My Army ^^

18 December 2012

Soup ~



    Holla~tetiba nak cerita pasal sup harini.. mungkin sebab aku masak sup ayam.. hehehe.. ok, mesti ramai yang sudah tahu tentang jenis2 sup kan.. tapi aku nak jugak ceritakan.. hehehe.. aku mula dengan jenis sup..

    Sup ada beberapa jenis.. yang membezakannya ialah tekstur, bahan, method dan rasa..dan juga kepekatan.. sup jernih/Clear sup seperti broth,Consomme dan sup yang berupa cecair yang jernih seperti sup yang cina selalu buat.. kalau tak tahu juga, dia serupa sup yang kita selalu makan..

     Ok, broth tu sup aku maksudkan tadi.. biasanya orang yang jual steamboat guna broth untuk celur steamboat tu.. ada chef yang kata macam tu.. kalau Consomme, dia sup yang paling legend.. sebab dia mahal,leceh dan paling2 susah nak buat.. berjam-jam nak buat.. sebab nak dapatkan rasa dan tekstur yang betul.. dan untuk mendapatkan kejernihan yang betul.. kalau tak silap dia cold sup/sup sejuk..cari di google kalau nak tahu lebih ok.. sup ni sup yang dikategorikan ringan..hehe..

    Sup pekat/thick soup.. sup yang dipekatkan menggunakan krim atau bahan yang jenis pepejal seperti puree.. Cream soup dan puree soup dikategorikan thick soup.. begitu juga dengan Bisque dan Chowder.. ok,aku terangkan satu-satu ya.. cream soup tidak kiralah apa2 nama lain seperti cendawan,ayam dan sebagainya.. dia menggunakan krim untuk memekatkan sup itu.. tekstur dia halus, gebu dan licin.. rasa dia memang hebat dan berlemak.. segala jenis sup yang ditambah krim, dikira cream soup.. mudahkan.. hehe..

    Puree soup pula, sup yang dipekatkan dengan mengisar satu bahan pepejal yang digunakan bagi menghasilkan sup.. macam cauliflower soup.. bunga kobis/cauliflower  ni perlu di bland.. tekstur dia tak halus dan tidak selicin cream soup.. rasa tidak berlemak.. biasanya sup puree ni menggunakan bahan berkanji seperti kentang dan juga sayuran.. ingat !! jika ia ditambah cream, ia dikira cream soup dan bukan puree soup..

    Bisque, ia dibawah cream soup, tapi menggunakan makanan laut.. ia sama seperti cream soup, tapi cream dicampurkan selepas sahaja ia diangkat, bertujuan bagi memekatkannya.. maksudnya, ia tidak dibland seperti cream sup.. cream diletakkan masa sup nak dihidang..

    Chowder, tak banyak beza dengan dengan cream sup, biasanya ia guna susu atau kentang.. sup pekat/thick soup dikira sup yang berat/heavy.. harap ramai yang tahu membezakan makanan yang ringan/light dan berat/heavy.. jika tahu membezakan ringan/light dan berat/heavy, mudah bagi awak2 semua nak buat menu..

    Dan yang terakhir, Specialty soup.. sup yang istimewa.. bukan sup OKU tau.. hahaha.. dia lebih kurang sup yang legend dan popular di sesebuah negara barat.. ada 3 sup sahaja yang basic orang tahu, iaitu French Onion Sup dari Perancis, Gumbo dari New Orleans dan Minestrone soup dari Itali.. dah tahu kan?? search google sahaja ok.. hehe.. oh, Gumbo tu biasanya di New Orleans guna Alligator.. tahu kan alligator tu apa?? hehehe... by the way, harap info ni membantu awak2 semua.. Annyeong~ ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...