Nurul Shifa Binti Yahya 1992-2012 |
31 Disember 2012 - gugurnya kawan seperjuangan aku iaitu Nurul Shifa Bt Yahya, suka dipanggil Mektok.. hajat kami untuk menjalani latihan Industri bersama-sama hanya tinggal kenangan.. Ya Allah, hebat benar kekuasaan Mu Ya Allah.. hanya sekelip mata aku kehilangan dia.. kawan yang periang, suka membuat orang lain happy, tak pernah selama aku mengenali arwah, hati aku disakiti dan membenci dia.. aku yakin, begitu juga pada orang lain..
Semalam, 30 Disember 2012, arwah menghantar sms untuk bertanya tentang tempat praktikal.. macam-macam persediaan arwah telah sediakan dan arwah betul2 semangat nak pergi.. Arwah pernah menyimpan hajat " lepas aku habis diploma ni nanti, aku nak ambil degree Human Resource.. sbab aku tak suka kerja dapur, aku nak bergaya, akukan suka makeup semua-semua ni" aku masih ingat kata-kata tu..
Ingat dulu, masa mula-mula aku masuk kolej, arwahlah yang mula-mula tegur aku dan Farid.. aku mengenali dia kerana sikap dia yang riang dan penyayang.. semua memori terbayang didalam ingatan aku, gayanya, lawaknya, semuanya.. sem yang baru berlalu, aku sama kumpulan dengan arwah, kelas Makanan Asia.. tak pernah sekali pun kami ponteng kelas, jauh dan lambat macam mane skali pun, kami tetap datang.. Ya Allah, aku sukar nak lupakan segalanya..
Semua bermula apabila aku dapat panggilan dari kawan aku Bear.. dengan tidur lena aku terjaga dan mendapat berita yang aku pikirkan hanyalah mimpi.. aku pikir mungkin ia hanyalah penipuan, tak lama selepas tu, aku dapat panggilan dari Nas dan mesej dari Syahdan.. barulah Bear menghantar mesej yang dia sudah tiada.. aku terus tak tidur, segalanya memori terkeluar dari pemikiran aku.. sungguh tidak percaya.. Ya Allah, tabahkanlah hati aku dan kawan-kawan ku yang lain yang mengenali arwah Ya Allah..
Pemergiaan arwah, memberikan impak yang besar kepada kami, akan aku selalu mendoakan kebahagiaan dan ketenangan mu sahabat ku Mektok.. kami sayangkan kau, harap engkau bahagia disana dan harap Allah menerima doa-doa kami sebagai sahabat mu.. Al-fatihah..
No comments:
Post a Comment