My Army ^^

13 June 2013

Sedih , Terharu , Gembira



#1 SEDIH


Benda yang buat aku terus sedih dan menangis buat masa sekarang ni aku teringatkan sahabat-sahabat aku yang makin jauh pada aku. bukan tu je, dekat sahabat aku yang dah pergi terlalu awal dan sedang berada disisi pada yang MAHA KUASA. Sumpah aku tak boleh terima. Kenapa harus mereka dan bukan aku.

Kedua, pada member-member aku yang dah lain dan dah berubah perangai dia. Ada yang sebab perempuan, ada yang sebab dah kaya. Ohhh !! come on lahh.. kita kenal bukannya sekejap. Dah lama kot !! Sumpah sedih. aku tak harap pun jadi macam ni. Even silap aku pun, just tell the truth. bukan susah pun. Just jumpa dan cakap depan-depan. Senangkan? ada juga yang tak boleh terima hakikat yang aku jadi diri sendiri.

Please ! jadi diri sendiri more better right? kau nak ke aku jadi seorang kawan yang berdiri bukan pada kaki sendiri? yang plastik? yang kaki bajet? Aku tak paham . Memang orang melayu macam tu ke? suka jelous,kaki mengampu,dengki kaw-kaw,suka jatuhkan orang lain dan suka hipokrit? sorry kalau kata-kata aku minta kaki saiz 12. Ok, aku tau aku siapa, dan nak senang cerita, Aku mengalah dan aku berserah pada kau untuk buat apa saja. Aku sentiasa ada dan sentiasa ada untuk kau. Maaf if aku ada buat salah. No body perfect ok.

#2 TERHARU

Tak ada benda yang terharu buat aku selepas bapak aku call aku bagi semangat dua tahun lepas. Hahahaha.. Kali ni terharu sebab ada hamba Allah ni sentiasa ada disisi aku. Eceh, ayat minta kena pukul je. hahaha.. Syukur sebab aku punya Sahabat. Cukup punya seorang sahabat dari berjuta kawan. Betulkan? siapa yang tak nak ada jika ada orang sentiasa support dan sentiasa ada disisi kita masa susah dan senang? kawan? susah beb.

Bagi aku, kawan ada dimana-mana je, tak pada sahabat. kadang-kadang kita kenal seseorang tu satu hari dan ajak minum dah kira kawan. Aku bersyukur sesangat sebab punya sahabat. Sentiasa ada masa aku perlukannya. Terharu aku dekat kau weh ! Sumpah !

#3 GEMBIRA

Ok, banyak benda buat aku gembira. antaranya, dapat souvenir dari member-member aku, dapat tengok TV rancangan korea,parents belanja makan,orang belanja pergi gym and everything. Tapi kali  ni lain, aku lulus test komputer amik lesen kereta.. kahkahkah.. lawakkan? sebab dah tua baru nak amik lesen. lulus dengan cemerlang kot. 49/50 tu.. Bhahahaha.. menyirap je sahabat dan kakak aku dengar result aku macam tu. Sebab diorang amik test asyik fail dan ulang dua kali test. hahahaha

And yang latest, aku happy sebab akak aku nak tunang. Bukan sebab tu sebenarnya, sebab dia nak bagi aku baju kemeja , suruh aku pakai time even tu. hahaha.. jahat tak aku? seriously aku perlu baju baru. Walaupun abang aku dah beli baju tuk aku. kahkahkah. Yela, semua baju aku besar. Almaklumlah, dah kurus sikit ! hahaha..

Owhhh, terlupa pula, diet Atkins ni pun buat aku happy juga.. :) sebab aku buat diet ni lah aku dapat pakai baju saiz M dari XL.. ceh, nak promote pula kan. Hahaha. oh, i have a meeting ! see u next time !
kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...