Assalamualaikum
Tetiba nak update blog, padahal aku busy sekarang ni. Hehe. Ok, aku nak share pasal majlis merisik kakak aku hari itu. Dan majlis pertunangan kawan baik aku beberapa minggu lepas. Nampak tak permainan aku disitu? Hehehe. Sorry lah kalau aku cerita benda yang dah lepas. Sebab baru teringat. Hahaha. Kepada pembaca-pembaca yang meluat or nak kata apa-apa, dipersilakan. Sebab tak beri apa-apa effect pun pada aku, dan blog ni milik aku, suka hati akulah kan. Dan kalau kau tak suka, just pegang mouse kau, klik dekat tanda pangkah sebelah kanan atas sekali. Settle kan? Alamak, dah lari tajuk pula !
Ok, sebab event tunang kawan aku dah lepas beberapa minggu, aku cerita pasal dia dulu. Event yang dia buat simple dan hanya adik-beradik dia saja yang ada masa tu. Dia tak jemput pun member-member dia yang lain. Kalau dia tak jumpa aku dan sahabat aku hari sabtu malam dekat pasar malam, memang kami tak tahu dan tak pergi event dia. Dan macam biasalah, perbalahan or touchin- maching akan ada. Hahaha. Masa tu aku dan sahabat aku jadi wakil belah dia.
Wakil belah laki memang ramai, naik segan juga aku time tu. Sebab aku tak pernah dengar macam mana cara perbincangan tu, aku pun pasang telinga. Sekarang aku baru tau, macam mana cara nya. Kalau zaman dulu ada pantun-pantun. Zaman sekarang tak payah dah.
Time tu aku plan dengan sahabat aku nak pakai baju kemeja warna purple, last-last aku sorang je yang pakai. Sumpah sakit hati. Bila tengok member aku nak bertunang tu, terkejut sekejap, sebab dia pakai baju warna purple. Hahaha. Kawan aku tu buat event merisik sekali dengan tunang. So dia ada 2 cincin. Ok, bawah ni ada gambar kami.
Ahad lepas, Kakak aku buat event merisik. Selalunya merisik datang tak ramai, just mak bapa je or wakil belah lelaki datang untuk membuat sepertujuan, itu je. Tapi kepelikan berlaku dekat family aku. Hahaha. Ibu dan ayah angkat aku datang dari Rawang, Abang dan kakak ipar aku balik, dan Uncle dengan wife dia datang juga. Itu normal sikitlah, yang tak normal majlis merisik tu dah macam majlis tunang. Sebab wakil lelaki datang dengan 4 buah kereta penuh. Dekat 20 orang jugalah belah lelaki datang. Nenek,atuk,makcik-pakcik dengan anak buah bakal tunang kakak aku pun ada. Termasuklah kawan baik bakal tunang kakak aku sekali.
Aku macam biasalah, duduk menyelit dekat abah dan uncle aku, sebab nak dengar apa yang dia cakap. Kali ni, uncle aku jadi wakil cakap, sebab abah aku gagap+gugup. Hehehe.
Dan seperti biasa, aku menjadi mangsa mak aku, kena masak tuk majlis tu. Tapi tak apa, untuk kakak aku yang paling rapat dengan aku, aku redha. Ayat aku minta kena tinju kan? Hehe. Kuih-muih serious banyak. Dengan onde-onde,roti jala dengan kuah durian,apam,apam gula hangus,seri muka,agar-agar milo dan sirap. Bee hoon goreng lagi. Ada yang orang bagi, ada yang aku buat. Dan ada yang kakak ipar aku buat.
Dah settle semua, macam biasalah, aku jadi mangsa bapa aku pula. Kemas !! belah laki bagi 3 benda, wajik,pudding manis custard dan buah-buahan. Yang peliknya, si kakak aku ni, dia sibuk nak duk balas, 3 benda juga dia bagi. Hamper makanan,kuih dari mak angkat aku bagi dan kek keju. Tapi disebabkan kakak aku yang nak balas sangat, siapa pedulikan? Hahaha. Sebab tu duit dia. Ok, kat bawah ni gambar benda yang pihak laki bagi.
Perasaan aku masa perbincangan tu, aku rasa nak nangis. Sebab tetiba masa tu, aku fikir dan flashback balik masa dulu-dulu. Aku pelik. Sama juga masa aku pergi majlis tunang kawan aku tu. Hurmm. Pelik aku. Tapi nasib baik airmata aku tak meleleh jatuh. Kalau tak, jadi kes pula event tu. Hahaha. Yelah, takut sekejap lagi semua duk usya pelik dekat aku macam aku yang diorang nak merisik. Kahkahkah. Owh, aku baru teringat dekat mak aku, time tu dah ramai-ramai berkumpul, mak aku sibuk intro pasal adik beradik aku, iaitu anak-anak dia lah. Time tu semua abang aku ada dekat depan. Yang tak boleh bla, mak aku sibuk menceritakan pasal aku.
“Yang itu yang bongsu,dah 21 dah. Dia belajar masak-masak. Jadi, dia tahulah masak-masak ni.”
Aku pun apa lagi, segan beb !! aku senyap je menyelit dekat bapa aku. Hehehe. Aku dengar tapi tak pandang pun arah mak aku. Sebab aku perasan yang semua perempuan yang datang duk usya aku. Hahaha. Segan punya pasal, aku membatukan diri aku dan pandang uncle aku. Mahu tak segan, belah laki perempuan ramai gila. Ayat-ayat selebihnya, aku tak dengar, sebab aku buat dek je. Hehehe.
Lepas habis event tu, aku mengambil peluang. Masuk bilik dan tidur sekejap, selepas membalun buah,wajik dan pudding tu. Hehehe. Aku tengah tunggu event bulan 8 ni. Mungkin Syawal ke 11. Kakak aku bertunang dan kami buat open house. Ok, sekarang betul-betul busy, tunggulah nanti aku update benda baru.
Note : Kalau event aku nanti, majlis merisik aku nak bawak semua yang aku kenal pergi rumah belah perempuan. Hahahaha.