My Army ^^

04 October 2012

Makanan Asia/Korean

     2/10/2012.. Annyeonghaseyo !! cewahhh.. hahaha..kelas makanan Asia.. kelas ke 2 aq dalam sem ni.. aq belajar pasal korean cuisine.. bila korea aq tringat Kpop.. hahahahha.. favret aq pulak en.. kali ni aq kena masak samgyetang (sup ayam ginseng) kimchi (sayur jeruk) dan gimbap (sushi korea).. sebenarnya banyak lgi makanan korea tapi kitorang diketengahkan dengan makanan tu.. macam biasalah, pagi2 dengar briefing and tengok demo..

Group #4 

    Ha, inilah ahli group aq.. aq kenal kan sikit pasal diorang dari kanan.. Nasrizal dari Sabah (boleh bah kalau kau) hahaha.. pastu Fitri dari Kelantan , Shamsul dari Penang.. Syifa (prempuan) dari Rawang (agaknya) hahhaha.. and tepi skali sebelah aq tu Syafiq dari Pahang.. Ha, meluas tak group aq?? ada berapa negeri at situ.. hahhaa

     Ok,aq truskan dengan dish yang aq buat.. masa briefing tu, aq ada bahagi2kan sapa buat apa sume.. aq and Syafiq buat kimchi.. Syifa and Fitri buat gimbap dan Shamsul dengan Nas buat samgyetang.. aq buat mcm tu sbab nak buat kerja dengn lbih sistematik.. tak da lah kelam kabut.. 

Gimbap , Kimchi dan Samgyetang..

      Ha, inilah hasilnya.. plating kali ni miss kata cantik.. time serve tu, dia tak abis2 tanya.. 'dah amik gambar belom??' itu je dia tanya sampai abis makan.. hahhaha.. time plating tu aq dah bajet kaw2 punye.. nak balas minggu lepas punya la katakan.. hahhaha.. kali ni komen semua terbaik.. komen gimbap ( sedap, rasa semua ada, kaler cantik) kimchi (sedap, kimchi awak ni je yang saya boleh makan) samgyetang ( Nasi je yang banyak sangat, tapi rasa sedap).. :D

     Time dapt komen tu, aq dah rasa dendam mnggu lepas dah terbalas.. terbaik beb !! miss aq kate tak guna kalau plating cntik tapi rasa ta sedap.. last2 sume perfect !! yeahhh.. thanks at group aq.. 

Dari atas

     Ha, nampak tak samgyetang tu?? Nas dengan Shamsul betul2 banyak membantu aq.. nsib baik diorng ada idea mcm mane nak serve sup tu.. tebuk tengah2 dada ayam tu.. pastu buka nampak nasi.. yeahhh ~~ group kitorang je yang dapat sekor ayam..group lain semua kene share.. hahahaha.. entah mcam mane diorng nak serve en.. ni resepi kimchi, gimbap dan samgyetang..

Kimchi : (Sayur jeruk)

Bahan A (Fermented)
  1.  Chinese cabbage (potong kecil)
  2.  Garam
  3.  Air
Bahan B (Marinate)
  1. Epal 
  2. Garlic
  3. Onion
  4. Ginger
  5. Fish sos
  6. Cili powder
  7. Salt for taste
Bahan C (basic)
  1. Daun bawang (potong julienne)
  2. Epal (potong julienne )
  3. Lobak putih (potong julienne)
Cara2nya :
  1. Bahan A, buat air garam.. pastikan garam betul2 banyak.. basuh chinese cabbage tu bersih2 dan rendam dalam air garam selama mana yang boleh.. untuk masinkan kimchi tu.. ketepikan dulu..
  2. Bahan B, potong epal dan buang kulit kemudian masuk dalam blender, cmpurkan dengan fish sos,onion dan garlic serta ginger.. blend sampai jadi paste.. 
  3. Kemudian campurkan paste tadi dengan Bahan C..letakkan cili powder dan chinese cabbage tadi.. pastikan chinese cabbage tu dibasuh dulu lepas direndam.. gaulkan semua bahan..
  4. Kemudian rasa jika tidak cukup masin baru tambah sikit garam..

Gimbap : (Sushi Korea)

Bahan2nya :
  1. Short grain rice
  2. Sugar
  3. Rice Vinegar
  4. Nori / seaweed
  5. Telur
  6. Kikkoman
  7. Daging hancur
  8. Garlic (chopped)
  9. Onion (chopped)
  10. Salt for taste
Cara2nya :
  1. Mula2 masak nasi macam biasa.. ketepikan
  2. Sediakan rice vinegar,sugar dan sedikit garam.. cmpur semua,pastikan gula dilebihkan untuk bagi rasa yang sedap.. mcm buat sushi tu.. ketepikan
  3. Pecah telur dalam bowl, campurkan sedikit kikkoman.. bajet2 lah.. pastu buat telur dadar.. bila da siap potong panjang2..
  4. Sediakan filling gimbap.. tumis garlic dan onion tadi dengan minyak yang sedikit.. masukkan daging bila bahan tumis tadi dah brown.. season kan dengan  salt.. nak pedas cmpurkan cili powder skit.. ketepikan
  5. Bila nasi da masak.. sejukkan 10 minit, bila dah sejuk, masukkan air cuka yang dah siap tadi.. rasa, pastikan rasa seperti nasi sushi..
  6. Sediakan Nori tadi, letkkan nasi at atas nori sehingga rata, kemudian mulalah letakkan filling tadi.. daging dan telur tadi, kemudian gulung guna bamboo sheet.. kasi betul2 kemas dan padat.. dan siap.. dia jadi macam bentuk lemang nanti.. pastu potong dalam satu inci.. dan serve

Samgyetang : (Sup Ayam)

Bahan2nya :
  1. Ayam seekor
  2. Ginseng
  3. Kurma merah (chinese date)
  4. 3 Garlic
  5. Spring onion
  6. Short grain rice
  7. Water
  8. Salt for taste
  9. Nori
  10. Ginger
Cara2nya :
  1. Bersihkan ayam, pastikan di bahagian dalam ayam betul2 bersih.. 
  2. Stuff Short grain rice (sedikit sahaja) 3 garlic, ginseng, spring onion dan ginger serta kurma merah
  3. Ikat ayam tadi dan pstikan tempat yang disumbat tadi tidak terbuka..letak didalm pot..
  4. Tuangkan air, pastikan air betul2 sama paras dengan ayam..
  5. Tutup dan biarkan sehingga ayam masak.. ayam masak bermakna nasi masak.. 
  6. Seasonkan dengan garam secukup rasa..
  7. Dah siap, taburkan spring onion dan nori diatas..

     Ha, itulah resepi dish yang aq buat.. harap korunk enjoy.. gudluck beb, benda serius sedap.. lagi2 gimbap.. hahaha.. next week aq akan share pasal food Middle East.. ada Tabbouleh, baklava dan falafel.. just wait n see :)
   


kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...