My Army ^^

20 November 2012

Gourmet Food ^^

     Kenangan dari kelas makanan barat.. aku ingat lagi, kami kena hafal nama2 gourmet food ni.. sir aku bagi ada 8 kesemuanya.. siapa tak ingat bila di tanya, kena denda berdiri dekat depan dan possing mcm2 style.. haha

   Ok, aku bagi tahu gourmet food tu apa.. sir aku cakap, ia makanan yang sangat2 mahal dan agak popular tapi ia pelik.. lebih kurang mcm tulah.. heh heh... ok, aku teruskan dengan 8 gourmet food tu..

Caviar




    Telur ikan yang diawet dengan garam.. biasanya digunakan untuk topping, garnishing dan spread.. ada 4 jenis yang membezakan saiz,kualiti dan harga.. iaitu Sevruga, Belugar, Stattlet dan Osesstra.. tak ingat yang mana satu paling mahal.. hehe.. ia telur dari ikan sturgeon liar, lump, salmon dan trout.. itu je rasanya.. telur ikan sturgeon paling mahal dan ikan sturgeon hanya boleh ditangkap di Caspian sea dan Black sea..


Foie Grass





   Merupakan hati itik yang sudah bengkak.. zaman dulu, pemburu akan tunggu musim itik liar berhijrah untuk mendapatkannya.. bila itik liar berhijrah, ia memerlukan makanan yang bnyak kerana perjalanan sangat jauh.. itik liar akan makan sampai hatinya bengkak.. tapi zaman sekarang, penternak menggunakan alat dan menyumbat makanan terus ke dalam badan itik.. tengok sendiri lah kaedahnya.. ia merupakan makanan terkenal di Perancis..


Escargot




     Escargot atau siput babi di Perancis.. bahan yang biasa digunakan untuk masak siput ni, butter, bawang putih, stock ayam dan wine.. siput ni banyak kandungan air dalamnya.. dan dikeluarkan isinya ketika dimasak tapi dihidang bersama cengkerangnya..


Truffle





     Cendawan atau kulat/fungus.. sangat terkenal di Perancis juga..mempunyai bau yang tajam dan kuat.. biasanya dipadankan dengan makanan lain.. ada juga dalam bentuk minyak.. mempunyai 2 warna iaitu hitam dan putih.. terdapat beratus jenis truffle.. pada zaman dahulu, menggunakan khinzir untuk mengesan dan mencari truffle ni, tapi sekarang menggunakan anjing.. sebab hanya binatang yang mempunyai deria bau yg kuat sahaja boleh mengesan truffle..


Balut Egg





     Merupakan telur itik yang sudah mempunyai embrio.. makanan yang terkenal di Philippines.. mempunyai beberapa jenis cara untuk memasaknya.. sorry lah kalau menjijikkan.. aku post sebab dia sejenis makanan.. hehe


Kahlua Coffee





     Kahlua atau kopi luak atau kopi tahi musang.. sejenis kopi yang mahal, dari tahi musang.. caranya, beri musang makan buah2 kopi yang dah merah, kemudian tunggu sehingga musang itu buang najisnya.. kemudian proses semula biji kopi itu dan buat proses kopi seperti biasa..ia terkenal di Indonesia..


Saffron





     Saffron satu2nya herba dalam gourmet food ni.. merupakan debunga dari bunga saffron yang berwarna ungu.. herba yang terkenal di Timur Tengah.. mempunyai warna yang sangat pekat.. biasanya, di Timur Tengah masak nasi menggunakan saffron ni.. tapi di barat menggunakannya dalam sauce dan sebagainya..


Kobe Beef





    Daging yang termahal.. Amat terkenal di Jepun.. ia dari daging lembu yang dijaga baik.. lembu itu dijaga seperti haiwan peliharaan, dibelai, digemukkan dan kadang2 dimabukkan..


   Haa.. itu dia, 8 gourmet food.. pelikkan.. nak tahu tentang sejarah ke, lebih mendalam ke, study sendiri okay.. itulah apa yang aku belajar dulu dengan sir aku.. tapi ada budak UiTM kata ada lagi jenis gourmet food yang aku tak tahu.. tapi yang aku ingat ada satu tu daging haiwan yang dianggap dan disembah sebagai tuhan.. itu je yang aku ingat.. ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...