My Army ^^

15 July 2013

Pengalaman Intern / Bakeri

Assalamualaikum



Ehem ~ *Urut tekak sebab haus. Hye !! Akhirnya ~ setelah beberapa bulan aku habis intern aku. Baru terbuka pintu hati aku untuk menceritakan pasal intern aku beberapa bulan lepas. Maaf lah dah lama tak update entry pasal makanan or what ur ever. Sekarang ni aku nak cerita, sediakan tisu untuk mengesat air liur, sebab entry kali ni aku nak ceritakan pasal makanan. *Macam minta kena bakar lak aku ni.

Firstly, aku nak ceritakan pasal satu favorite department tempat aku intern dulu. Nampak tajuk entry tu mesti tau kan? Yes !! bakeri. Masa aku intern dulu, chef bakeri tak habis-habis minta aku masuk tempat dia untuk menuntut segala ilmu buat roti. Nampak tak? Aku ni bukannya hebat pun, tapi chef bakeri ni buat aku rasa macam aku ni hebat je. *Perasan jap.

Ramai chef dekat sana sibuk duk suruh aku masuk department diorang sebab nak ajar aku. Aku pun pelik. Ada yang request dekat exec. Chef suruh aku masuk department diorang. Banyak-banyak department, ada berapa department je yang aku suka masuk. Nak tahu? Tunggulah aku update entry baru. *jangan marah ye.

Bakeri. Department yang hanya ada seorang chef. Dalam sehari kena sediakan 16 kg doh untuk makan tengahari dan makan malam. Breakfast, roti lain pula. Nampak dua chef dekat atas tu? Sebenarnya dua-dua chef bakeri. Jangan confuse pula. Gambar yang pertama tu chef Wahyu, dari Indonesia. Dia kerja agak lama juga. Tapi aku tak sempat belajar buat roti dengan dia. sebab aku masuk department tu dekat nak habis intern. Dia resign sebab dia nak balik rumah nak jumpa anak dan isteri dia.

Kawan aku sempatlah belajar dengan dia. masa tu, aku famous sebagai budak butcher. Sebab exec. Chef aku tanya department mana aku nak masuk. Aku minta western. Sebab tu aku disumbatkan dalam butcher, for basic sebelum aku dicampakkan ke hot buffet. Chef yang kedua tu chef bakeri juga, nama dia Chef Heru, Dari Indonesia juga.

Bila schedule baru tiap malam ahad keluar, bila nama aku dekat bakeri, mesti aku datang awal. Kalau biasa kena datang jam 9 pagi untuk department lain, tapi untuk bakeri aku datang jam 6 pagi. Jangan terkejut ok. Ye, aku tahu, aku ni budak intern. Tapi aku tak kesah sebab aku sendiri yang nak datang. Bukan senang tau chef nak bagi ilmu.

Bila aku datang, aku kena timbang sendiri tepung dan bahan-bahan buat roti tu. Berapa sukatan air dia, bayangkanlah dalam keadaan mengantuk aku duk menimbang tepung untuk buat 16 kg doh roti. Memang sakit. Tapi pengalaman tu sumpah berharga . Dekat sini roti semua kena fresh,maksudnya kena buat hari itu juga. Kalau tak abis, kena buang serta-merta. Sebab tak bleh guna untuk esok. Nanti tetamu komplen.

Ada seorang exec. Chef ni, dari Mauritius. Datang pagi-pagi masuk bakeri. Nampak aku je macam pelik. Dia buat muka. Then dia tanya.

“Dzul, What time you come here ?”.

“6.00a.m chef ?”.

“What !!? 6.00a.m? are you serious?”.

“Yes !! “.

Dia terus bla. Mungkin dia tak percaya. Sebenarnya exec. Chef tu tak berapa suka dengan aku dulu. Ok, berbalik pada department bakeri tadi. Lepas aku siap doh roti tu, chef tu suruh aku timbang untuk asingkan sikit-sikit doh tu,sebab nak buat dalam 9 jenis roti yang lain rasa. Dari 16 kilo. Kau bayangkanlah. Aku redha je. Bila dah siap, kena campurkan doh roti dengan bahan kering macam coklat putih,coklat,bijan,rumpai laut dan sebagainya.

Dah siap, aku kena bentukkan pula roti tu. Lepas tu sembur dengan air, sebab oven tu bukan jenis oven bakar roti yang ada wap. Nampakkan gambar bawah ni.



Kemudian, aku jaga buffet. Semua roti-roti untuk breakfast macam croissant, Danish,bagel,muffin semua aku kena jaga. Dah habis je aku kena masuk dapur ambil roti lagi. kalau ramai tetamu luar Negara macam Perancis dan orang barat, memang sakitlah. Lagi-lagi Perancis, sebab diorang ni makan macam makan chipsmore. Ni gambarnya.



Kalau dalam schedule aku tak ada department bakeri, aku selalu gak tolong chef Heru buat doh keras atau hard dough untuk buat display. Macam yang dekat bawah ni ha. Kadang-kadang terlebih waktu kerja aku tolong dia. sampai exec. Chef dari Morocco tu terkejut sebab aku tak balik-balik lagi.




Pernah dulu kantoi dengan exec. Chef lagi sorang yang dari Mauritius tu, sebab aku tak keluar rehat. Dia tak marah sebab dia tahu aku suka buat hard dough. Kerja cat-mengecat doh roti memang  favorite aku, sebab aku suka seni. *Perasaan jap. Banyak roti yang aku belajar dekat sana. Roti favorite aku yang dekat bawah ni ha. White chocolate bread. Sumpah sedap. Aku pernah request dekat chef Heru untuk buat satu roti tu untuk aku. Dan, roti bawah ni yang ada nama aku nilah dia bagi.




Rasa dah tak ada lagi dah nak cerita, dan rasa dah macam aku buat karangan pula. Ok, setakat ni je cerita aku. By the way, tempat aku intern ni ada banyak department. Berbelas jugalah. Nak tahu department lain. Follow my blog and leave some comment or your link for BW.





Note : Still boleh tahu bau department tu. Semerbak bau roti yang dibakar dalam oven.



kAMSAHAMNIDA !! !!

5 comments:

  1. wow!!!! pastri Cheffff!!!!! :)

    ReplyDelete
  2. Bakal chef? Bagus2 bleh menghasilkan mknan utk umat Islam. :) Done follow. Follow back klu xkeberatan. :) http://sitizuliakha-ahs.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah.. done follow juga :)

      Delete
  3. Anonymous20.8.16

    hotel mana eh ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...