My Army ^^

05 November 2012

Plating Tips and Technique


"Kamu Makan dengan Mata" dan "Mata Pembuka Selera"

       Itulah perkara utama yg dititik beratkan dalam culinari.. terutama makanan Fine dining.. atau restoran bertaraf 5 bintang.. terdapat banyak teknik dalam membuat 'Plating'.. tujuan 'Plating' sebenarnya untuk menarikkan lagi sesuatu hidangan atau makanan itu..



Tips 'Plating' 

Bila 'plating' perkara utama yang paling penting ialah pemilihan pinggan.. Buat pilihan yang betul,berhati-hati dan perlu ingat bahawa pinggan merupakan "frame" untuk persembahan sesuatu makanan itu.. harini, ada banyak bentuk,saiz,rupa dan yang warna pinggan yang direka..

Bila menggunakan pinggan yang salah, makanan itu tidak akan menarik perhatian si pemakan.. sentiasa perlu ingat,mata adalah permulaan bagi menjamah sesuatu hidangan.. Saiz pinggan juga amat penting.. jika makanan itu dihidang pada saiz hidangan yang betul,tapi pinggan terlalu kecil,hidangan itu akan jadi penuh dan tidak cantik untuk dihidang.. kebanyakan chef pada zaman sekarang menggunakan pinggan yang lebih besar..


Warna memainkan peranan

Perlu ingat,warna juga amat penting dalam persembahan hidangan.. sebagai contoh, ikan dengan cream sauce bersama kentang rebus dan kubis bunga mempunyai rasa yang sedap.. tapi dari segi warna, ia terlalu kosong atau tenggelam.. pendek kata, ia tidak mempunyai warna.. makanan itu nampak serupa dan tidak pelbagai..



Variasi warna

Hijau - nampak segar
Merah - melambangkan keghairahan
Hitam - elegan/ anggun
Kuning - semula jadi..

Warna yang amat penting ialah dari sayur.. ada beberapa tips untuk menyerlahkan 'plating' dengan sayur..

  1. Celur dan sejukkan sayur hijau untuk menyerlahkan warna hijau..
  2. Sentiasa menvariasikan  warna sayur seperti lobak merah,brokoli dan ubi bit..
  3. Gunakan potongan yang berbeza untuk menyerlahkan warna sayur..


Bermain dengan tekstur

Tekstur amat penting dalam persembahan makanan.. dengan kontra kasar, halus , lembut dan kasar akan memberikan visual yang menarik dalam sesuatu makanan itu.. Tekstur boleh dipilih dari sesuatu bahan itu dan memberikan perbezaan apabila bahan itu siap dimasak tapi boleh dipelbagaikan tekstur itu jika lain cara memasaknya..


Pilih 'Focal point'

Bila membuat 'plating' kita perlu memilih 'Focal point' atau titik tengah.. Ia tidak memilih pada titik tengah pinggan sahaja.. tapi perlu difocuskan pada ketinggian makanan itu. perlu ingat, jika makanan itu tinggi ada dibelakang, jangan meletakkan point rendah di tengah. bagi makanan protein, biasanya diletak di bahagian depan.. mudah untuk pelanggan memakan main item atau bahan utama.. kerana biasanya buku menu tertulis bahan protein dibahagian depan menu trsebut..


'Garnish' atau Hiasan

Hiasan juga amat pening untuk persembahan makanan.. pilih hiasan yang sesuai untuk disepadankan dengan hidangan tersebut.. selalunya hiasannya kecil seperti daun-daun herba dan sesuatu yang boleh dimakan..


Tips dan teknik untuk hiasan
  1. Jangan menggunakan hiasan yang tidak boleh dimakan..
  2. Pastikan hiasan sesuai dengan hidangan, jika tidak ia akan mengubah segalanya dari segi rasa..
  3. Pilih hiasan yang betul saiznya, ia sepatutnya senang dimakan dan senang dialihkan di tepi pinggan..
Apabila memilih hiasan, pastikan ia menambah rasa, tekstur dan warna dan boleh dimakan serta ada kaitan dengan hidangan tersebut..


   Ha, itulah cara plating yang aq ingin kongsikan.. by the way, gud luck.. ^^


kAMSAHAMNIDA !! !!

2 comments:

  1. wah, boley jd lecturer pasne, hehe..

    ReplyDelete
  2. cehh.. just shre ape yg sye stdy kak.. ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...