My Army ^^

14 December 2012

Kepelbagaian Masakan China ^^



   
       Hye~ kali ni aku akan share pasal masakan China.. bukan cina di negara Malaysia ni, tapi di negara China.. entah kenapa tetiba aku nak share pasal benda ni, mungkin aku tak sempat belajar masa kelas makanan Asia dulu kot?? hehe.. tapi, apa ada hal, atleast aku tahu tentang masakan China ni dan sedia untuk berkongsi.. :) kalau ada salah dan silap minta betulkan !!

     Oh, sebelum tu, nak tahu lebih banyak tentang Makanan Asia yang sempat aku belajar dulu, sila click link di bawah ni.. macam2 ragam dan perkara terjadi dalam kelas tu.. hehe.. check it up :

Makanan Asia:
  1. Jepun
  2. Korea
  3. Middle East
  4. Thailand
  5. Indonesia
  6. Philippine
     Ok, aku teruskan dengan masakan China tu.. ada 4 wilayah utama : bahagian utara termasuk Beijing, bahagian timur di sekitar sungai Yangtze, di selatan wilayah Guandong yang terkenal dengan masakan Kantonis dan bahagian barat di wilayah Szechuan serta Hunan.. 

Masakan Utara : Simbol masakan China

Masakan terkenal di utara China terdapat di Beijing, Tianjin dan Shandong. Beijing menjadi pusat tumpuan penggemar masakan terutamanya pakar masakan dari seluruh China. Kebanyakkan masakan berasaskan gandum terdiri daripada pelbagai jenis roti,mi,ladu dan hidangan daging. Rasanya lazat dan kurang berminyak. Cuka dan bawang putih menjadi bahan utama.. Lazimnya ia dikukus, digoreng atau panggang. hidangan yang paling terkenal ialah Itik Peking dan daging kambing..

Hidangan Zhejiang pelbagai rasa

Masakan Zhejiang mewakili makanan dari serata tempat sekitar sungai  Yantze yang lebih kepada makanan laut seperti udang dan ketam. kelazatan masakannya lebih ketara dan menarik disebabkan kawasan Zhejiang juga menjadi pengeluar kicap dan gula. Hidangan ini menjadi lebih meriah pada bulan September hingga Januari kerana hasil ketam lebih banyak..

Masakan Szechuan

Wilayah Szechuan bukan sahaja dikenali sebagai 'Jelapang padi China' malah terdiri daripada pelbagai bahan mentah lain seperti sayuran,bijirin,daging,ikan dan herba. Ciri masakannya berempah, cili,lada hitam, ,lada Szechuan dan lain-lain sebagai penambah rasa. Ma Poh Tofu dan Ayam Kung Pao antara hidangan terkenal Szechuan..

Masakan Guandong

Guandong terletak di tenggara China iaitu kawasan iklim sederhana. Justeru itu, masakannya lebih cenderung pada penggunaan tomato dan daging lembu. Ia adalah antara hidangan popular di China kerana masakannya tidak terlalu berperisa dan kurang berminyak seperti Dim Sum dan Yong tofu.. ada lebih 200 jenis Dim Sum. antaranya Jiao, Bao, Siu mai dan Popia.

     Itu antara pendedahan masakan China yang aku tahu.. selebihnya cari sendiri ok.. ada banyak makanan yang sama di negara China dan negara kita.. dan ada juga kita orang Islam makan makanan Cina ni... macam Popia, Dim sum dan sebagainya.. harap awak2 dah paham tentang masakan China.. walaupun info ni terlalu sikit.. heeee.. ^^


kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...