My Army ^^

23 July 2013

Idaman, Kempunan atau Impian ??

Assalamualaikum




Good morning ~ pagi-pagi lagi aku update blog ni ha. Semangat tak semangatlah kan. Nampak tajuk entry tu? nampak gambar kat atas tu? haaaa. itulah dia. itulah idaman aku. idaman kalbu ok . Kempunan pun ada gak. Segan sebenarnya nak cerita, tapi apa ada hal, biar malu kat dunia jangan malu kat akhirat. Cehhh, nak jadi imam muda pula aku pagi-pagi buta ni.

Mini cooper !! itulah kereta yang sentiasa aku impikan sejak aku masuk kolej 3 tahun lepas. aku tak tau macam mana aku boleh melekat macam gam gajah dengan kereta yang ceciput keciknya dan mahal macam hantaran anak raja harganya. ingat dulu, masa aku ada kelas akaun hospitaliti, lecturer aku suruh buat 3 hajat. *aku tak tahu nape die suruh kami buat.

"Saya nak kamu senaraikan 3 hajat apa yang kamu nak."

Aku pun tulislah.

  1. Nak dapat A dalam kelas akaun.
  2. Nak beli Mini Cooper hijau.
  3. Nak jadi exec. Chef masa umur 20-an.

Bila aku baca je hajat tu, semua gelakkan aku. mula-mula dorang sebut "waaaaahh" sebab aku nak dapat A, lepas tu ketawa kaw-kaw sebab mini cooper tu. Cisss !! Jatuh saham aku bhaiii . Tapi aku cover macho, kereta mahal macam tu aku still boleh cover macho en. Lainlah kalau aku nak beli kereta kancil ke kan. Memang jatuh saham aku. Buat hajat minta kereta kancil, apa buang tebiat ke kau ?? haha.

Ok, mesti pelikkan kenapa warna hijau ? aku dulu taksub dengan warna hijau, lepas tu, aku dengan kawan kolej aku, siap pilih nak warna apa. masing-masing target nak beli mini cooper. Sebab nya , kereta tu cute. itu je. kereta tu besar dia macam besar lubang hidung je. Aku pun pilihlah kaler hijau. 

Kegilaan kitorang ni makin menjadi bila kami pergi Penang. Time tu aku ada Competition masak, ada masa nak lepak dengan member aku. jalan punya jalan, terjumpa tempat jual mini cooper. menjerit-jerit juga lah dorang bila nampak. kalah histeria bhaii.. Almaklumlah.. perempuan pula. Masa tu ada mini cooper versi baru. nampak besar sikit. tapi sumpah cantik. KItorang pun apa lagi. ambil kesempatanlah. berdiri sebelah kereta, amik gambar. Lawak kan??

Pasal hajat tadi. Alhamdulillah satu hajat aku termakbul. hajat pertama sekali. *Bangga sekejap. Sebab kawan aku tak caya aku punya hajat makbul. Banyak yang idamkan, tapi ini yang paling utama. Harap dapatlah benda ni. kalau betul dapat, aku buat kenduri kahwin besar-besaran. bersanding dalam kereta tu . Melampau benor la pulakan. For last, usya pic bawah ni :)




Note : Aku harap satu hari nanti aku dapat bawa dia jumpa mak dan abah aku.

kAMSAHAMNIDA !! !!

4 comments:

  1. semoga hajat2 awk tercapai ye :)
    nyway datang la singgah http://cdiena.blogspot.com/ n folow.. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. nanti sy folow.. :)

      Delete
  2. hahaha, da penah dengar sal hajat2 nk bli mini cooper ni..tp rsenyer Kak Jan, BeBear, Baam smua gler dgn mini cooper ni..ko pown join sebantal gak ke? gud2, kuatkan semangat pasang tekad smoga Allah permudahkan..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. tapi kojenye tak lagi ni.. hahaha.. one day , maybe :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...