My Army ^^

14 July 2013

5 Teruna Itu Sahabat Aku

Assalamualaikum




Yes !! entry ni bunyi macam gay pula. Please !! jangan salah faham ok. Inilah yang aku nak share sebenarnya. Sahabat aku banyak lelaki. Dah aku ni lelaki, senang nak cerita dan kongsi segalanya. Ikutkan sejarah pengenalan aku dengan mereka, memang kelakar. Tapi ade 2 orang sahabat aku ni, aku kenal dari sekolah rendah. So, tak surprise lah kalau diorang jadi sahabat aku kan.

Aku rasa kesian dekat kawan aku yang suka menyendiri. Come on lah !! Dunia ni ramai orang yang perlu kita kenal, tak jadi kawan, mungkin sahabat? Kan? Ramai yang berpendapat sahabat ni lain, kawan ni lain. Depends pada korang lah. Bagi aku, ia memang lain. Antara 5 orang sahabat aku ni, yang paling jarang kami jumpa adalah seorang. Yang paling kerap jumpa tu selalu.

Tapi bila jumpa, kau sabar jap. Kalah jejak kasih bhaii. Kawan kolej? Kawan kolej ramai yang demand sangat. Ada yang pandang aku just untuk lepaskan diri. Ada yang bila aku tolong dia, baru nak kawan. Ada yang cepat berubah, ada yang tak berubah langsung perangai buruk dia. So, susah nak jadikan dia sahabat aku. Tapi ramai kakak-kakak dan abang-abang yang baik dengan aku.

Aku pernah punya kawan yang hampir menjadi sahabat aku. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Majoriti , aku ramai kawan baik dan rapat di kolej. Sahabat aku dah tiada akhir tahun lepas. Al-fatihah.

Sahabat perempuan? Mestilah ada !! ada yang dah tunang, so susah sikit nak jumpa. tapi raya tahun ni dapat jumpa, dapat green light katanya. Ok, dah lari jauh tajuk entry dah ni. Aku cerita pasal 5 teruna sahabat aku ni. aku share pasal Course atau setakat ni yang kami capai.

Farish : Dip Kewangan
Shanier : Dip Perniagaan
Razif : Dip Akauntan
Aqie : Dip IT
Saha : Dah kerja
Aku : Dip Kulinari

4 orang sahabat aku berjaya dalam teori. Aku tak tahu kenapa diorang hebat dalam teori dari aku. Rasa tak berguna gak diri aku ni. Haduii.. Tapi bila fikir balik, aku sorang je yang more pada praktikal. So, aku lah hebat. Hahahaha. Lawak !! Semua sahabat aku ni aku kenal dari sekolah. Lagi menjadi relay kami ni bila masing-masing dah masuk kolej. Dah matang dan dah agak tua. Baru 21 tahun umur kami sebenarnya.

Bila fikirkan semula, aku dah cukup bertuah punya mereka. Normal jika kami pernah bergaduh. Tapi dari situlah kami dapat kenal hati masing-masing. Saat susah dan senang mesti mereka ada. Bukan semua yang dapat fahami aku, tapi mereka usaha untuk fahami aku. Aku pun try buat yang terbaik bagi mereka. Cukup bila aku susah semua ada yang sudi dengar masalah aku.Saha aku kenal masa darjah 5. Tak berapa rapat dulu. Tapi start darjah 5, kelas aku still sama dengan dia sampai habis sekolah. Razif aku kenal masa darjah 5 juga. Sama macam saha, tapi aku makin rapat bila kami satu kelas masa form 2.

Aqie,Shanier dan Farish kami rapat bila form 3. Kenal masa form 1. Nak cerita memang panjang. Sebab relay kami ni agak complicated. But ! relay complicated macam tu lah yang buat kami still together. Persahabatan makin menjadi bila form 4. Sebab satu course dulu. Kelas akaun. Otak tahu nak mengira je kami ni. yang paling gila si Saha. Dia rare masa sekolah dulu. Shanier si kasanova, maybe boleh dikatakan kaki perempuan. Bhahahaha. Farish ni banyak berubah. Tapi dia ok. Razif, agak soft !! tapi he straight. Aqie, susah nak faham dengan dia ni, tapi kami faham perangai dia dan dah biasa.

Bila tengok course yang diorang study, mesti tahu kan perwatakan diorang.  Banyak hobi kami tak sama. Yang sama pun berapa kerat je. Selalu ada yang kata hobi dan cita-cita yang sama sesuai jadi sahabat. Tapi itu dalam movie je. Serius lah !! aku pernah lalui benda ni. yang sama course dengan aku dekat kolej, hobi sama, tapi .. malas nak cakap dah. Sendiri fahamlah ye.

Dah 10 tahun lebih aku kenal Saha dan Razif. Yang lain semua dah 8 tahun lebih. Lama kan? Tapi, kami still hangout sama. Beli baju raya sama. Stalk dan gossip sama. Sumpah lega weh. Baru-baru ni after 3 year study, kami jumpa semula. Secara formal ok. Hang dari malam sampai pagi. Tapi Shanier je yang tak ada sebab dia niaga. Jutawan senyap tu. Kaya bhaii.

Macam-macam kitorang ceritakan. Zaman sekolah dulu lah jadi modal nak bercerita. Ingat dulu. Kelas tu hanya kami 6 orang je student lelaki melayu yang ambil course tu. Gempak tak?? Satu kelas ada 60 orang mulanya. Tapi ramai yang bla. Sebab tak suka economi asas. Then kira-kira ada 40 lebih student. Kelas paling ramai masa tu. Budak melayu kalau kira semua ada 17 orang je. Lain semua cina. 6 orang lelaki melayu iaitu kami dan 11 orang perempuan melayu. Kami je yang laki melayu terakhir dekat situ. Wakakaka

Ok, tetiba pula cerita pasal sekolah kan. Dah petang dah, aku nak siap-siap keluar ni, sebelum tu, benda ni khas buat mereka. Thanks sudi jadi sahabat aku

“ A friend is someone  who knows the song in your hear and can sing it back to you when you have forgotten the words."




Note : Selamat berpuasa pada umat islam di seluruh alam ~
kAMSAHAMNIDA !! !!

2 comments:

  1. selalunya friendship lelaki kekal lama daripada perempuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?? dulu saya pernah gak dengar ayat tu.. tpi tak sure.. kalau betul.. Aminnn.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...