Assalamualaikum..
Sebenarnya benda ni berlaku semalam. Hari rabu (19 Jun) . Aku macam biasalah, bila ada kelas, pepagi dah macam orang nak pergi berperang. Bangun jam 4.30 pagi. Dengan mamai pergi mandi cepat-cepat. Dah siap tu, tetiba hari tu, aku rasa macam handsome sikit. Sebab aku pakai formal. * Hahaha, perasan jap. Ok, macam biasa abah aku hantar aku dekat KTM jam 5.30 pagi.
Sampai je sana, aku orang pertama yang beli tiket dekat mesin, dan aku juga orang pertama yang duduk dekat tempat menunggu tu. Sebelum aku sampai ke tempat menunggu tu, aku kena naik jejantas ke seberang, sebab ia menghala ke KL. Dah nak dekat sampai ke tangga tu, ada awek cun. Sumpah lawa. Jalan dengan cat walk. *Dah macam model pula kan. Aku usya lah dia depan –depan.
Then, dia dengan backpackers ada dua ketul beg plastik dia bawa, dengan tetiba, dia terjatuh. WTF !! kaki dia tetiba bengkok then dia jatuh tersungkur. Nampak cara jatuh dia, sumpah sakit. Kalau ramai orang time tu, aku tak tahu lah apa jadi. Kalau akulah, aku dah buat-buat pengsan. *Malu bhaii kalau jatuh time orang ramai.
Nampak pic atas ni? Beberapa langkah sebelum ketangga tu dia jatuh. Gambar ni aku snap beberapa minggu lepas. Motif nya aku tak sure. *Sebab bosan kot.
Ok, berbalik pada awek cun tadi. Dia bangun dengan cepat tapi sebab dia pakai high heel, jadi macam licin. So, jatuh balik. Aku dengan sumpah terkejut gila, Aku cepatkan jalan aku menuju kat dia. Then dia bangun dan berdiri dengan tegak. Tapi kepala tunduk. Muka senyum-senyum. Aku lalu, aku tanya
“Miss, are you ok miss?.”
Kemudian, sampai je tempat aku selalu duduk tu, aku dengar lagu. Pakai earphone cikai. Dengar-dengar sampai pukul 6.00 pagi. Ada untie india ni, selalu duduk sebelah aku. Time tunggu KTM pagi-pagi je mesti muka dia sebelah aku. Selalu dia senyap baca paper. Tapi kali ni dia memekak. Ada panggilan dia jawab seawal pagi tu. Bunyi suara dia, Ya Allah. Aku pasang lagu sekuat mana pun, tetap suara dia yang masuk dalam lubang telinga aku. *India kan? Normal lah !! .
Aku fed up, sebab lagu Korea aku dengar tu bercampur lirik india. Aku off semua benda. Termasuk phone aku. Motif nya aku still tak sure. Lagi beberapa minit lagi KTM nak sampai. Untie tu senyap, aku dah lega dah. Dalam hati aku, aku harap sesangat tak ada orang call dia lagi. Then, tanpa diduga, tanpa di sangka.
Diam-diam dia berisi bhaiii. Nak tahu apa? Tempat yang aku duduk tu, tetiba vibrate !! macam vibrate phone. Tapi vibrate tu sumpah kuat gila. Aku pelik, sebab phone aku off. Tetiba lagi, bau roti canai basi menusuk hidung aku . *Macam lak aku tahu dia makan roti canai. Kahkahkah. Bau dia soft je, tapi effect dia, kuat kot !!. aku tak syak lagi, siapa lagi yang mampu bagi vibrate dekat sit tu kalau bukan dia. Kalau setakat bau, aku tak syak dia, sebab ramai orang dekat situ.
Aku punya perasaan time tu, nak je angkat untie tu campak kat jalan KTM tu. *Sorry ye untie !!. Aku tahu, benda buruk patut dilepas. Tapi jangan sebelah aku !! Aku terus bangun dan berdiri dekat belakang line kuning. Tengok-tengok KTM dah sampai. Fuhhhh ~ lega aku.
Note : Pada awek-awek, hati-hati bila berjalan ye. Pada untie-untie, Please !! tahan selagi boleh.