Ok, sejauh mana yang kita tau pasal sejarah topi chef ni ?? ramai yang kata dia start dari zaman kuno.. se-kuno mana zaman tu?? hehe.. kali ni, aq share sikit pasal teori atau fakta yang aq dapat.. ada beberapa fakta mengatakan yang dia bermula dari abad ke-17.. yang kata 18 dan 7 ?? hurmmm..
Henry VIII - ada teori mengatakan yang Henry VIII ni permulaan penggunaan topi chef.. ada cerita mengenainya.. "Ketika memasak, ada rambut pekerjanya jatuh didalam sup dia " dari situ dia perkenal sesuatu untuk menunjukkan kebersihan dalam memasak iaitu topi chef..
Barouque di Europe - pada abad ke-17, keluar teori mengatakan semua orang yang berseni mesti ada topi..bertujuan untuk memudahkan kerja.. kerana ramai artis2/orang berseni penampilan berserabut..seperti bermisai dan berambut panjang.. sama juga seperti seorang pelukis.. culinari dianggap sebagai seni.. tapi sejauh mana kebenaran teori dan sejarah itu??
Medieval Origin - Ia yang paling awal.. pada abad ke-7, di Greece.. ada kenyataan mengatakan "setiap pakaian beruniform mesti mempunyai topi, sebagai lambang kemasyuran ".. termasuk seorang chef.. ^^
Escoffier - ada yang kata permulaan pada zaman Escoffier.. tapi sejauh mana kenyataan itu?? sebab Careme adalah permulaan dalam masakan di Perancis.. Manakala Escoffier merupakan seorang "peng-Edit" hehe..
Careme - Teori ini yang paling kukuh.. dan ramai percaya yang Antoine Careme ni permulaan segala2 nya..Pada abad ke-18, Careme menggunakan Topi chef di dalam dapurnya.. topi berbeza dari setiap station.. maksudnya saiz,rupa,lipatan dan ketinggian berbeza mengikut susunan dapur seperti Hierarchy/kitchen brigade..
Lagi tinggi topi chef itu, lagi tinggi pangkatnya.. dan ada kenyataan mengatakan pangkat serta kehebatan seseorng chef itu boleh dilihat di lipatan topi tersebut.. lagi hebat seseorang itu, lagi banyak lipatannya.. dan ada juga kenyataan menyatakan lipatan tertinggi iaitu sebanyak 100 lipatan itu menunjukkan yang chef tersebut pakar dalam memasak telur.. (telur mempunyai banyak tekstur, jika berlainan cara memasaknya, tapi bukan semua chef mampu memasak telur dengan sempurna)
Ada sejarah mengatakan topi chef Antoine Careme berukuran 18 inci dan mempunyai 100 lipatan.. sejauh mana kenyataan sejarah2 ni?? hurmmm .. boleh ke diguna pakai?? terpulang laa nak percaya yang mana ^^ :)
No comments:
Post a Comment