My Army ^^

10 October 2012

Makanan Asia/Middle East

     9/10/2012.. kelmarin, macam biasa ar kan..tiap2 selasa aq ada kelas makanan Asia.. kali ni aq buat makanan Middle East atau Timur Tengah.. nak senang paham makanan Arab lahh.. banyak sebenarnya Makanan Arab, tapi miss aq suruh ambil yang famous je..

    Ada 3 food yang kami buat.. Kofta, Tabbouleh dan Baklava.. aq terangkan sikit pasal food ni.. Kofta ni bebola daging.. yang beza nya bebola daging ni ada letak nasi.. fungsi dia untuk melekatkan daging tu.. so, bila goreng dia tak pecah..dekat Timur Tengah, banyak nama lain contohnya kefta,ofta,keftas,kafta dan lain2.. McDonald sana pun ada hidangan ni..

Kofta : Tabbouleh dan Baklava..


   Tabbouleh.. bukan tak boleh tau..hahaha.. dia jenis sayur, selalunya serve dengan Mezze atau kira pembuka selera diorang la.. dia campur bnyak sayur, ada campur cous-cous (pasta) dan olive oil serta lemon juice.. rasa dia not bad.. kejap lagi tengok resepi di bawah..

   Last pencuci mulut pula, Baklava.. ha,yang ni manis sesangat2.. air gula dia kaw2 at dalam benda ni.. ada kacang hancur dekat dalam.. macam2 bentuk boleh buat.. dia guna filo/phyllo (jenis doh pastry) nipis macam kertas..tapi kitorng terpaksa guna puff pastry.. sedih giler.. hahaha

   Time sebelum start kelas tu, ada perbalahan sikit..hahaha.. miss aq kata kofta tu falafel, tapi aq kata kofta.. penat aq cakap dengan dia sampai aq kena terangkan pasal perbezaan benda alah tu.. last2 dia nak juga falafel.. menyerah sajalah.. falafel tu bentuk dia sama tapi falafel tu dia guna kacang kuda yang dijadikan paste..pastu gaul dengan herbs.. dan goreng..


Kofta
     Ha, ini bentuk kofta.. kali ni miss puji giler2 plating ni.. hahahaha.. mula2 miss jugde group ag satu, miss kata plating portion besar sangat, pastu bila time ahli group aq bawak pg depan dia, dia kata " ha, inilah yang saya nak, plating ni baru cantik and betul.. " aq pun lega dengar.. haha.. rasa pun ok, semua cukup cuma blackpepper je terlebih sikit.. dia ada sauce dia,nama dia tak silap aq tatziki rasanya.. tapi yang ni aq serve dengan lemon butter sauce.. food ni Syed, Fitri dan Shamsul yang sediakan..


Tabbouleh
     Ini dia Tabbouleh.. yang aq ceritakan tadi, ada cous-cous tu.. dia ada banyak sayur.. ok, aq terangkan sikit pasal cous-cous.. benda ni sebenarnya jenis pasta, dia halus giler.. macam halba lah.. tapi dia lagi halus.. cara masak dia macam masak pasta lain, letak garam and minyak sikit.. tapi sekarang dah ada ready mate punya..just tambah air panas je.. ini Shifa dan Nas yang buat..


Baklava

    Ini Baklava, dia dessert paling famous dan tertua dia Greek.. rasa dia manis.. ada campur madu dan guna kacang pistachio.. yang ni kami guna puff pastry.. filo tak ada.. hurmm.. ini aq dan Syafiq yang buat.. rasa miss kata ok, patutnya kami nak buat bentuk lain, dah prepare dah, last2 miss aq datang station kami dia yang buat benda ni sampai abis.. nak tunjuk demo.. takpelah, redha aje.. hahahahha



Resepi Kofta :

Bahan2nya :

  1. Daging hancur
  2. Saffron (herb gourmet yang mahal dan susah nak dapat)
  3. Nasi (masak lembik sikit dan hancurkan )
  4. Garam dan lada hitam 
  5. Cumin powder
  6. Onion (finelly chopped)
  7. Garlic (finelly chopped)
  8. Oil (untuk menggoreng)
Cara2nya :
  1. Campurkan kesemua bahan, pastikan nasi cukup untuk mengelakkan daging itu hancur apabila digoreng.. sebab nasi itu kira agen pelekat.. 
  2. Bentukkan bulat2 seperti buah kana..
  3. Panaskan minyak tapi jangan terlalu panas, takut hangus.. 
  4. Setelah siap, pastikan dalam kofta betul2 masak.. 
  5. Jika tidak masak, jangan goreng semula..
  6. Ambil tray dan susun semua kofta masukkan didalam oven.. biarkan beberapa minit.. hasilnya, nanti didalam kofta jadi moist dan lagi sedap.. bila goreng terlalu lama, kofta jadi keras dan pecah..


Resepi Tabbouleh :

Bahan2nya :

  1. Japanese cucumber (dice)
  2. Cous-cous
  3. Cherry tomato (cut half)
  4. Basil leaf (chunk)
  5. Coriander leaf
  6. Salt and pepper
  7. Lemon juice
  8. Onion (dice)
  9. Butter
  10. Minyak zaitun
Cara2nya :
  1. Panaskan air, cmpurkan garam dan minyak sedikit.. masukkan cous-cous dan masak sehingga cous-cous kembang dan Al dente.. kemudian tapis.. dan gaul bersama butter..untuk mengelakkan dia dari melekat..
  2. Pada masa yang sama, sediakan japanese cucumber dan sayur2 lain, cmpurkan bersama lemon juice dan sedikit minyak zaitun.. gaul sehingga sebati..
  3. Kemudian, apabila cous-cous tadi tidak berair, gaulkan bersama2 sayur tadi.. rasa jika tidak cukup garam, tambahkan lagi..


Resepi Baklava :

Bahan2nya :

  1. Filo/phyllo pastry atau puff pastry
  2. Clarified butter ( cairkan butter menggunakan kaedah double boiling,ambil minyak diatas sahaja.. lemak di bawah jangan ambil) (double boiling tu kaedah memasak (air yang dipanaskan dibawah, dan butter di atas tapi bowl lain) - macam cairkan coklat..
  3. Pistachio atau walnut atau almond (hancur tapi jangan terlalu hancur) 
  4. Gula
  5. Madu
  6. Lemon juice
Cara2nya :
  1. Ambil gula dan campurkan madu dan lemon juice dan buat sirap..
  2. Sejukkan sirap tadi..
  3. Sediakan tray petak, potong filo mengikut saiz tray..
  4. Sapukan tray dengan clarified butter..
  5. Ambilkan 1 helai filo dan letakkan..kemudian sapukan clarified butter.. dan tambhkan 1 helai lagi filo dan sapukan butter..dan buat satu lagi cara yang sama.. (6 kali semuanya, kali ketiga jangan sapukan clarified butter) (kalau guna puff pastry tak payah sapu clarified butter)
  6. Sediakan kacang tadi gaul bersama gula.. macam buat crumble..
  7. Tuang diatas filo tadi..
  8. Kemudian ambil 1 lagi filo dan buat kaedah tadi sebanyak 4 atau 5 kali.. dan pastikan clarified butter di sapukan di atas.. kemudian ambil pisau dan potong.. potong sebelum masak ( jika potong selepas masak, filo tu nanti hancur dan tak cantik)
  9. Bakar dengan suhu 160 C selama 20 minit.. ( nak senang tengok baklava tu,jika kuning dan rangup keluarkan..
  10. Kemudian, ambil sirap tadi dan sapukan diatas baklava.. bakar sekejap.. buat 2 kali .. kali ke2 tu, pastikan sirap betul2 banyak diletakkan.. sebab baklava rasanya memang betul2 manis..

     Ha, itu dia makanan Middle East yang aq belajar.. harap korunk paham.. try la buat, serius sedap.. next week aq tak sure buat cuisine apa.. macam biasa lah just wait and see.. :)



kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...