita aku ni..~ Kerja gila kami selepas dengar taklimat practikal.. pergi makan Naan cheese yang really2 superB.. hehehe.. alang2 dah turun KL, kami sempat usya hotel2 yang ada dekat sana.. by the way, seperti biasa lah, peneman setia aku.. muahahaha.. Baam,kak Jan DER~ hehehe, Ilala, Kyra dan Bebear.. Dengan pakai casual formal, dan diorang pula berbaju kurung.. auwww.. hahaha.. nampak ayu sangat ~~ hahaha.. owhh.. terlupa pula, Boy Ulala skali ada.. heh heh .. :)

    Ok, tempat yang kami pergi ni dekat dengan Maju Junction dan betul2 depan hotel Lotus.. nama dia RSYM.. aku tak tahu apa maksud dia.. hehe.. roti naan Cheese dia serius terbaik.. kalah pizza Hut, dia punya cheese meleleh kot.. mesti ramai yang dah tahu, tapi tengok muka aku.. ade aku KESAH??.. ok, malas nak cerita lebih2.. ni pic yang kami sempat snap ~~





     Harap2 sangat boleh dapat memori ni lagi akan datang.. ^_^ walaupon penat, tapi semuanya berbaloi ~ atleast aku tahu jalan nak pergi tempat2 tu.. hehe.. thanks korunk~~
kAMSAHAMNIDA !! !!

30 November 2012

HALFEST 2012



      Hoi hoi.. Hahahahahaha.. aku terlupa nak update pasal Halfest ni.. sesangat2 minta maaf.. hahaha.. tarikh nya pun aku dah tak ingat dah.. Halfest ni Ekspo halal terbesar di Malaysia.. segala makanan2 dan produk2 halal di Malaysia ada di situ.. nak tahu lebih usya di sini http://www.halfest.com.my .. tapi dia dah update untuk 2013 punya.. dalam bulan Oktober rasanya dia buat.. ramai artis ada dekat sana.. dalam masa sehari ada 2 orang artis.. untuk masak bersama Chef Zam

      Aku pergi haritu pun sbab nak jumpa Izara Aishah.. muahahaha.. last2 tak dapat.. T_T sedihkan hidup aku.. hehe.. last2 dapat jumpa Nealofa je.. boleh laa.. hahaha.. chef selebriti pun ramai jugak aku jumpa.. apa lagi, ambil gambar laa.. Ok, nak cerita panjang pun dah tak ingat.. Btw, benda ni dibuat di PWTC.. kami dari Serdang naik train untuk sampai di sana.. dan macam biasa lah, kawan2 perempuan aku peneman setia.. bahahhaha.. perangai aku dengan diorang memang gila.. so,memang kena.. ahaha.. kami ni dah lah jenis yang suka makan free, memang semua lah food tester kami pulun.. hahaha..rezeki kan.. :) ni gambar2 yang aku sempat ambil..







     Itulah antara kenangan aku bersama mereka.. sedihkann ~~ T_T.. lagi2 dekat nak habis sem ni.. sesangat2 sedih.. hope bila dah habis belajar nanti, kita leh lepak sama2 lagi :) Adiooss ~~
kAMSAHAMNIDA !! !!

27 November 2012

Makanan Asia/Final Battle

Group No 7 


      27.11.2012 - Sawadikkap ~ dan Selamat petang pak ibuk.. haha.. Akhirnya, battle/final cooking untuk kelas makanan Asia dah dicipta sejarah.. ahaha.. ok, itu gambar aku dan partner aku.. Yati namanya.. aku tak pernah jumpa dan bincang dengan dia pasal battle ni.. just suruh dia study dan bawak tools.. itu sahaja.. tapi, Alhamdulillah, smuanya ok.. ^^

       Kami kena cabut undi, untuk tahu negara mana yang kami dapat.. ada Jepun (sushi) Korea (kimbap & kimchi) Middle East (tabbouleh & other appertizer) dan Thailand + Indonesia (mango salad & Bakso).. time tengah cabut undi tu, aku pikir aku dapat Jepun or Korea.. tapi last2 yang aku tak suka juga aku dapat.. ahaha, dah  lah Thailand dan Indonesia.. waduh2.. haha.. bila dah tahu tu.. aku terus bincang plating dengan partner aku.. Yati.. walaupun tak pernah tegur selama dekat kelas tapi, lega bila kerjasama kami berbaloi.. hahaha.. skema betul ayat aku.. ^^

      Kali ni, komen sangat2 memuaskan.. miss kata plating ok,taste ok.. cuma bakso kuah berminyak sikit.. yang lain semua ok.. cleaning pun ok.. takda hal.. lega nohhh.. hahaha.. ok, dah puas aku bercerita.. nak tengok food aku, ambil ni..




        Haaa, ada lagi satu, miss aku kata group hari selasa je yang paling teruk dari hari jumaat.. hahaha.. kelakar gila.. ok, selesai sudah battle makanan Asia.. tunggu untuk exam identify item je.. nanti aku ceritakannya.. just wait and see ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

26 November 2012

MAHA 2012 ^^

   


    26.11.2012 - Fuhhh.. penat berjalan seharian dekat MAHA 2012 ni.. padahal 3 jam lebih je.. haha.. ok, aku malas nak explain pasal dia, baca sendiri dekat sini http://www.maha.gov.my/2012/ .. segalanya ada disitu..

   Sebenarnya kami tak rancang nak pergi.. semuanya last minit.. mula2 tak nak pergi, sebab nampak mcm nak hujan je.. last2 pergi juga.. tempat dia serius besar.. mcm2 produk dalam Malaysia ada dekat situ.. ok, aku malas nak bercerita sebenarnya.. just tengok gambar2 dekat bawah ni..








     Haa.. itu dia, ada satu gambar tu, kami naik trak yang bawak jalan2 pergi  tengok kawasan yang jauh.. patutnya pergi bahagian penternakan.. last2 tak jadi.. sbab hujan.. ada banyak buah yang pelik dekat sana.. nak tau lebih, pergilah sana.. hehe.. dia habis 2 disember nanti.. ^_^
kAMSAHAMNIDA !! !!

25 November 2012

Gastronomy Food/Cocktail In an Ice Sphere

 
     Hye.. aku nak share pasal Gastronomy food.. tapi cocktail dan recipe serta method dia aku guna bahasa English tapi bahan dia jela.. cara dia aku try pendekkan.. sbab aku malas nak explain dalam bahasa Melayu.. jangan marah ye.. hehe


  • Spherical Ice Molds
  • Large Syringe With Needle
  • Freezer (the Colder The better)

Cocktail ingredients (or your favorite cocktail)
  • 1 1/2 oz grapefruit vodka
  • 3/4 oz Aperol
  • 1 oz lemon juice
  • 1 oz orange juice
  • 1/2 oz honey syrup
  • 1 orange peel twist for garnish


Method :

  1. Buat spherical ball dulu.. menggunakan mold yang sudah direka khas.. kemudian bekukan.. tengok gambar dekat atas.. hasilnya dia akan dapat bentuk bulat dan kosong didalam nya..
  2. Sediakan cocktail.. siapa bartender dia taulah buat.. (sorry, aku bukan bartender)
  3. kemudian isi dekat dalam picagari.. (jarum suntikan tu)
  4. Bila ais tadi dah keras, keluarkan dan suntik cocktail tadi dekat dalam.. tengok pic dekat bawah ni


   Dan siap.. nak tahu hasil dia selepas siap?? tengok gambar dekat atas sekali.. tapi ini pula cara nak minum dan menikmati cocktail tu..




   Nampak tak hasilnya?? ramai yang tengok gambar dekat atas tu, dia pikir yang cocktail tu beku habis.. padahal dia cecair je sebenarnya.. ^^ 

kAMSAHAMNIDA !! !!

Basic Culinary/ Tips Steak




     Haa.. baru aku teringat pasal ni.. dulu2 aku ada belajar dengan sir aku.. penting untuk tau sama ada daging tu masak mcm mana.. kadang2, customer nak medium rare, tapi kita tak tahu.. sampai2 tengok dia dah terlebih masak.. nak tahu salah satu cara dia yang ni la.. guna tangan dan jari.. cuba ikut dan tekan bawah ibu jari tu.. nanti kamu semua tahu..

     Cara lain ada, tapi kene pandai main masa.. setiap minit membezakan rupa daging tu.. contohnya , panggang 5 minit setiap belah (atas dan bawah daging) akan dapat well done..lebih kurang mcm tulah..benda ni penting, lagi2 bila nak buat steak.. so, study benda ni.. Goodluck ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

Pineapple Pie & Durian Custard Pie ^^



   Hye.. lama kan aku tak update blog ni.. hehe.. harini aku buat pai.. tetiba je mak aku suh buat apa yang aku nak buat.. sbab dia ternampak nenas at dapur.. dia pandang nenas dia pandang muka aku.. haha.. dalam kepala otak aku asyik pikir pai.. muahahaha..

  Time aku masak filing nenas tu, aku rasa tak cukup untuk orang2 dekat rumah ni.. lagi2 buat sebiji dan kecik.. last2 aku ada simpan durian untuk buat ais krim.. aku pikir punya pikir, amik juga durian tu.. niat nak buat ais krim dalam mimpi jela.. haha.. lagipun doh pai banyak pula aku buat.. pai kali ni aku guna doh flaky.. dia lebih rapuh dan sikit rangup.. lebih kurang tart pun ade jugak.. so terpulang la nak panggil apa :) ini resipi dia.. check it up ^^



Pineapple Pie 

Bahan Filing :

  • Nenas
  • Gula putih
  • Gula perang (kalau nak tapi warna lagi cantik)
  • Bunga cengkih
  • Kulit kayu manis

Bahan Doh : (doh sama digunakan untuk Durian Custard pie)

  • Butter
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula aising (secukup rasa)
  • Air ais/sejuk 
  • Tepung gandum

Cara2nya :
  1. Buat filing dulu.. potong nenas ikut saiz yang sesuai.. nak kecil boleh, besar sikit pun boleh.. tapi sedap kalau besar.. berjus..
  2. Tambahkan nenas tadi dalam periuk, diikuti semua bahan.. masak sehingga nenas pekat setelah mengeluarkan air.. dia jadi seperti jem/coulis..
  3.  Buat doh.. letakkan butter bersama tepung.. lerai2kan.. ingat !! jangan trus uli.. sbab dia pie.. dan bukan kek atau biskut.. setelah leraikan2, pastikan dia jadi seperti tepung semula.. lepas tu, tambah garam, gula dan last baru masuk air sejuk.. tapi jangan banyak.. cukup stakat tepung tu bercantum dan menjadi doh.. simpan didalam chiller sehingga dia sejuk.. kita kena restkan dia.. sbab kalau trus uli semua, nanti dia berminyak.. so, bila bakar, dia tak rapuh..
  4. Selepas itu, roll dan isi dalam bekas pai.. kemudian buat blind baked..  maksudnya, stelah masuk dalam acuan, cucuk doh dengan garpu untuk memberi udara bawah keluar.. dan bakar.. sebab doh tu lambat masak.. so, kene bakar dulu doh tu.. nak cantik, letakkan periuk kecik atau acuan yang sama diatas doh tu.. dia tidak mengelembung dan ia masak dengan sekata..
  5. Setelah kuning/brown.. keluarkan dan letakkan filing.. kemudian bakar lagii sekejap.. tapi aku letak butter dekat atas dia.. seketul potong kecil butter untuk bagii bau yang awesome.. haha
  6. Dan siap.. jangan bakar lama sangat.. nanti doh jadi keras.. ^^


Durian Custard Pie

Bahan Filing :
  • Durian
  • Susu 
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Gula (tapi aku pakai susu pekat)
  • Flaky doh (tengok resipi dekat atas)

Cara2nya :
  1. Blend durian bersama sedikit susu dan telur.. sehingga menjadi paste
  2. Panaskan susu,gula/susu pekat.. dan campurkan bersama paste durian tadi.. kemudian letakkan tepung gandum yang dibancuh dengan air.. panaskan semula.. tapi jangan terlalu lama.. nanti dia berketul dan tak cantik..
  3. Tuang keatas doh yang telah di blind baked.. dan bakar sekejap untuk setkan dia.. siap ^^


kAMSAHAMNIDA !! !!

23 November 2012

Christmas Food ^^

 


     Hari ini aku akan ceritakan makanan pada perayaan Krismas.. tapi jangan pikir yang aku sambut perayaan ni.. just untuk info dan penambahan ilmu semata2.. tiada kaitan antara hidup dan mati.. hehe.. tapi, sebelum tu, aku ceritakan sedikit tentang perayaan Krismas ni..

    Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon Krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. bungkusan hadiah akan diletakkan dibawah pokok krismas dan dibuka pada hari tersebut...

    Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul dirumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak2 tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak2 mereka. sepertimana perayaan masyarakat lain,pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja2 untuk upacara sembahyang..

   Ok, itu pasal Krismas.. biasanya, pada malam Krismas tu, mereka selalu makan besar, mcm perayaan2 yang lain juga.. mesti ada makanan yang di wajibkan ada.. ok, aku ceritakan pasal makanan yang selalu ada pada perayaan tersebut.. tapi tak banyak.. yang aku bagi ni tradisional punya..


Boars head 

    Haaa.. amik kau.. ahaha.. itu dia, kepala babi hutan..




Egg nog


    Sejenis minum yang penuh produk tenusu.. bahan dia.. susu dan/atau krim, gula dan telur.. macam tak boleh masuk je kan.. haha




Roast Turkey


    Yang ini mesti ramai yang tahu.. dan biasanya setiap rumah ada ayam belanda ni.. mereka lebih suka gunakan ayam belanda yang fresh berbanding frozen..






Stollen Bread

      Sejenis roti yang kaya dengan buah.. haha.. sebab dia roti buah.. biasa ada yang guna lemon zest dalam tu..





Candy canes   

  Pemanis atau gula2 yg biasa ada pada hari perayaan itu.. kadang2 disangkut di pokok Krismas.. budak2 lebih suka benda ni..




   Ginger bread  


   Ginger bread atau ginger bread man jika ia bentuk orang.. itu food yang paling famous dan lama.. dia biskut sbenarnya.. ada rasa halia




      Haa.. itu dia sedikit info tentang makanan perayaan krismas.. sorry lah sbab tak banyak yang aku amik tahu.. haha.. by the way.. thanks sbab baca.. lau sudi, follow la ye.. tak minta bayar pun. :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...