12.6.2013 - Aku ada kelas Hospitaliti hari rabu hari tu. And ada special class. Sir aku tetiba nak ajar serve wine dan cara minum. hahaha.. Sumpah aku bahagia. Dah jadi macam Sommelier dah. Perasan jap. haha. Tapi untuk non muslim jelah yang boleh minum. wakakaka. Tapi rugi sebab tak leh minum, dah lah bayar RM3. dapat note sekeping sehelai je. haduii.. RM3 tu lau aku tambah lagi beberapa ringgit lepaslah beli McD. hahaha. Ayat aku macam minta kena tembak je kan. hahaha. Sadis tak? :D
Disebabkan aku punya note bahasa English, so, aku try explain dalam bahasa melayu dan mengikut apa yang aku paham dan belajar dalam kelas tu. Sebelum sir aku explain pasal wine and cara nak serve. Dia tanya apa beza gelas besar and kecik. Macam biasalah, aku jadi mangsa dia. haha. Dengan senyum kambing aku jawab.
"Yang besar tu untuk red wine. yang kecik tu untuk white wine"
Yes ! betul juga jawapan aku. tapi ! ada tapinya, bukan tu jawapan sebenar. Hahaha. Sir aku cakap yang kecik tu sebab nak maintainkan kesejukan white wine. Dan bila minum tak boleh sentuh bawah gelas. Sebab tangan kita ada haba then, bila sentuh takut kesejukan wine tu semakin kurang. White wine tu kena served sejuk dan suhu penyimpanan dia -6 C untuk red wine pula 18 C iaitu suhu bilik. Tak boleh kena cahaya matahari nanti rosak. dan sebab itu warna botol redwine gelap. Dan Red wine disimpan di tempat yang gelap. Sebab itu di luar negara dia simpan wine dalam bilik bawah tanah. Dan wine mesti disimpan dalam keadaan menonggeng, supaya wine tu sentuh gabus. Sebab rasa wine tu dicampur dengan gabus.
Cara Hidang
Seorang pelayan akan membawa wine dan menerangkan kepada tetamu tentang wine tersebut. dari mana ia di import, anggur jenis apa dan tahun bila wine itu. Jangan buka jika tidak dapat sepertujuan dari tetamu itu. Kerana wine yang dah dibuka tidak boleh disimpan. Kata Sir aku, wine tu mesti di sahkan oleh ketua atau 'host' dalam group tu, kalau tetamu yang datang ramai.
Apabila dah disahkan, pelayan akan membuka wine dengan label pada botol wine mestilah dihadap ke 'host' atau ketua. Apabila buka wine jangan biarkan ia berbunyi atau meletop "POP". Buka dengan berhati-hati. Jika tidak boleh buka tanpa alas atau buka sambil pegang, buka dia atas meja. Untuk mengelakkan ia daripada jatuh dan pecah.
Setelah wine di buka, penutup wine mestilah diberikan kepada ketua atau 'host' tetamu tadi untuk 'host' tadi bau aroma wine tersebut sama ada baik atau sudah rosak. Bila sudah ok, pelayan akan mencari wanita didalam itu dan perlu hidang kepada wanita dahulu. Kemudian baru dihidang kepada yang lain mengikut arah jam. Kalau masih ada baki wine didalam botol, pelayan perlu meletakkan botol wine itu di tepi meja atau di bucu meja.
Cara Pegang
Semasa pelayan membawa botol wine, pelayan perlu membawa dan memegang wine dengan cara memegang bayi supaya wine tersebut tidak berkocak dan menghasilkan buih. Dan label mestilah dihadapan menghadap muka 'host'. Semasa menuang wine, pelayan perlu memegang bawah botol wine dan setelah menuang separuh dari gelas wine, pelayan perlu memusing atau twist ke atas supaya wine tersebut tidak tumpah.
Cara Minum
- Sebelum minum, pusingkan gelas atau buatkan wine itu berpusing didalam gelas supaya aroma wine itu keluar.
- Bau wine tersebut untuk mengetahui aroma dan kekerasan sesuatu wine itu.
- Minum sedikit dan berkumur didalam mulut supaya wine itu memenuhi seluruh mulut. dari situ, kita akan tahu rasa,aroma,bau dan kekerasan wine itu. Kemudian, telan perlahan-lahan. Untuk kita merasa wine itu sebenar pada selepas minum. Sama ada ia meninggalkan rasa atau tidak.
Dan, selesai !! Yes ! aku dah jadi sedikit Sommelier. Cewah !! Basic thing je pun. Nak teka-teka wine memang tak lah ! hahaha. Gambar yang dekat atas tu gambar Sir aku dan student mempraktikkan service mereka. ^^ Aku tak nak sentuh wine dah sebab aku dah bertaubat .. Cewahhh !!