Mungkin tak masuk di akal.. tapi itulah hakikatnya.. cewahhhh.. hehe.. Kali ni aku share pasal gastronomy food.. menjadikan main course sebagai savoury dessert.. mungkin agak pelik dan mesti ramai tertanya2 apakah rasanya.. ok, aku akan ceritakan dan kongsikan recipe dia nanti.. sebelum tu, aku cerita sedikit tentang orang yang menciptakan makanan ni..
Bernama Emmanuel Stroobant.. mesti ada yang kenal sbab dia host bagi rancangan "Chef in Black".. di Astro saluran 703.. Sewaktu mencipta food ni dia berkata " untuk menciptakan makanan ni, saya terpaksa membuat beberapa kali untuk mendapatkan rasa yang sesuai, selain mencari garnishing (hiasan) yang kena dengannya".. nampak tak?? berapa pentingnya kajian dalam mencipta satu makanan yang boleh diterima umum..
Ok, aku ceritakan tentang food ni, dia menggunakan pati/stock yang diperbuat dari daging lembu panggang dan reduction (pekatkan) kan ia.. untuk mendapatkan rasa yang betul2 sempurna.. kemudian dia menyediakan Creme Anglaise atau English creme.. dan mencampurkan kedua2nya kemudian bekukan menggunakan freezer.. dia tidak menggunakan mesin ais krim tapi tekstur dia sama seperti ais krim.. kemudian dia membuat garnishing yang sesuai iaitu potato chip.. tapi bentuk seperti mee.. dengan menggunakan mesin khas dari Jepun dan gorengkan..
Untuk mengetahui rasa ini diterima atau tidak, dia memanggil kawannya di Malaysia iaitu Sazzy Falak dan Aishah Sinclair untuk menjadi juri.. dan, mereka mengatakan yang ia sedap walaupun pelik..dan rasa seperti makan daging lembu panggang.. ini recipenya.. tapi aku beri secara singkat..
Bahan :
- Roast beef
- 600 ml Cream
- 6 egg yolk
- Icing sugar
- Potato
- Oil for deep fry
Cara :
- Ambil roast beef dan masukkan air.. Simmer sehingga betul2 daging tersebut mengeluarkan bau yang betul.. kemudian buat reduction untuk memekatkannya.. betul2 pekat.. hasilnya dia menjadi pati yang betul2 pekat dan berwarna hitam..
- Sediakan bahan untuk membuat Creme Anglaise.. 1 biji telur kuning bersama 100 ml cream.. jadi gunakan 6 biji telur kuning dan 600 ml cream.. panaskan cream dulu bersama gula..kemudian pukul telur sehingga kembang (dipanggil kaedah Reben).. kemudian tambahkan cream panas tapi perlu cepat kacau kerana telur kuning itu akan masak kerana cream itu panas..ia akan menjadi tekstur seperti sauce (melekat di belakang sudu)..
- Bekukan didalam Freezer.. jika ais krim biasa, menggunakan mesin ais krim..
- Sediakan garnishing.. kupas dan bersihkan kentang, kemudian gunakan mesin dari Jepun yang boleh menjadikan kentang seperti mee.. kemudian goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas.. kerana jika terlalu panas, kentang tidak rangup tapi hangus dengan menggunakan kaedah Deep Frying..
- Setelah Ais krim sejuk dan beku, gunakan pencedok ais krim atau sudu.. bentukkan dan hidang didalam pinggan.. letakkan potato chip tadi sebagai garnishing..
Ok, itu dia food yang pelik dan tak boleh diterima akal.. tapi bagi chef/ahli gastronomy, ia perkara biasa.. kerana banyak lagi food yang pelik tapi sedap..by the way, try buat dan rasa.. selamat mencuba ^^
No comments:
Post a Comment