My Army ^^

30 November 2012

HALFEST 2012



      Hoi hoi.. Hahahahahaha.. aku terlupa nak update pasal Halfest ni.. sesangat2 minta maaf.. hahaha.. tarikh nya pun aku dah tak ingat dah.. Halfest ni Ekspo halal terbesar di Malaysia.. segala makanan2 dan produk2 halal di Malaysia ada di situ.. nak tahu lebih usya di sini http://www.halfest.com.my .. tapi dia dah update untuk 2013 punya.. dalam bulan Oktober rasanya dia buat.. ramai artis ada dekat sana.. dalam masa sehari ada 2 orang artis.. untuk masak bersama Chef Zam

      Aku pergi haritu pun sbab nak jumpa Izara Aishah.. muahahaha.. last2 tak dapat.. T_T sedihkan hidup aku.. hehe.. last2 dapat jumpa Nealofa je.. boleh laa.. hahaha.. chef selebriti pun ramai jugak aku jumpa.. apa lagi, ambil gambar laa.. Ok, nak cerita panjang pun dah tak ingat.. Btw, benda ni dibuat di PWTC.. kami dari Serdang naik train untuk sampai di sana.. dan macam biasa lah, kawan2 perempuan aku peneman setia.. bahahhaha.. perangai aku dengan diorang memang gila.. so,memang kena.. ahaha.. kami ni dah lah jenis yang suka makan free, memang semua lah food tester kami pulun.. hahaha..rezeki kan.. :) ni gambar2 yang aku sempat ambil..







     Itulah antara kenangan aku bersama mereka.. sedihkann ~~ T_T.. lagi2 dekat nak habis sem ni.. sesangat2 sedih.. hope bila dah habis belajar nanti, kita leh lepak sama2 lagi :) Adiooss ~~
kAMSAHAMNIDA !! !!

27 November 2012

Makanan Asia/Final Battle

Group No 7 


      27.11.2012 - Sawadikkap ~ dan Selamat petang pak ibuk.. haha.. Akhirnya, battle/final cooking untuk kelas makanan Asia dah dicipta sejarah.. ahaha.. ok, itu gambar aku dan partner aku.. Yati namanya.. aku tak pernah jumpa dan bincang dengan dia pasal battle ni.. just suruh dia study dan bawak tools.. itu sahaja.. tapi, Alhamdulillah, smuanya ok.. ^^

       Kami kena cabut undi, untuk tahu negara mana yang kami dapat.. ada Jepun (sushi) Korea (kimbap & kimchi) Middle East (tabbouleh & other appertizer) dan Thailand + Indonesia (mango salad & Bakso).. time tengah cabut undi tu, aku pikir aku dapat Jepun or Korea.. tapi last2 yang aku tak suka juga aku dapat.. ahaha, dah  lah Thailand dan Indonesia.. waduh2.. haha.. bila dah tahu tu.. aku terus bincang plating dengan partner aku.. Yati.. walaupun tak pernah tegur selama dekat kelas tapi, lega bila kerjasama kami berbaloi.. hahaha.. skema betul ayat aku.. ^^

      Kali ni, komen sangat2 memuaskan.. miss kata plating ok,taste ok.. cuma bakso kuah berminyak sikit.. yang lain semua ok.. cleaning pun ok.. takda hal.. lega nohhh.. hahaha.. ok, dah puas aku bercerita.. nak tengok food aku, ambil ni..




        Haaa, ada lagi satu, miss aku kata group hari selasa je yang paling teruk dari hari jumaat.. hahaha.. kelakar gila.. ok, selesai sudah battle makanan Asia.. tunggu untuk exam identify item je.. nanti aku ceritakannya.. just wait and see ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

26 November 2012

MAHA 2012 ^^

   


    26.11.2012 - Fuhhh.. penat berjalan seharian dekat MAHA 2012 ni.. padahal 3 jam lebih je.. haha.. ok, aku malas nak explain pasal dia, baca sendiri dekat sini http://www.maha.gov.my/2012/ .. segalanya ada disitu..

   Sebenarnya kami tak rancang nak pergi.. semuanya last minit.. mula2 tak nak pergi, sebab nampak mcm nak hujan je.. last2 pergi juga.. tempat dia serius besar.. mcm2 produk dalam Malaysia ada dekat situ.. ok, aku malas nak bercerita sebenarnya.. just tengok gambar2 dekat bawah ni..








     Haa.. itu dia, ada satu gambar tu, kami naik trak yang bawak jalan2 pergi  tengok kawasan yang jauh.. patutnya pergi bahagian penternakan.. last2 tak jadi.. sbab hujan.. ada banyak buah yang pelik dekat sana.. nak tau lebih, pergilah sana.. hehe.. dia habis 2 disember nanti.. ^_^
kAMSAHAMNIDA !! !!

25 November 2012

Gastronomy Food/Cocktail In an Ice Sphere

 
     Hye.. aku nak share pasal Gastronomy food.. tapi cocktail dan recipe serta method dia aku guna bahasa English tapi bahan dia jela.. cara dia aku try pendekkan.. sbab aku malas nak explain dalam bahasa Melayu.. jangan marah ye.. hehe


  • Spherical Ice Molds
  • Large Syringe With Needle
  • Freezer (the Colder The better)

Cocktail ingredients (or your favorite cocktail)
  • 1 1/2 oz grapefruit vodka
  • 3/4 oz Aperol
  • 1 oz lemon juice
  • 1 oz orange juice
  • 1/2 oz honey syrup
  • 1 orange peel twist for garnish


Method :

  1. Buat spherical ball dulu.. menggunakan mold yang sudah direka khas.. kemudian bekukan.. tengok gambar dekat atas.. hasilnya dia akan dapat bentuk bulat dan kosong didalam nya..
  2. Sediakan cocktail.. siapa bartender dia taulah buat.. (sorry, aku bukan bartender)
  3. kemudian isi dekat dalam picagari.. (jarum suntikan tu)
  4. Bila ais tadi dah keras, keluarkan dan suntik cocktail tadi dekat dalam.. tengok pic dekat bawah ni


   Dan siap.. nak tahu hasil dia selepas siap?? tengok gambar dekat atas sekali.. tapi ini pula cara nak minum dan menikmati cocktail tu..




   Nampak tak hasilnya?? ramai yang tengok gambar dekat atas tu, dia pikir yang cocktail tu beku habis.. padahal dia cecair je sebenarnya.. ^^ 

kAMSAHAMNIDA !! !!

Basic Culinary/ Tips Steak




     Haa.. baru aku teringat pasal ni.. dulu2 aku ada belajar dengan sir aku.. penting untuk tau sama ada daging tu masak mcm mana.. kadang2, customer nak medium rare, tapi kita tak tahu.. sampai2 tengok dia dah terlebih masak.. nak tahu salah satu cara dia yang ni la.. guna tangan dan jari.. cuba ikut dan tekan bawah ibu jari tu.. nanti kamu semua tahu..

     Cara lain ada, tapi kene pandai main masa.. setiap minit membezakan rupa daging tu.. contohnya , panggang 5 minit setiap belah (atas dan bawah daging) akan dapat well done..lebih kurang mcm tulah..benda ni penting, lagi2 bila nak buat steak.. so, study benda ni.. Goodluck ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

Pineapple Pie & Durian Custard Pie ^^



   Hye.. lama kan aku tak update blog ni.. hehe.. harini aku buat pai.. tetiba je mak aku suh buat apa yang aku nak buat.. sbab dia ternampak nenas at dapur.. dia pandang nenas dia pandang muka aku.. haha.. dalam kepala otak aku asyik pikir pai.. muahahaha..

  Time aku masak filing nenas tu, aku rasa tak cukup untuk orang2 dekat rumah ni.. lagi2 buat sebiji dan kecik.. last2 aku ada simpan durian untuk buat ais krim.. aku pikir punya pikir, amik juga durian tu.. niat nak buat ais krim dalam mimpi jela.. haha.. lagipun doh pai banyak pula aku buat.. pai kali ni aku guna doh flaky.. dia lebih rapuh dan sikit rangup.. lebih kurang tart pun ade jugak.. so terpulang la nak panggil apa :) ini resipi dia.. check it up ^^



Pineapple Pie 

Bahan Filing :

  • Nenas
  • Gula putih
  • Gula perang (kalau nak tapi warna lagi cantik)
  • Bunga cengkih
  • Kulit kayu manis

Bahan Doh : (doh sama digunakan untuk Durian Custard pie)

  • Butter
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula aising (secukup rasa)
  • Air ais/sejuk 
  • Tepung gandum

Cara2nya :
  1. Buat filing dulu.. potong nenas ikut saiz yang sesuai.. nak kecil boleh, besar sikit pun boleh.. tapi sedap kalau besar.. berjus..
  2. Tambahkan nenas tadi dalam periuk, diikuti semua bahan.. masak sehingga nenas pekat setelah mengeluarkan air.. dia jadi seperti jem/coulis..
  3.  Buat doh.. letakkan butter bersama tepung.. lerai2kan.. ingat !! jangan trus uli.. sbab dia pie.. dan bukan kek atau biskut.. setelah leraikan2, pastikan dia jadi seperti tepung semula.. lepas tu, tambah garam, gula dan last baru masuk air sejuk.. tapi jangan banyak.. cukup stakat tepung tu bercantum dan menjadi doh.. simpan didalam chiller sehingga dia sejuk.. kita kena restkan dia.. sbab kalau trus uli semua, nanti dia berminyak.. so, bila bakar, dia tak rapuh..
  4. Selepas itu, roll dan isi dalam bekas pai.. kemudian buat blind baked..  maksudnya, stelah masuk dalam acuan, cucuk doh dengan garpu untuk memberi udara bawah keluar.. dan bakar.. sebab doh tu lambat masak.. so, kene bakar dulu doh tu.. nak cantik, letakkan periuk kecik atau acuan yang sama diatas doh tu.. dia tidak mengelembung dan ia masak dengan sekata..
  5. Setelah kuning/brown.. keluarkan dan letakkan filing.. kemudian bakar lagii sekejap.. tapi aku letak butter dekat atas dia.. seketul potong kecil butter untuk bagii bau yang awesome.. haha
  6. Dan siap.. jangan bakar lama sangat.. nanti doh jadi keras.. ^^


Durian Custard Pie

Bahan Filing :
  • Durian
  • Susu 
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Gula (tapi aku pakai susu pekat)
  • Flaky doh (tengok resipi dekat atas)

Cara2nya :
  1. Blend durian bersama sedikit susu dan telur.. sehingga menjadi paste
  2. Panaskan susu,gula/susu pekat.. dan campurkan bersama paste durian tadi.. kemudian letakkan tepung gandum yang dibancuh dengan air.. panaskan semula.. tapi jangan terlalu lama.. nanti dia berketul dan tak cantik..
  3. Tuang keatas doh yang telah di blind baked.. dan bakar sekejap untuk setkan dia.. siap ^^


kAMSAHAMNIDA !! !!

23 November 2012

Christmas Food ^^

 


     Hari ini aku akan ceritakan makanan pada perayaan Krismas.. tapi jangan pikir yang aku sambut perayaan ni.. just untuk info dan penambahan ilmu semata2.. tiada kaitan antara hidup dan mati.. hehe.. tapi, sebelum tu, aku ceritakan sedikit tentang perayaan Krismas ni..

    Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon Krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. bungkusan hadiah akan diletakkan dibawah pokok krismas dan dibuka pada hari tersebut...

    Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul dirumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak2 tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak2 mereka. sepertimana perayaan masyarakat lain,pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja2 untuk upacara sembahyang..

   Ok, itu pasal Krismas.. biasanya, pada malam Krismas tu, mereka selalu makan besar, mcm perayaan2 yang lain juga.. mesti ada makanan yang di wajibkan ada.. ok, aku ceritakan pasal makanan yang selalu ada pada perayaan tersebut.. tapi tak banyak.. yang aku bagi ni tradisional punya..


Boars head 

    Haaa.. amik kau.. ahaha.. itu dia, kepala babi hutan..




Egg nog


    Sejenis minum yang penuh produk tenusu.. bahan dia.. susu dan/atau krim, gula dan telur.. macam tak boleh masuk je kan.. haha




Roast Turkey


    Yang ini mesti ramai yang tahu.. dan biasanya setiap rumah ada ayam belanda ni.. mereka lebih suka gunakan ayam belanda yang fresh berbanding frozen..






Stollen Bread

      Sejenis roti yang kaya dengan buah.. haha.. sebab dia roti buah.. biasa ada yang guna lemon zest dalam tu..





Candy canes   

  Pemanis atau gula2 yg biasa ada pada hari perayaan itu.. kadang2 disangkut di pokok Krismas.. budak2 lebih suka benda ni..




   Ginger bread  


   Ginger bread atau ginger bread man jika ia bentuk orang.. itu food yang paling famous dan lama.. dia biskut sbenarnya.. ada rasa halia




      Haa.. itu dia sedikit info tentang makanan perayaan krismas.. sorry lah sbab tak banyak yang aku amik tahu.. haha.. by the way.. thanks sbab baca.. lau sudi, follow la ye.. tak minta bayar pun. :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

21 November 2012

Roast Beef Ice Cream




    Mungkin tak masuk di akal.. tapi itulah hakikatnya.. cewahhhh.. hehe.. Kali ni aku share pasal gastronomy food.. menjadikan main course sebagai savoury dessert.. mungkin agak pelik dan mesti ramai tertanya2 apakah rasanya.. ok, aku akan ceritakan dan kongsikan recipe dia nanti.. sebelum tu, aku cerita sedikit tentang orang yang menciptakan makanan ni..

    Bernama Emmanuel Stroobant.. mesti ada yang kenal sbab dia host bagi rancangan  "Chef in Black".. di Astro saluran 703.. Sewaktu mencipta food ni dia berkata " untuk menciptakan makanan ni, saya terpaksa membuat beberapa kali untuk mendapatkan rasa yang sesuai, selain mencari garnishing (hiasan) yang kena dengannya".. nampak tak?? berapa pentingnya kajian dalam mencipta satu makanan yang boleh diterima umum..

    Ok, aku ceritakan tentang food ni, dia menggunakan pati/stock yang diperbuat dari daging lembu panggang dan reduction (pekatkan) kan ia.. untuk mendapatkan rasa yang betul2 sempurna.. kemudian dia menyediakan Creme Anglaise atau English creme.. dan mencampurkan kedua2nya kemudian bekukan menggunakan freezer.. dia tidak menggunakan mesin ais krim tapi tekstur dia sama seperti ais krim.. kemudian dia membuat garnishing yang sesuai iaitu potato chip.. tapi bentuk seperti mee.. dengan menggunakan mesin khas dari Jepun dan gorengkan..

   Untuk mengetahui rasa ini diterima atau tidak, dia memanggil kawannya di Malaysia iaitu Sazzy Falak dan Aishah Sinclair untuk menjadi juri.. dan, mereka mengatakan yang ia sedap walaupun pelik..dan rasa seperti makan daging lembu panggang.. ini recipenya.. tapi aku beri secara singkat..


Bahan :


  • Roast beef
  • 600 ml Cream
  • 6 egg yolk
  • Icing sugar
  • Potato
  • Oil for deep fry

Cara :


  1. Ambil roast beef dan masukkan air.. Simmer sehingga betul2 daging tersebut mengeluarkan bau yang betul.. kemudian buat reduction untuk memekatkannya.. betul2 pekat.. hasilnya dia menjadi pati yang betul2 pekat dan berwarna hitam.. 
  2. Sediakan bahan untuk membuat Creme Anglaise.. 1 biji telur kuning bersama 100 ml cream.. jadi gunakan 6 biji telur kuning dan 600 ml cream.. panaskan cream dulu bersama gula..kemudian pukul telur sehingga kembang (dipanggil kaedah Reben).. kemudian tambahkan cream panas tapi perlu cepat kacau kerana telur kuning itu akan masak kerana cream itu panas..ia akan menjadi tekstur seperti sauce (melekat di belakang sudu)..
  3. Bekukan didalam Freezer.. jika ais krim biasa, menggunakan mesin ais krim..
  4. Sediakan garnishing.. kupas dan bersihkan kentang, kemudian gunakan mesin dari Jepun yang boleh menjadikan kentang seperti mee.. kemudian goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas.. kerana jika terlalu panas, kentang tidak rangup tapi hangus dengan menggunakan kaedah Deep Frying..
  5. Setelah Ais krim sejuk dan beku, gunakan pencedok ais krim atau sudu.. bentukkan dan hidang didalam pinggan.. letakkan potato chip tadi sebagai garnishing..

   Ok, itu dia food yang pelik dan tak boleh diterima akal.. tapi bagi chef/ahli gastronomy, ia perkara biasa.. kerana banyak lagi food yang pelik tapi sedap..by the way, try buat dan rasa.. selamat mencuba ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

20 November 2012

Gourmet Food ^^

     Kenangan dari kelas makanan barat.. aku ingat lagi, kami kena hafal nama2 gourmet food ni.. sir aku bagi ada 8 kesemuanya.. siapa tak ingat bila di tanya, kena denda berdiri dekat depan dan possing mcm2 style.. haha

   Ok, aku bagi tahu gourmet food tu apa.. sir aku cakap, ia makanan yang sangat2 mahal dan agak popular tapi ia pelik.. lebih kurang mcm tulah.. heh heh... ok, aku teruskan dengan 8 gourmet food tu..

Caviar




    Telur ikan yang diawet dengan garam.. biasanya digunakan untuk topping, garnishing dan spread.. ada 4 jenis yang membezakan saiz,kualiti dan harga.. iaitu Sevruga, Belugar, Stattlet dan Osesstra.. tak ingat yang mana satu paling mahal.. hehe.. ia telur dari ikan sturgeon liar, lump, salmon dan trout.. itu je rasanya.. telur ikan sturgeon paling mahal dan ikan sturgeon hanya boleh ditangkap di Caspian sea dan Black sea..


Foie Grass





   Merupakan hati itik yang sudah bengkak.. zaman dulu, pemburu akan tunggu musim itik liar berhijrah untuk mendapatkannya.. bila itik liar berhijrah, ia memerlukan makanan yang bnyak kerana perjalanan sangat jauh.. itik liar akan makan sampai hatinya bengkak.. tapi zaman sekarang, penternak menggunakan alat dan menyumbat makanan terus ke dalam badan itik.. tengok sendiri lah kaedahnya.. ia merupakan makanan terkenal di Perancis..


Escargot




     Escargot atau siput babi di Perancis.. bahan yang biasa digunakan untuk masak siput ni, butter, bawang putih, stock ayam dan wine.. siput ni banyak kandungan air dalamnya.. dan dikeluarkan isinya ketika dimasak tapi dihidang bersama cengkerangnya..


Truffle





     Cendawan atau kulat/fungus.. sangat terkenal di Perancis juga..mempunyai bau yang tajam dan kuat.. biasanya dipadankan dengan makanan lain.. ada juga dalam bentuk minyak.. mempunyai 2 warna iaitu hitam dan putih.. terdapat beratus jenis truffle.. pada zaman dahulu, menggunakan khinzir untuk mengesan dan mencari truffle ni, tapi sekarang menggunakan anjing.. sebab hanya binatang yang mempunyai deria bau yg kuat sahaja boleh mengesan truffle..


Balut Egg





     Merupakan telur itik yang sudah mempunyai embrio.. makanan yang terkenal di Philippines.. mempunyai beberapa jenis cara untuk memasaknya.. sorry lah kalau menjijikkan.. aku post sebab dia sejenis makanan.. hehe


Kahlua Coffee





     Kahlua atau kopi luak atau kopi tahi musang.. sejenis kopi yang mahal, dari tahi musang.. caranya, beri musang makan buah2 kopi yang dah merah, kemudian tunggu sehingga musang itu buang najisnya.. kemudian proses semula biji kopi itu dan buat proses kopi seperti biasa..ia terkenal di Indonesia..


Saffron





     Saffron satu2nya herba dalam gourmet food ni.. merupakan debunga dari bunga saffron yang berwarna ungu.. herba yang terkenal di Timur Tengah.. mempunyai warna yang sangat pekat.. biasanya, di Timur Tengah masak nasi menggunakan saffron ni.. tapi di barat menggunakannya dalam sauce dan sebagainya..


Kobe Beef





    Daging yang termahal.. Amat terkenal di Jepun.. ia dari daging lembu yang dijaga baik.. lembu itu dijaga seperti haiwan peliharaan, dibelai, digemukkan dan kadang2 dimabukkan..


   Haa.. itu dia, 8 gourmet food.. pelikkan.. nak tahu tentang sejarah ke, lebih mendalam ke, study sendiri okay.. itulah apa yang aku belajar dulu dengan sir aku.. tapi ada budak UiTM kata ada lagi jenis gourmet food yang aku tak tahu.. tapi yang aku ingat ada satu tu daging haiwan yang dianggap dan disembah sebagai tuhan.. itu je yang aku ingat.. ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

Molecular Gastronomy



     Holla~ hehe.. lama tak update.. sorry ye, buzy sikit.. by the way, kali ni aq share pasal gastronomy.. benda yang paling2 famous dekat dunia ni dalam masakan.. pasal benda ni yang aq tahu penggunaan nitrogen dalam masakan.. korunk mesti tahu kan hasil  masakn tu dengan guna nitrogen kan ??

     kalau tak tahu aq share sikit hasilnya.. hasil die food yang berupa cecair seperti sauce,puree atau sebagainya jika dimasukkan dalam nitrogen akan jadi tekstur seperti caviar atau telur carak (poach egg).. pandai2la korunk paham sndiri.. haha.. ok, ni semua pasal Molecular Gastronomy..

     Molecular Gastronomy ialah kajian sains dalam masakan tapi ia lebih kepada cara baru dalam penyediaan makanan didalam dunia kulinari.. dengan menggunakan peralatan sains untuk memodenkan makanan.. orang yang hebat dalam molecular gastronomy ini mestilah mahir dalam pelajaran fizik dan kimia..

    Molecular Gastronomy ini akan mengkaji bagaimana untuk memodenkan masakan lama.. pelbagai teknik dan peralatan sains digunakan. dan ia juga memberikan rasa yang lebih hebat pada makanan tersebut.. dalam term culinary Molecular gastronomy diwujudkan pada tahun 1992 ^^

    Sejarah Molecular Gastronomy - seorang guru English dalam masakan bernama Elizabeth Cawdry Thomas membuat bengkel bersama tukang masak professional tentang penggunaan fizik dan kimia dalam masakan. bengkel pertama molecular gastronomy ditubuhkan pada tahun 1992-2004.. dipanggil "workshop on molecular and physic gastronomy"..

    Keputusan eksperimen terbaru yang dihasilkan oleh ahli gastronomy ialah hot gelatin, airs, faux caviar, spherical ravioli, crab ice cream dan olive oil spiral.. ahli gastronomy juga mengatakan perubahan bentuk dalam masakan memberi rasa yang berlainan..

     Dapur moden dan terkini untuk ahli gastronomy dimiliki oleh Dr. Nathan Myhrvold yang diberi nama "Modernist cuisine kitchen laboratory" di Intellectual Ventures.. ia direka khas untuk ahli2 gastronomy untuk membuat kajian dalam memodenkan masakan dan makanan..




   Itu dia dapurnya.. pelbagai peralatan canggih dan moden telah dibuat.. ok, yang ni gambar food yang direka dan dimodenkan oleh ahli2 gastronomy..







     Dah tengok?? hebatkan.. kalau ada penerangan pasal food tu msti korunk tak percaya.. haha.. tapi aq malas nak terangkan.. hehe.. harap korunk dah faham pasal Molecular Gastronomy ni.. kalau nak buat, start bermain dengan nitrogen.. tapi hati2, sebab nitrogen sejuk gila2 babekk.. suhu dia lau tak silap, -300 ^..
kAMSAHAMNIDA !! !!

15 November 2012

Garde Manger/ "Tidbits"



      Ha.. yang ni last post pasal Garde Manger.. aq guna perkataan tidbits sebab senang dan pendek.. lagipun ada 3 benda yang boleh dipanggil tidbit.. iaitu Canape , Amuse-bouche dan Hor's Douevre.. dia sama dari rupa tapi beza dari cara hidangannya dan namanya :)

    Aq starting dengan Canape dulu, canape dihidang dengan saiz yang kecil dan mudah di pegang dan makan.. orang panggil 'small bite' atau 'fingers food'.. selalunya dihidang sebagai appetizer, boleh juga dikira snack atau makanan ringan dan dimakan masa minum petang dan parti..

   Base canape biasanya roti, keropok, biskut dan baked pastry yang mempunyai pelbagai jenis topping seperti pelbagai jenis keju,udang dan macam2 lagi.. boleh dihidang panas dan sejuk.. tapi sekarang dah macam2 dah base dia, macam telur,timun,tomato dan macam2 lagi..

    Amuse-bouche pula, berbeza dari appetizer, sebab ia biasanya dihidang oleh chef itu sendiri dan di match kan dengan wine.. ada yang kata dia punya item sama mcm hidangan utama.. kalau main dish dia ayam, so amuse-bouche tu ayam.. aq pun dah tak ingat hehe.. Amuse-bouche dari bahasa Perancis yang dulunya disebut "mouth amuser" dan ditukar jadi "amuse-bouche".. sebutan die (Amusbush)

    Hor's Douevre, sebutan dia (ho-dof) sir aq ajar sebut mcam tu.. heh heh.. orang kata dia dihidang sebelum main course.. sebab main course lama nak masak dan buat masa dulu, takut tetamu bosan dan lapar, dia served benda ni.. bahan2 dia sama macam canape dan amuse bouche.. sekarang dah paham?? hehe.. Mercy~~
kAMSAHAMNIDA !! !!

Garde Manger/Salad

 

    Salad, dari perkataan Perancis iaitu Salade.. digunakan dalam bahasa Inggeris pada abad ke-14 iaitu Salad atau sallet.. dalam bahasa Latin disebut Salata dari perkataan garam/masin..garam yang dimaksudkan dari sos,salsa dan sosej serta dressing..

    Biasanya dihidang sebagai pembuka selera, sbb tulah rasa masin,segar,masam dan ringan ada pada salad.. orang yang berdiet selalu makan salad kerana kandungan nutrisi yang terkandung dalam salad ni banyak.. sebab ada sayuran.. nak mengamalkan pemakanan sihat makanlah salad :)

    Yang perlu ada dalam salad biasanya Dressing.. nak ceritakan pasal ni susah sikit.. sbab tak tahu nak terangkan.. stdy sendirilah dressing tu apa.. Mayonnaise tu bukan sos ye, die dikira Dressing.. Biasanya dressing ni benda yang ada pakai minyak.. dressing untuk salad ada bnyak.. Cari sendiri.. hehe..

   Ada satu nama salad ni, A Crab Louie salad.. menggunakan romaine lettuce, crab meat, telur rebus, tomato, asparagus dan timun serta di kenakan dengan Louie Dressing iaitu campuran mayonnaise dan cili sos..

    Ada beberapa jenis salad iaitu :

  1. Green Salad/Garden Salad
  2. Vegetable Salad
  3. Bound Salad
  4. Entree Salad
  5. Fruit Salad
  6. Dessert Salad

   Cari sendiri lah rupa2 salad tu.. hehe.. ada banyak juga jenis sayur salad.. yang  biasa kita makan, rangup dan sejuk tu nama dia iceberg.. ada lettuce,romaine,rocket atau arugula, bayam pun boleh.. yang lain dah lupa.. hehe.. itu baru jenis2 dia.. lau nak ikutkan product dari jenis2 tu memang banyak.. 

   Aq share apa yang belajar dulu je.. salad yang selalu kami buat potato salad,chef salad,egg salad,dory salad,caesar salad dan chicken salad.. caesar salad tu ada crouton.. crouton tu roti rangup.. ok, setakat tu je aq dapat share.. malas nak share banyak2.. tak rajin, hahaha.. By the way good luck.. stdy smart jangn stdy hard.. ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

14 November 2012

Garde Manger/Forcemeat



    Forcemeat atau daging yang dah hancur.. definisi dia sebenarnya campuran dari daging hancur, dimana daging tersebut 'emulsified' oleh lemak.. dengan mengunakan kaedah 'grinding','sieving' dan 'pureeing'.. mempunyai tekstur kasar dan halus.. dengan forcemeat, ada beberapa product boleh dapat iaitu terrine, pate, roulade,sosej dan galantines.. biasanya menggunakan sumber protien yang mentah.. seperti ayam,lembu,kambing, ikan dan sebagainya..

   Ada 4 jenis stail basic forcemeat..

  1. Straight forcemeat 
  2. Country-style forcemeat
  3. Gratin forcemeat
  4. Mousseline

   Cari sendiri la ye maksud dia.. ok, itu die punya stail.. yang ni dia punya product.. ada 4 jenis yang aq belajar.. Terrine,Pate,Galantine dan Mousseline.. time aq belajar ni, serius tension.. dah la tak sedap.. rasa pun pelik.. dengan leceh lagi..

    Nak terangkan banyak sangat la pula.. aq just bagi perbezaan terrine dan yang lain jela ek.. Terrine ni ada pakai gelatin, tapi time aq buat tak pakai pun gelatin, just buat macam sosej je.. just buat susunan cantik2 dan buat bain marie je..tau kan cmne?? guna acuan petak, bakar dalam oven tapi letak air dekat bawah.. pandai2 la cari sendri.. hehe.. nak buat mcm sosej lak, susun dan wrap guna plstik wrap.. pastu rebus sampai betul2 masak..
  
    Pate pula, sama je dengan terrine, cuma dia ada puff pastry at luar.. dia panggil pate en croute.. ada yang guna organ dalaman macam hati ayam or anything.. kalau Galantine pula, tak silap aq di sama mcm terrine tapi cover dengan kulit/lemak.. mcm kulit ayam or ikan.. mousseline lak, dia mcm mousse.. dia guna telur dalam tu.. dan lebih lembut,licin dan ringan.. biasanya guna seafood.. 

   Mcam biasalah, setakat tu je aq dpt share.. sebab nak cerita lebih memang tak laa.. hahaha.. by the way, rugi siapa yang tak belajr bnda ni..walaupun tak diterima tekak semua, just for menambahkan ilmu dan atleast kita tau.. 9t senang.. ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

13 November 2012

Garde Manger/Sandwiches

 

   Kali ni aq nak share pasal kelas Garde Manger.. macm2 aq belajar dari canape sampai forcemeat.. aq share pasal sandwich dulu ok.. sandwich ni ada 3 jenis asas yang aq belajar.. ada open sandwich,close sandwich dan finger sandwich.. open seperti bruschetta, close seperti burger dan fingers seperti sandwich biasa yang kita makan..

   Definisi sandwich sebenarnya dimana sekeping roti atau lebih diletakkan inti atau filling didalamnya.. jika pakai satu keping roti inti dipanggil topping.. dan dipanggil open sandwich.. biasa dimakan masa lunch.. tapi kebanyakkannya dibawa bekal untuk berkelah dan aktiviti2 lain.. sebb senang nak buat dan senang nak makan..ada juga yang makan time breakfast.. terpulang laa.. ikut selera masing2 ok..

   Ada fakta mengatakan nama lain bagi sandwich ialah 'bits of cold meat'.. ada sejarah dia, tapi tak berapa pasti.. yang aq tau dia wujud pada abad ke-18.. dan nama orang yang tercipta ni John Montagu..

   Ada banyak nama sandwich sebenarnya.. aq akan share.. tapi just nama je.. nakk tau lebih cari sendiri laa ye.. hehe..

  1. Au jus Sandwich
  2. Bacon Sandwich
  3. Bologna Sandwich
  4. BLT Sandwich
  5. Bulgher Sandwich
  6. Club Sandwich
  7. Cheese Steak 
  8. Chip Butty Sandwich
  9. Crisp Sandwich
  10. Cucumber Sandwich
  11. Cuban Sandwich
  12. Dagwood Sandwich
  13. Fluffernutter Sandwich
  14. Grilled Cheese Sandwich
  15. Hamburger
  16. Hoagie Sandwich
  17. Italian Beef Sandwich
  18. Hot Dog
  19. Melt Sandwich
  20. Monte Cristo Sandwich
  21. Muffuletta Sandwich
  22. Peanut Butter and Jelly Sandwich (PB&J)
  23. Ploughman's
  24. Po' boy
  25. Reuben Sandwich
  26. Ssloppy Joe Sandwich
  27. Submarine Sandwich
  28. Tea Sandwich

   Jangan terkejut pula.. haha.. yang korunk tau mesti tak banyak kan.. hehehe.. btw, waktu kelas aq dulu, kami masuk je kelas trus sir aq bagi note.. dan baca beberapa minit je.. pastu sir aq suruh kami prepare.. 2 fushion sandwich dan 1 apa yang ada at dalam note tu... serius mencabar doe.. ^^ tapi Alhamdulillah.. semua ok.. 

kAMSAHAMNIDA !! !!

About Flambe ^^




     Flambe ? siapa yang tak tahu aq tak tahu nak kata apa.. haha.. sbab benda ni famous.. dan ramai yang menganggap chef yang bermain api ni seorang chef yang hebat.. tapi lain pula di kolej.. kalau di kolej, student menganggap yang budak yang buat flambe ni poyo.. jeles la tu.. biasalahh budak2 tak matang.. hehe

   Ok, Flambe ni maksudnya Flame atau melayu kata api.. flambe perkataan dalam bahasa Perancis.. ada sejarah sebenarnya.. tapi aq ceritakan pasal flambe ni dulu.. nak buat flambe tambahkan alcohol didalam kuali yang panas.. tapi kita tak boleh guna alcohol.. kita boleh guna air atau apa2 je jenis cecair untuk buat flambe.. yang penting, pastikan kuali tu betul2 panas..

    Sejarahnya bermula pada Abad ke-14.. Dari Medieval Muslim atau Moors.. aq tak sure pasal ni.. lepas tu mula famous pada lewat abad ke-19.. tapi ada fakta ni, semua percaya.. pada tahun 1895, di Monte Carlo.. seorang pelayan restoran bernama Henri Charpenter secara tak sengaja atau kemalangan membuat api ketika memasak crepes di depan Edward VII of the United Kingdom.. dan makanan tersebut dipanggil crepes Suzette..

   Ada yang mengatakan kaedah flambe ni memberi atau menambahkan rasa lain kepada makanan tersebut.. Ada yang menggunakan flambe ketika menghidang makanan dan minuman.. ada juga yang menggunakannya sebagai kaedah memasak..

   Antara makanan yang dihidang menggunakan flambe ialah Bananas Foster, Bombe Alaska, cherries Jubilee, Crepes Suzette dan Steak Diane.. serta Coq Au Vin.. by the way, itu je yang aq dapat share.. selebihnya study sendiri laa.. haha ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

12 November 2012

Garde Manger/Chaud Froid



    Kali ni aq share pasal Chaud Froid dan Aspic.. Antara benda yang famous pada abad ke-18.. dicipta oleh Antoine Careme.. tapi sayang siapa yang tak tahu,tak belajar, dan tak mengenali benda ni.. benda ni juga mkanan sejarah yang paling hebat ketika dulu..

    Ia sebenarnya Jelly sauce untuk menghias pinggan.. nampakkan gambr2 tu.. dengan menggunakan basic sauce seperti veloute, bechamel dan demi glaze yang dicampurkan dengan gelatin.. yang lebih simple boleh menggunakan susu sahaja.. Chaud Froid bermaksud 'Hot-cold' dalam bahasa Perancis..

    Ia dipanggil begitu kerana, ada sejarah disebalik cerita chaud froid ni... aq just bagi apa yang penting je.. pada zaman Antoine Careme, iaitu abad ke-18.. Careme menemui cara terbaru dalam masakan.. menggabungkan rasa hebat makanan utama yang panas menjadi sedap bila sejuk.. dia menggunakan gelatin dalam masakan untuk menambah tempoh jangka hayat makanan tersebut..

    Selain memberi rasa yang sedap.. Gelatin sbnrya mampu menahan makanan dari cepat rosak, kerana ia menghalau keluar udara dan bakteria.. Aspic pula Jelly Stock.. tiada beza sangat antra Chaud Froid dengan Aspic.. biasanya Aspic yang membalut makanan.. Chaud froid digunakan untuk menghias pinggan.. Aspic memberikan rasa tambahan keatas sesuatu makanan itu.. Aspic nampak lebih jernih sebb dia menggunakan clear stock dan consomme..

    Ada yang kata ia boleh dimakan, ada pula yang kata tak boleh.. so, terpulang laa, lau rasa nak makan, makanlaa.. hehe ^^
kAMSAHAMNIDA !! !!

10 November 2012

Sejarah Topi Chef ^^



    Ok, sejauh mana yang kita tau pasal sejarah topi chef ni ?? ramai yang kata dia start dari zaman kuno.. se-kuno mana zaman tu?? hehe.. kali ni, aq share sikit pasal teori atau fakta yang aq dapat.. ada beberapa fakta mengatakan yang dia bermula dari abad ke-17.. yang kata 18 dan 7 ?? hurmmm..

   Henry VIII - ada teori mengatakan yang Henry VIII ni permulaan penggunaan topi chef.. ada cerita mengenainya.. "Ketika memasak, ada rambut pekerjanya jatuh didalam sup dia " dari situ dia perkenal sesuatu untuk menunjukkan kebersihan dalam memasak iaitu topi chef..

  Barouque di Europe - pada abad ke-17, keluar teori mengatakan semua orang yang berseni mesti ada topi..bertujuan untuk memudahkan kerja.. kerana ramai artis2/orang berseni penampilan berserabut..seperti bermisai dan berambut panjang.. sama juga seperti seorang pelukis.. culinari dianggap sebagai seni.. tapi sejauh mana kebenaran teori dan sejarah itu??

   Medieval Origin - Ia yang paling awal.. pada abad ke-7, di Greece.. ada kenyataan mengatakan "setiap pakaian beruniform mesti mempunyai topi, sebagai lambang kemasyuran ".. termasuk seorang chef.. ^^

   Escoffier - ada yang kata permulaan pada zaman Escoffier.. tapi sejauh mana kenyataan itu?? sebab Careme adalah permulaan dalam masakan di Perancis.. Manakala Escoffier merupakan seorang "peng-Edit" hehe..

   Careme - Teori ini yang paling kukuh.. dan ramai percaya yang Antoine Careme ni permulaan segala2 nya..Pada abad ke-18, Careme menggunakan Topi chef di dalam dapurnya.. topi berbeza dari setiap station.. maksudnya saiz,rupa,lipatan dan ketinggian berbeza mengikut susunan dapur seperti Hierarchy/kitchen brigade..

     Lagi tinggi topi chef itu, lagi tinggi pangkatnya.. dan ada kenyataan mengatakan pangkat serta kehebatan seseorng chef itu boleh dilihat di lipatan topi tersebut.. lagi hebat seseorang itu, lagi banyak lipatannya.. dan ada juga kenyataan menyatakan lipatan tertinggi iaitu sebanyak 100 lipatan itu menunjukkan yang chef tersebut pakar dalam memasak telur.. (telur mempunyai banyak tekstur, jika berlainan cara memasaknya, tapi bukan semua chef mampu memasak telur dengan sempurna)

   Ada sejarah mengatakan topi chef Antoine Careme berukuran 18 inci dan mempunyai 100 lipatan.. sejauh mana kenyataan sejarah2 ni?? hurmmm .. boleh ke diguna pakai?? terpulang laa nak percaya yang mana ^^ :)



kAMSAHAMNIDA !! !!

Happy Deepavali ^^

 
    Vannakam !! Hehe.. just nak share pasal perayaan Deepavali.. ^^ bukan nak sambut, tapi nak beri pengetahuan tentang perayaan ni je.. hope korunk paham maksud Deepavali ni dan tau serba sedikit pasal food mereka.. ^^

    Orang Hindu mengenalinya sebagai hari perayaan cahaya atau pesta cahaya.. ia berlaku pada bulan ke7 dalam kalendar Hindu.. Maksud Deepavali sebenarnya berasal dari gabungan 'Dipa' yang bermaksud cahaya dan 'Gavali' bermaksud barisan..

     Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia..

    Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

   Itu je aq dapat share.. haha.. ok, aq share pasal food pada hari Deepavali tu.. sebab aq suka pasal food2 ni ^^


Payasam 

  Ada beberapa jenis payasam.. antaranya :

  1. Paal Payasam
  2. Semiya Payasam
  3. Wheat Payasam
  4. Parippu Payasam





Athirasam

     Atau nama lain dia Anaras.. nak lagi sedap orang kata rendam nasi tu selama 3 hari.. ^^




Paneer

   Ia dikenali sebagai keju India.. guna susu lembu dan lemon..  biasanya orang India suka buat kari.. :)




Pottukadalai Laddu

    Ha, yang ni aq suka.. sedap beb.. orang sekarang ada yang panggil Ghee biscuit.. sebab dia guna minyak sapi.. ^^





Murukku 

    Yang ni tak payah ceritalah.. sbab dah famous sekarang.. heh heh.. siapa tak kenal dia bukan orng Malaysia.. hehe




Aloo Gobi

    Ok, yang ni orang kata mesti ada.. sbb dia makanan vege.. dia guna ubi kentang dan bunga kubis..




Vadai

    Yang ni kueh yang agak famous.. aq suka.. dia berasaskan kacang dhal.. yum2 ^^ hehe..




   Haa.. setakat tu je yang aq tau pasal food Deepavali ni :) nak cerita lebih memang tak laa.. heh heh.. sebab aq bukan orang India.. hehe.. Kelas makanan Asia pun tak sempat belajar.. sedihkan hidup aq T.T.. by the way, Happy Diwali ~~ ^^ Nandre ~
kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...