Assalamualaikum
Papa buat wasiat ni khas untuk kedua-dua anak papa yang papa sayang. Iaitu Dzariff dan Dzureen. *Nampak tak nama tu? Hehe. Kamu semua tahukan, papa sayangkan kamu. Selepas mama kamu pergi, papa membesarkan kamu sebaik mungkin. *Eceh, ayat seorang duda. Kahkahkah. Sewaktu kamu membaca wasiat ni, mungkin papa dah tak ada lagi. kamu jangan bersedih ok, sebab papa dah sediakan harta yang cukup untuk kamu berdua. Papa wasiatkan 4 buah Mini Cooper berlainan warna, 6 buah restoran, 4 buah kelas memasak,2 buah combi oven,2 buah rumah agam,sepuluh bidang tanah kelapa sawit, nak makan buah kelapa sawit tiap-tiap hari pun boleh.
Tak lupa juga gigi emas papa yang papa simpan dekat 10 tahun dalam peti besi dalam peti sejuk. *Harta tak nak mengalah bhaii. 20 tahun papa menjaga kamu berdua, macam-macam ragam. Teringat dekat Dzariff yang dulu meronta-ronta minta papa kahwin dengan Lisa Surihani. *Nampak tak ayat aku yang minta kaki? . Sekarang anak-anak papa dah handsome dan cantik macam Jaafar On dan Norliah Gani. Hehe. Taklah, handsome dan cantik macam Fazura dan Choi Joon Hoon. Cewah !!
Papa lega kerana anak-anak papa menjadi anak yang baik walaupun tidak dapat merasa kasih sayang seorang ibu. Itu juga bukti yang papa menunaikan pesanan terakhir mama kamu.
“Buat Hubby ku yang mucuk-mucuk, tolong jaga anak kita ya. Ayang dah tak lama dah ni, lagi beberapa jam Ayang nak pergi tinggal semuanya. Termasuklah sugar glider kita.”
Papa sedih tapi pelik pun ada juga masa tu, dah tahu lagi beberapa jam nak pergi, sempat lagi nak buat pesanan, cubalah mengucap ke, selawat ke. *Ayat minta kena pijak kan? Papa harap kamu semua tidak bergaduh pasal harta atau pasal merebut gigi emas papa tu. Kamu berdua jelah anak papa dan pewaris keturunan papa yang masih ada. Sebab tak sempat nak buat adik , mama kamu dah pergi dulu. *Harap tak ada siapa yang baling batu dekat aku. Papa rasa, kamu semua dah cukup besar untuk berdikari. Ingat pesan papa ni.
Buat Dzariff
“Dari kecik masa Dzariff umur 5 tahun papa ajar Dzariff memasak, masa kecik juga papa beli periuk,kuali,senduk semua untuk Dzariff belajar memasak. Harap Dzariff dapat jadi apa yang papa harapkan."
Buat Dzureen
“Papa harap Dzureen tak menghabiskan harta papa ya. Cari laki yang bertanggungjawab. Dari kecik papa ajar cara menabung dan mengira. Jaga restoran papa ya."
Pesanan terakhir papa buat kamu semua, tiap-tiap minggu kamu semua kena datang ziarah mama dan papa di kubur. Sedekah apa-apa yang patut. *Ayat cerita melayu zaman sekarang.
Thanks sebab baca kekalutan aku. Sebenarnya dalam entry ni aku nak share pasal 25 tahun akan datang. Hehehe. Berangan je pun. Kalau rasa aku merepek, kalut or what ever. Macam biasalah. BLA !! ada impian yang betul dalam story tu. Tentang nama,pesanan dan selebihnya.
Note : Apabila imaginasi melampaui batas pada waktu kebosanan aku !!