Hye ! wow.. lamanya tak update blog ni.. hehe.. ok, kali ni aku nak cerita tentang satu pertandingan di TV.. channel 727, food network.. dekat channel ni banyak sangat pertandingan dibuat.. macam bartender, fruit curving dan macam2 lagi yang berkaitan dengan kulinari.. masa aku tengok ni, aku bertuah sebab dia pertandingan buat kek dan menggunakan watak kartun Sesame Street.. hehe.. cute sangat..
Masa yang diberikan 8 jam.. tengok, hebat tak hebat.. dalam masa 8 jam je mereka dapat.. selalunya nak buat kek fondant ni makan masa berhari.. ganjaran yang mereka dapat ialah wang tunai sebanyak $10 000 dolar.. banyak kan?? hehe.. dalam pertandingan tu, mcm2 terjadi, ade tangan satu competitor tu terbakar.. aku tak tahu sebab ape.. sebab aku tngok rancangan tu 15 minit selepas mula.. :)
Mereka kata, masa yang diberikan betul2 tak cukup, ada satu group tu, dia punya fondant untuk jadi lapik meja terkoyak.. kasihan dia.. tapi pertandingan tetap pertandingan.. syarat pertandingan ni, mereka mestilah buat kek berdasarkan watak dalam kartun parodi yang terkenal iaitu Sesame street.. Sesame Street menyambut ulang tahun ke-40.. ok, ini hasilnya..
Kek Elmo dan watak parodi juri.. juri kata, cantik dan watak yang dia buat memang hebat.. kesan bulu Elmo memang sempurna.. tapi di bahagian depan tidak kemas.. yang ini lah yang aku cakap koyak tu.. :)
Ini watak Cookies Monster.. juri kata ia cantik dan melambangkan watak sebenar cookies monster.. siapa tak kenal watak ni, suka makan biskut.. hehehe
Haa, yang ini aku tak ingat nama watak dia.. tapi yang aku tahu, dia suka duduk dalam tong sampah dan suka Sardin.. hehe.. juri kata, ok, tapi watak tu terlalu kecil..
Haaa.. ini lah pemenang pertandingan tu.. ramai competitor kata.. mereka tak boleh buat watak ni.. dengan masa yang tak cukup dan besar, mereka memang tak boleh buat.. tapi chef yang buat ni, memang hebat.. juri kata, kek ni sempurna.. watak Big Bird nampak hidup, dengan tekstur bulu seperti betul, besar dan barang yang ada dibawah simple tapi sempurna.. hehe.. tahniahh..
Itulah dia pertandingan food network kek Sesame Street.. hebatkan chef2 tu.. harap siapa yang minat pastri tu, try lah buat.. hahahaha.. Byee ~ ^^
No comments:
Post a Comment