My Army ^^

08 July 2013

Surat Buat Isteri Omei Angat ~

ASSALAMUALAIKUM








Kehadapan isteri ku yang omei angatt ~~ 

Surat ni khas untuk awak capital Z. saya tahu, awak dah tak ada. Mesti awak fikir, apa kejadahnya Hubby Mucukk mucuk aku ni buat surat untuk aku. Dah tentu-tentu aku tak boleh pegang. Ye awak, saya tahu awak tak boleh pegang surat ni, saya buat ni pun hanya untuk kenangan je. Jangan marah ok. Hahaha.

Sebenarnya saya serius buat surat ni untuk awak. Harap awak sihat disana. Roh awak pun tenang di atas sana. Saya harap juga hutang awak selesai kepada orang lain. Kerana takut roh awak tersangkut kat tiang lampu. *tahan gelak. Terima kasih kerana melahirkan dua orang anak saya. Iaitu Dzariff dan Dzureen. Mereka dah besar sekarang. Semuanya sebab saya yang jaga tau. 

Walaupun mereka kurang kasih sayang seorang ibu, tapi, mereka dapat membesar dengan sihat dan terjaga. Awak jangan risau, kata-kata saya ni serius. Mesti awak fikir yang saya nak kahwin lain kan? Sebenarnya tak. Saya setia awak. Hanya awak seorang je dalam hati saya. Dua-dua anak kita tu, bukan senang nak jaga awak. Macam-macam hal. Tergugat juga keimanan saya menjaganya.. Dzureen sibuk tanya pasal awak bila umurnya cecah 5 tahun.

Masa Dzureen kecik dulu..


“Papa, ane mama?”. (pelat sikit)

“Mama tak ada”.

“Mama awin nan papa lain ye”.

“Eh, tak lah. Mama tak ada”.

Entah macam mana dia tahu pasal kahwin lain tu pun saya tak tahu. Air mata saya masa tu. Tak jatuh pun, sebab lawak bagi saya. Hahaha. Ok, ini serius, Awak pergi tinggal kami tanpa tinggalkan harta kan. Penat saya menyelongkar purse dan barang-barang awak. Yang saya jumpa kad bank awak. Saya dah gembira dah bila jumpa. Sebab saya ingat password awak. Tapi baki akaun awak hanya ada RM9.90 je !! Sesangat sedih hidup kami wak. Nasib baik saya ada harta. Ok, saya nak riak sikit ~

Setelah umur Dzariff cecah 17 tahun dan Dzureen cecah 16 tahun, mereka akhirnya faham, mereka dapat menerima hakikat yang awak dah pergi. Lama kan? Lama betul mereka nak terima hakikat. Semenjak tu, mereka suruh saya cari mama baru, tapi saya tak nak. Walaupun ramai yang nak dekat saya masa tu. Jiran sebelah, janda meletop anak 5. Saya tolak, walaupun tiap-tiap hari dia bagi saya makan nasi dagang. Norliah Ghani dan Rosnah Mat Aris, sibuk terkinja-kinja mengejar saya. Sebab saya kesiankan anak-anak kita, takut mereka jadi anak tiri yang terbiar atau mungkin didera, saya tolak semuanya.

Awak nak tahu pasal anak-anak awak?? Saya senang nak berceritakan pada awak. 

DZARIFF

Setelah setahun awak lahirkan dia dan pergi meninggalkan kami, Dzariff membesar dengan handsome. Sebab saya yang menjaga dia. hehehe. ok, Dzariff dah pandai menguruskan dirinya ketika berumur 10 tahun. Senang jaga dia wak. Masa kecik dulu, dia nak nangis je, saya tarik rambut dia then terajang sampai lebam. Ok, itu tipu. Saya bagi dia susu sebenarnya. Dutch lady 123 tu. Buat 1.5 liter 3 kali sehari dah cukup untuk dia. nasib baik dia tak obesity dulu. Nyaris-nyaris juga dia nak kena kencing manis. Bila dah besar sikit, saya ajar dia memasak. Suka tengok dia buat crème brulee. 

Soalan ni dia pernah tanya dulu..


“Papa, macam mana adik Dzureen boleh lahir?”.

“Hurmmmmmm.. apa kata kita buat tiramisu nak?”.

Saya tak sanggup nak jawab soalan tu. Mana-mana ayah dan ibu pun tak akan bagi jawapan yang tepat pada soalan itu. Sendiri faham ye. Sekarang awak, Dzariff dah berjaya. Berjaya menambat hati gadis-gadis. Memang cemerlang hidup diakan. Jadi buaya darat pula dia. tapi saya tak kesah, sebab dia tambat hati gadis tu dengan masakan dia. Auwww ~~ sweet sangat.

DZUREEN

Anak gadis kita yang awak sempat tengok beberapa jam je. Sebab awak pergi beberapa jam lepas lahirkan  Dzureen. Then, awak sempat pula tulis surat tu. Dzureen masa dia umur 8 tahun dulu. Sibuk tanya pasal awak. Jenuh saya nak melayannya. 

Bangun tidur je..


“Papa, mana Mama?”.

Nak makan je..


“Papa, mana Mama?”.

Nak be*ak je..


“Papa, mana Mama?”.

Kadang-kadang tahap panas saya sampai ke Level atas. Tak ada limit dah. Tapi awak jangan risau. Sebab saya tak pernah pukul dia. Dzariff yang jadi mangsa. Ok, itu tipu. Bila dia dah boleh terima hakikat pasal awak dah tiada. 

Soalan ni dia tanya..


“Papa, Mama pergi ada tinggalkan apa-apa harta tak untuk Reen? Duit ke ? cincin berlian bertakhta Kristal ke ?”.

Soalan dia tu, melambangkan dia akan jadi pisau cukur segala bulu bila dia besar nanti. Nampak benor ikut perangai awak kan? Hahaha. Ok, Itu lawak je. Terkejut juga saya mendengar soalan tu dari dia. Sekarang, dia juga dah berjaya awak. Berjaya menghabiskan duit saya. Sebab anak-anak, saya tidak kesah.

Sekarang, kami semua hidup bahagia awak. Hari ini, hari bermakna saya. Hari gembira kami sekeluarga. Terima kasih kepada awak kerana melahirkan kedua-dua anak saya yang handsome dan cantik seperti Fazura dan Choi Joong Hoon . Saya bersyukur kerana dapat berkahwin dan mengenali awak. Hari yang bahagia seperti ini, patut di kongsi dengan semua orang. Harini ini juga hari bersejarah buat saya, kerana saya nak bernikah lagi ~ ok bai !!




Dari dudaMu
Dato’ Fazley Zahri


Note : Lagi sekali imaginasi aku menjadi-..

kAMSAHAMNIDA !! !!

5 comments:

  1. Hahaha..meleleh air mata akk ble baca surat ko ni..bukan menanges, bukan terharu tp.....penat menahan perut yg bagaikan digeletek..hahahahaa, lawak2 citer ko ni..best2, len kali wat lg k..looking forward for it ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sebab akak ikut citer sebelum ni..

      Delete
    2. apa cte sblum ni?

      Delete
  2. lawak la.hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cube baca wasiat buat dzriff dan dzureen.. pasti paham.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...