My Army ^^

23 November 2012

Christmas Food ^^

 


     Hari ini aku akan ceritakan makanan pada perayaan Krismas.. tapi jangan pikir yang aku sambut perayaan ni.. just untuk info dan penambahan ilmu semata2.. tiada kaitan antara hidup dan mati.. hehe.. tapi, sebelum tu, aku ceritakan sedikit tentang perayaan Krismas ni..

    Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon Krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. bungkusan hadiah akan diletakkan dibawah pokok krismas dan dibuka pada hari tersebut...

    Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul dirumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak2 tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak2 mereka. sepertimana perayaan masyarakat lain,pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja2 untuk upacara sembahyang..

   Ok, itu pasal Krismas.. biasanya, pada malam Krismas tu, mereka selalu makan besar, mcm perayaan2 yang lain juga.. mesti ada makanan yang di wajibkan ada.. ok, aku ceritakan pasal makanan yang selalu ada pada perayaan tersebut.. tapi tak banyak.. yang aku bagi ni tradisional punya..


Boars head 

    Haaa.. amik kau.. ahaha.. itu dia, kepala babi hutan..




Egg nog


    Sejenis minum yang penuh produk tenusu.. bahan dia.. susu dan/atau krim, gula dan telur.. macam tak boleh masuk je kan.. haha




Roast Turkey


    Yang ini mesti ramai yang tahu.. dan biasanya setiap rumah ada ayam belanda ni.. mereka lebih suka gunakan ayam belanda yang fresh berbanding frozen..






Stollen Bread

      Sejenis roti yang kaya dengan buah.. haha.. sebab dia roti buah.. biasa ada yang guna lemon zest dalam tu..





Candy canes   

  Pemanis atau gula2 yg biasa ada pada hari perayaan itu.. kadang2 disangkut di pokok Krismas.. budak2 lebih suka benda ni..




   Ginger bread  


   Ginger bread atau ginger bread man jika ia bentuk orang.. itu food yang paling famous dan lama.. dia biskut sbenarnya.. ada rasa halia




      Haa.. itu dia sedikit info tentang makanan perayaan krismas.. sorry lah sbab tak banyak yang aku amik tahu.. haha.. by the way.. thanks sbab baca.. lau sudi, follow la ye.. tak minta bayar pun. :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...