My Army ^^

15 July 2013

Aku , Bazaar dan Makanan

Assalamualaikum





Alhamdulillah. Cukup 6 hari puasa dah. Hope readers aku yang setia ni pun penuh puasa setakat ni. Dalam keadaan yang bosan ni. tetiba pula aku nak meng-update blog. Aku ada usya cerita-cerita lama dalam blog aku ni. Ya Allah, meluat pula aku tengok. Sakai kan. Lagi-lagi yang tahun lepas punya. Tulisan macam haram jekan. Nak guna ayat pendek konon. Tapi teruk. Pernah dulu aku dapat komen dari FB.

“Boy, Bagus blog kau ni. tapi ayat sms kau aku tak paham. Better formalkan sikit.”

Terima kasih kerana bagi feedback. Rasa macam nak bakar je blog ni. Dan, aku dah ubah tulisan blog aku ni kepada formal. Senangkan nak baca. Macam mana puasa korang setakat ni ? best ? bagi aku puasa setakat ni best. Yang tak bestnya bila pergi bazaar. Pergi bazaar best, tapi hasil dari pergi bazaar tu yang tak best. Sebab apa, ramai peniaga yang jual makanan dan air ni suka menipu.

Terutama yang jual kuih-muih ni. Nampak cantik, tapi bila makan~ indah rupa dari rasa bhaii. Ada yang lebih tepung, ada yang tak letak gula. Aku tak faham betul. Nak berniaga biarlah jujur. Jangan menipu !! nak cari duit pun biarlah berkatkan. Berkat ke kalau orang makan pastu menyumpah yang makanan kau tu tak sedap?

Aku bila pergi bazaar, aku beli air dekat orang yang aku kenal je. Member-member aku lah yang jual tu. Aku lebih percaya dengan dorang. Sebab dorang peniaga tegar. Maksudnya bukan bulan puasa pun, dorang niaga. Dari orang lain, bila bulan puasa je niaga. Sebab tu tak sedap. Kalau ada yang sedap pun jarang jumpa. Mak aku kata better buat sendiri dari beli, lagi puas hati. malas dah aku nak cerita pasal bazaar ni, hilang pula mood aku nak menaip nanti.

Setakat ni  15 food yang aku rasa bulan puasa je yang sedap dimakan :

1. Nasi kerabu
2. Nasi tomato
3. Nasi dagang
4. Kuih lompat tikam
5. Tepung pelita
6. Bubur manis
7. Kuih bakar
8. Tepung gomak
9. Kuih koleh kacang
10. Pulut kuning dan rendang
11. Pudding berkuah
12. Ayam percik
13. Kuih cara/berlauk
14. Gulai kawah
15.  Laksa

Itu untuk setakat ni jelah. Lepas ni banyak lah kot. aku dah biasa dengan makanan pantai timur, semua makanan pantai timur aku boleh makan. celah Pahang dan Terengganu tu, memang semua makanan sana favorite aku. Lagi-lagi nasi kerabu,nasi dagang dan satar. Walaupun dah 7 bulan aku tak makan nasi, tapi sebab nasi kerabu dan nasi dagang, aku rela makan. sebab 2 nasi tu je aku tak sanggup lepaskan.

Semalam aku dah plan dah nak makan bakso, sebab aku tak nak makan nasi. Tapi nasi kerabu tu seakan berkata “Marilah beli aku.”  . ingat boleh tahan, last-last nafsu makan aku dapat kalahkan aku kali ni. haduiii. Tapi nasi kerabu tu aku makan dalam 4 sudu je. Sebab aku memang tak boleh makan nasi. Kalau aku makan nasi lebih sikit, perut aku sakit then mulalah diarrhea.

Aku tengah cari at bazaar mana ada jual nasi dagang. Kalau tak ada, terpaksalah aku tunggu masa nak raya nanti. Lambat lagi tu nak tunggu raya . tiap-tiap tahun ,wajib ada nasi dagang ni dengan sate goreng. Fuhhhhh ~~ meleleh air liur aku . makanan mak aku buat memang sedap. Kawan aku pun kata sedap, lagi-lagi sate goreng. Hehehe.

Kenapa nasi dagang??
Sebab parents aku dari pantai timur. So, aku dah biasa makan benda tu. Lagi-lagi guna pulut. Memang favorite akulahh.

Kenapa sate goreng?
Sebab sate goreng tak ramai boleh buat. Ramai minta resepi dari mak aku, tapi jangan harap lah dapat. Sebab turun-temurun ok. Aku je tahu resepi dia apa. Rasa dia memang not bad. Kalah sate bakar tu.

Kalau rasa macam pelik je bunyi sate goreng tu, atau tak pernah dengar atau makan, dijemput raya nanti datang rumah ok. Nak buat tempahan pun boleh. Sebab mak aku pernah buat tempahan 70 kg sate goreng. Untuk open house. aku nak hangout jap, by the way, selamat berpuasa esok. Pastikan jangan membazir beli makanan dekat bazaar. Better buat sendiri, kalau tak sedap pun tak apa, asalkan ia hasil dari tangan kita . dan percayalah yang kita mesti puas hati bila makan. Adiossss



Note : Sate arnab dan landak pun sedap juga . Hahaha.

kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...