Hollaaa ~~ hehe.. hye.. aku nak share tentang fakta kopi.. ada 10 fakta yang menarik tentang kopi ni.. buat penggemar kopi, selamat beramal.. hahaha.. bila sebut pasal kopi, mesti ramai dah tahu rasa dan kehebatan serta penangan dia, kopi ni memang boleh mentaksubkan kita.. hamboi.. hehe.. maksudnya memberikan ketagihan laa.. ok, ini 10 fakta tentang kopi.. ^^
- Kopi dipercayai berasal dari tropika Benua Afrika dan dibawa ke negeri ini pada 1779 dan mula ditanam secara komersial pada tahun 1875.
- Di Malaysia terdapat dua jenis kopi ditanam secara komersial iaitu Liberica dan Robusta.
- Kopi adalah spesies tanaman berbentuk pohon yang termasuk dalam famili Rubiaceae dan Genus coffea.
- Pokok Kopi boleh hidup lebih 25 tahun dan mencapai ketinggian 6-15 meter.
- Daun Kopi biasanya tumbuh secara berpasangan dan pokoknya mula berbunga ketika berumur 18 bulan hingga 3 tahun. bunga keluar dari daun dan biasanya berbentuk beberapa jambak.
- Buah kopi berwarna hijau semasa belum matang dan bertukar kekuningan dan merah sewaktu matang dan masak
- Kopi memerlukan hujan tahunan sebanyak 2,000-3,000 mm dengan purata suhu 18 'C-28'C dan kelembapan bandingan 70-90%.
- Kopi subur pada hampir semua jenis tanah. ini termasuk tanah volkanik,granit,batu loh dan batu pasir.
- Penyakit yang biasa menyerang kopi ialah karat kopi (Hemilia vastatrix), penyakit bebenang putih (Marasmeillus scandeus), penyakit Ungu (Corticum salmonicolor) sebagainya.
- Kopi Liberica mula masak dalam masa 8-13 bulan sementara kopi Robusta dalam masa 9-10 bulan..
Harap fakta yang ceciput ni dapat memberi sedikit pengetahuan.. hehe, annyeong~~ ^^ from me Fazley Zahri..
No comments:
Post a Comment