My Army ^^

21 June 2013

Tips Home made burger


Assalamualaikum




Ehem-ehem .. *tak sihat hari ini. Ok, Nampakkan tajuk entry untuk harini ? Bagus !! . Aku nak share pasal tips buat burger patty. Tau tak burger patty tu apa? Google sendiri lah. Hahaha. Biasanya, burger patty tu guna daging kisar dan di kepal-kepal. Kira homemade lah. Kita buat burger sendiri. Macam tulah.

Siapa biasa  buat burger sendiri tu, Tahniah !! Sebab kau memang hebat dan dah boleh kahwin. Hahaha. Orang diet diharuskan makan burger buatan sendiri. Sebab kita tahu berapa kandungan atau sukatan sesuatu bahan. Kau orang juga boleh menggantikan minyak sayuran atau minyak masak kepada minyak zaitun, bagi orang diet ok.

Kemudian, kau orang boleh bakar atau grill tanpa minyak. Perasa kau orang boleh fikir sendiri. Sekarang dah pelbagai dah. Ada yang tambah herba,rempah dan pelbagai benda pelik tapi menyihatkan dalam burger tu.  *Sebab aku selalu buat.

Step yang pertama ialah, mesti kena ada daging kisar kan?  Dan perkara utama mesti kena pergi beli. Lainlah kalau kau kaya sangat, buka peti dah ada 100 kg daging kisar dalam peti tu. *Jangan terasa ok !

Bila dah ada, Step kedua ialah, perasakan daging tu. Opppss.. kita orang melayu, basuh dan tos kan dulu daging tu. Jangan lupa !! memang sedap bila makan daging yang still ada darah, tapi kita islam kena basuh dulu !! Then, perasakan dengan apa-apa je. Pakai All-spice pun ok, garam dan lada hitam sahaja pun boleh, pasti sedap or secukup rasa pun boleh !! sebab orang Malaysia ni rajin sangat. Hahaha.

Lepas tu, Step ketiga gaul sebati dan kepalkan. Kalau daging kisar tu tak boleh nak jadi kepal, disyorkan letak telur. Tapi aku tak suka. Antara sebab dia tak boleh dikepal dan pecah-pecah ialah, daging tu terlalu kering,terlalu lembik dan terlalu banyak air atau masa toskan dia terlalu sekejap dan terlebih basuh daging tu. Sebenarnya bilas sikit je dengan air. Buat syarat je orang kata.

Bila dah dikepal kan tu, dan dah cantik je bulat dia. Kau orang boleh bakar dia. Ok, bila bakar, kebanyakkannya, burger kau orang akan kecut dan naik membukit ditengah. Kau orang akan rasa panik time tu,sebab mungkin burger tu tak masak !! *Jangan nak panik sangatlah kan.

Haaaa.. inilah tips yang aku nak sharekan sebenarnya. Sebenarnya cara kau orang kepalkan salah. Bila cara tu salah, kau orang akan pengsan sebab burger yang kau orang harapkan tu tak sedap !! * Saja buat suspen sebenarnya.
Antara kesan yang terjadi kalau salah kepalkan ialah

· Burger akan kering kerana kau orang masak terlalu lama. Bila ia membukit di tengah, kau orang akan fikir ia belum masak.

· Bagi yang tak tahu jangka masa masak, akan dapat burger yang membukit dan tak masak ditengah. Tahniah !

· Ada juga yang dapat burger terlalu kering kerana menekan tengah burger tu. Kau orang yang tak tahu effect tekan tengah burger tu, meh sini aku bagi tahu. Kandungan air dalam burger tu tak banyak. Dan kita perlukan kandungan air tu untuk dapat rasa dan kelembapan daging tu. Bila kau orang dah tekan-tekan tengah burger tu, dah tentu air tu akan keluar dari burger tu. Sebab tu, bila kau orang masak burger dan tekan, akan bunyi berdesir, sebabnya air tu terus keluar. Dan tahniah lah, sebab kau orang dapat burger kering dan dapat pakej burger berderai sekali !!

· Burger jadi buruk atau tepi burger pecah-pecah. Sebab kau orang duk tekan-tekan tengah burger tu.

Cara sebenarnya senang je. Masa kau orang kepal tu, jangan sekatakan atas burger tu. *harap kau orang pahamlah. Kalau tak paham check gambar di bawah ni.



Nampakkan, tekan ditengah sebelum kau orang masak burger tu. Bukan semasa masak ! Ingat tau !! Selamat mencuba. kalau nak study pasal makanan lain atau benda-benda yang ada kaitan check dekat sebelah kanan kau orang. Yang ada tulis “CHECK SINI”. Penat je aku buat benda tu kalau kau orang tak check. Followlah kalau rasa rajin, kalau tak nak, siapa pedulikan. Tak ada effect dekat aku pun. Hahaha.


Note : Lama tak post pasal culinary ni. Kepada pembaca baru, selamat ber- blog walking !!!
kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...