My Army ^^

18 December 2012

Durian Crepe ^^



    Hoi hoi~~ hehehe.. tetiba nak share pasal Durian Crepe ni.. apa yang famous sangat pun aku tak tahu.. ramai betul orang gossipkan pasal durian crepe ni.. sakit telinga aku.. hahahaha.. dia lempeng je kan.. just letak filling.. tu je.. tak apalah, aku bagi resipi dia.. orang kata benda ni sedap kalau makan masa sejuk.. so, try buat.. tak payah susah2 nak beli.. alang2 dah musim ni kan..by the way, dah nak habis musim pun kan.. hehe.. ok, check ni ~~

Bahan untuk crepe :

  1. 250gram tepung gandum
  2. 3 biji telur
  3. 400ml santan
  4. 100ml air
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. sedikit pewarna kuning dan esen vanilla
Bahan untuk Filling :
  1. 1 cawan whipping cream 
  2. isi durian yang dilecek/lenyek..
Caranya :
  1. Gaul semua bahan untuk crepe tu.. sama seperti buat lempeng.. better guna hand mixer.. kalau berketul2 better tapis.. sebab nanti tak licin dan cantik..
  2. Panaskan pan, masak crepe seperti masak lempeng juga.. kalau boleh, buat senipis yang boleh..
  3. Bila dah siap, pastikan yang bahagian yang licin di bawah, kemudian letakkan filling.. 
  4. Letakkan dahulu whipping cream.. pastikan dah dipukul dengan cantik dan gebu.. kemudian letakkan isi durian yang dilecek tadi betul2 di tengah..
  5. Kemudian, last sekali, lipat dua2 bahagian.. rupa dia seperti bantal dan licin.. dan sejukkan.. siap !!

     Haa,, itu dia.. hehehe.. selamat mencuba.. harap2 dah tak ada gosip pasal Durian crepe ni.. sebab bukan susah pun nak buat.. hehehe.. bye~



kAMSAHAMNIDA !! !!

2 comments:

  1. akk nk ko yg wat, boboy T__T

    ReplyDelete
  2. hahaha..mai datang umah saye.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...