My Army ^^

26 June 2013

Surat buat Bakal Menantu ^^




Buat bakal menantu ku yang no manners !! *Muka Garang. Uncle buat surat ni khas untuk kamu kerana kamu bakal berkahwin dengan Dzureen. Iaitu anak Uncle lah. 1st thing, Kamu mesti pelik kan, postmen pagi-pagi buta datang memekak semata-mata nak bagi surat ni dekat kamu, dan kamu lagi pelik bukan, sebab tetiba ada orang hantar surat siap pos laju lagi.

 Kamu tak perlu tau siapa aku *padahal aku dah bagi tau aku papa Dzureen.  What ever lah. Nama kamu pun Uncle tak berapa pasti, Syalee atau Syaklee. Yang penting kamu dapat membaca surat ni sampai habis tak kira lah kamu nak muntah darah ke, buasir ke. Yang penting surat ni penuh dengan isi-isi penting. Haa, Ayat skema aku dah keluar ni !!

Sebab kamu tak tahu, aku beritahu yang Dzureen tu anak kesayangan aku, tak pernah aku pukul dia dari kecik *ayat cerita melayu zaman sekarang, Padahal aku pernah pukul dia dengan hammer sampai koma 5 tahun. Kehkehkeh. *Ok, itu hanya lawak, kau jangan gelak ok !! Di sebabkan dia anak kesayangan aku, aku harap kamu dapat beri kasih sayang yang secukupnya pada dia.

Aku taknak demand sangat. Kamu mesti menyumpah aku punya.

Tak kiralah dia nak 19 dulang hidung lembu ke, 7 baldi peluh Nepal ke, 8 tong air liur gajah ke. Bagi je !! jangan pernah menyoal ok. Mungkin dia mahu melihat sejauh mana dan sekuat mana cinta kamu pada dia. *Kekarutan dah ada disitu. Ok, sebab dah banyak sangat aku merepek ni, aku teruskan dengan tujuan asal surat ni di tulis. *Amboiii, skema lagi ayat aku.

Aku tahu kamu tak pedulikan aku sebagai bapa mertua kamu, tapi ingat !! segalanya hanya dihujung jari. *Trademark zaman sekarang.Sekali aku tak suka, sekali aku tak setuju, maka !! tak sukalah aku. Kamu mesti meluatkan punya dengan aku, kamu mesti enti punya dengan aku. Tapi, selagi kamu boleh bertahan, kamu memang hebat, dan pasti kamu akan dapat anugerah Menantu harapan. Eceh !!
Itu baru intro ok. Yang ini baru isi sebenar surat aku buat untuk kamu wahai bakal menantu buaya Darat !!

RUMAH

Sebelum kamu nikah, pastikan ada rumah. Perfect !! siap ada bibik, kolam renang, mestilah banglo ! kalau tak ada rumah, jangan kamu mimpi dan berkhayal nak nikah dengan dia. Meluat tak kau baca ni?? *Haaa, dah macam anak raja dah kan. Peduli Hapa aku !! surat aku, entry aku dan blog aku . *Tetiba pula kan.

KERETA

Cukup Lamborghini sebijik untuk dia. Sebab aku ada beberapa biji mini cooper. *Tetiba pulak. Lambo tu mestilah warna magenta, kalau tak ada pakai warna biru tua je. Tapi ingat, kereta untuk pergi pasar mesti ada dan kereta untuk pergi kerja juga mesti ada. Lambo tu untuk buat pameran je dekat depan rumah. Kahkahkah. *Ok, ini tak lawak.

Yang terakhir

Tolong jaga dia dengan baik-baik wahai bakal menantu ku. *tetiba muka sedih. Sebab hanya dia anak perempuan Uncle yang ada. Harap kamu kenal siapa Dzariff, kalau tak kenal, kenal-kenalkan lah. Sebab Dzariff tu abang dia. Abang kesayangan dia. Uncle tahu, kamu benci Uncle, tapi ingat, yang kamu bakal menikah ni, anak Uncle. Darah daging Uncle. Kalau kamu menyintainya, tolong cintakan dia dengan sepenuh hati kamu. *Menangis pula dah.. sob sob sob sob..

Ok, puas aku menaip, harap kamu paham dan dapat menunaikan isi surat ni. Harap kamu dapat baca sampai habis. Harap kamu tidak pengsan atau dah siap sedia buat tali gantung untuk gantung diri kamu. *Ini lawak, Tolong gelak ok.




Daripada,
Dato’ Fazley zahri




Note : Harap orang macam ni tak jadi mentua kan?? Kahkahkah.

kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...