My Army ^^

02 January 2013

Egg Station !!



    Hye~ harini aku nak share tentang telur.. maksudnya, produk atau makanan yang menggunakan telur atau cara menggunakan telur.. lebih kurang macam tu lah.. tetiba aku nak share pasal ni, sebab haritu ada senior aku present, miss aku tetiba tanya pasal benda ni.. menggigil juga aku tengok dia jawab..

   Biasanya orang makan telur pada sarapan pagi, kerana memberikan banyak tenaga.. mungkinlah.. telur juga mempunyai kandungan protein yang tinggi.. ok, aku teruskan dengan masakan berasaskan telur dan beberapa jenis makanan yang menggunakan telur.. serta, ia popular dimana..

   Oh, sebelum tu, zaman dulu, siapa yang hebat masak telur dia dikira terhebat, bukan senang nak dapat tekstur yang betul untuk masak telur ni.. dan nak tahu lebih, baca disini !!

4 telur yang digemari oleh kanak-kanak secara global
  • French toast
  • Soft-boiled egg
  • Sunny side up
  • Egg in the hole

Basic :
  • Soft boiled egg
  • Medium boiled egg
  • Hard boiled egg
  • Poached egg (telur carak)
  • Sunny side up
  • Over easy
  • Scrambled egg
  • Omelet
   Waktu aku belajar dulu, hard boiled egg atau telur rebus, masak jangn terlalu lama, nanti dia keluar carbon.. nak tahu macam mana, bila potong, tepi telur kuning tu ada warna gelap.. maknanya dia dah terlalu masak.. telur carak atau poached egg susah nak buat, serius !! biasanya kena guna cuka atau sesuatu yang berasid..

  Sunny side up dan Over easy dikira fried egg.. ia nampak sama, tapi berbeza.. Sunny side up atau telur mata kerbau dimasak dengan hanya sebelah sahaja.. maksudnya pecahkan telur, dan biarkan masak.. tapi telur kuning masih cair.. manakala Over easy pula, dimasak kedua-dua belah, tapi telur kuning masih cair.. Faham?? click disini untuk Sunny side up dan click disini untuk Over easy.. lihat perbezaan dia..

   Scrambled egg pula telur hancur.. tekstur dia lembut dan basah.. kalau kering dia bukan scrambled.. ramai yang gunakan kaedah terus guna api.. pun boleh.. tapi ada cara lain, guna kaedah water bath.. air panas dibawah.. dengan cara ini, ia akan mengawal kelembapan..  Seterusnya Omelet atau telur dadar.. semua orang tahu buat, ade beberapa jenis lain.. antaranya Folded (lipat) atau Rolled (gulung) omelet.. study sendiri ye..

  Ok, itu baru basic western tau.. ini pula yang hidangan lain berasaskan telur dari beberapa buah negara.. check it up !!
  1. Eggs en Cocotte - France
  2. Devilled egg - Britain
  3. Egg nog - US
  4. Ouefs Mornay - France
  5. Egg Bhurji - India
  6. Torta - Itali
  7. Fritat - Itali
  8. Coddled egg - England
  9. Bacon and egg pie - Australia
  10. Ouefs Florantine - France
  11. Hamine egg - Egyt
  12. Egg benedict - US
  13. Pancakes - US
  14. Lemon Curd - England
  15. Selsig Morgannwg - Wales
  16. Huevos Rancheros - Mexico
  17. Huevos Divorciados - Mexico
  18. Strata - US
  19. Dashimaki Tamago - Japan
  20. Chawan mushi - Japan
  21. Quiche lorraine - France
  22. Scotch egg - UK
  23. Pickled egg - UK
  24. Thousand year old egg - China
  25. Tea egg - China
   Ok, itu antara makanan yang berasaskan telur.. sebenarnya banyak lagi, tapi yang itu aku bagi hanya untuk pengetahuan semata-mata.. ahaha.. oh !! kalau aku ada tertinggal sesuatu ke, maaf ye.. :)


kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...