My Army ^^

01 January 2013

Misteri Nasi Lemak ^^



     Annyeong~ haha, tengok tajuk jeh dah pelikkan.. misteri?? apa yang misterinye nasi lemak ni?? sebenarnya aku nak share pasal ke"pelikkan" nasi lemak ni.. macam mana ek nak cakap?? ok, aku mulakan dengan pertanyaan dan pendapat yang biasa orang kata..

Kehebatan Nasi Lemak ni dekat mana ye ??

  haaaa.. inilah yang aku maksudkan dari tadi.. haisshh.. susah benar.. ini fakta jawapan yang aku dapat selama aku hidup ni.. ada yang kata ikut selera masing-masing.. memang betul, tapi kita nak tahu yang original punya rasa dan kesedapan nya dari mana.. betul tak??

  • "Biasanya SAMBAL yang menentukan rasa sedap nasi lemak"
  • "LAUK yang memberikan peranan kesedapan nasi lemak tu"
  • "kalau dah namanya nasi lemak, dah tentulah NASI nya"
  • "BAU dia kot"
  • "DAUN PISANG lah"
  • "CARA MASAK dia mungkin"
  • dan segala jawapan yang lagi PELIK aku dengar ~

   Faham tak?? bila fikir jawapan pertama, mungkin juga.. sebab kalau sambal dia tak sedap, tak sedap juga rasa nasi lemak tu.. tapi cuba fikir balik, ada je orang yang makan nasi lemak dengan kuah rendang.. sedap juga rasanya.. ha? macam mana tu?? haha.. dah pening kan.. hehe..

   Jawapan yang kedua pula, lauk yang memberikan peranan?? yeke?? kalau diikutkan, lauk nasi lemak hanyalah sambal,kacang,telur rebus dan timun jeh.. itu yang betul-betul original lah.. ada yang tak suka kacang, ada yang tak suka timun.. macam mana pula?? hahaha

   Tengok jawapan ketiga pula, mesti fikir benda yang sama, nasi dia yang tentukan kehebatan nasi lemak.. tapi, ramai yang tak sedar, ada sesetengah kedai hanya menggunakan daun pandan dan rencah biasa sahaja.. tidak menggunakan santan pun.. tapi rasa masih lagi sama.. macam mana tu?? hahaha.. fikir-fikir..

   Yang keempat ni pula, bau dia.. mungkin juga, tapi bau apa?? tau ke bau sebenar nasi lemak?? kalau tak tahu, memang tak pernah makan lah tu.. dah tentu-tentu bau santannya.. betul tak?? tapi bau je tak menunjukkan kesedapan sesuatu makanan.. kadang-kadang makan yang bau kita tak suka lagi sedap.. hehehe

   Yang kelima, daun pisang?? hurmmmm.. kesedapan sesuatu nasi lemak itu ialah bau yang dicampurkan dengan daun pisang.. tak juga, daun pisang memang hebat.. semua makanan yang digunakan daun pisang, semuanya sedap.. kan?? tapi kedai yang jual nasi lemak yang bukan guna daun pisang tu sedap juga.. macam mana tu?? pening tak?? hahaha..

   Ok, yang terakhir, cara memasak.. ini 98% kemungkinan.. sebab, kaedah,orang atau cara memasak yang menentukan kesedapan sesuatu makanan.. begitu juga bahan.. faham tak?? ok, sebagai contoh, kalau masak sambal, ada yang tumis dahulu cili tu, ada yang tak.. ada yang biarkan cili tu naik minyak, ada yang tak.. betul kan?? contoh lain, macam nasi, ada yang santan nya kurang, ada yang lebih.. ada yang santannya cair dan ada yang pekat.. ada yang guna santan asli (perah sendiri) ada yang guna santan kotak dan seangkatannya.. sekarang dah paham??

   Ok, kesimpulannya.. semua terpulang kepada pendapat masing-masing.. aku just menghuraikan apa yang tersimpul je.. cuba berfikir dan terus berfikir.. lihat siapa yang mampu meleraikannya.. jika tiada, itulah keistimewaan dan ke'misteri' an nasi lemak.. hehehe..



kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...