My Army ^^

12 May 2013

Beef Wellington


     Hye.. Holla ~ ok, hari ini, aku nak share pasal beef wellington.. cara buatlah.. hehe.. resepi cari sendiri ye.. hehehehe.. aku dengar ramai yang kata susah lah.. lecehlah.. buat pun rasa takut.. padahal, benda ni senang nak mamp**.. hahaha..

    Dulu aku pun pikir macam tu juga.. tapi bila aku belajar dekat tempat aku practikal haritu tak de lah susah sangat.. sumpah senang.. ok, aku flashback balik kata-kata yang aku dengar dulu..

  • Susahlah, sebab takut daging tu tak masak..
  • Tak tahu nak buat macam mana..
  • Pastri dekat luar tu takut tak naik..
  • Takut tak jadi..Takut dua-dua mentah (daging and pastri)
  • Leceh sebab kita nak tahu dia masak atau tak..

   Last-last, benda tu memang kita tak pernah tahu dan tak pernah buat.. sedihkan??
oklah.. kali ni aku ajar cara nak buat.. seperti yang aku kata tadi, resepi cari sendiri ye..

Senarai barang yang perlu ada..(Tak terperinci)

  1. Puff /doh pastri
  2. Kulit popiah
  3. Daging (tenderloin better lahh..)
  4. Saute mushroom (harap korang tau)
  5. Telur kuning

Step 1 : pastikan Daging tu di sear dengan cantik.. maksudnya nak bleu.. harap sangat korang tau.. tujuan sear tu untuk mengunci jus atau air dalam tu daripada keluar.. bila keluar daging tu jadi kering lah.. kaedah sear tu macam ni.. (kuali yang ada sedikit minyak, dipanaskan dengan suhu yang sangat tinggi.. maksudnya betul-betul panas.. bila kita guna sesuatu item nak di sear, kadang-kadang api akan naik sampai ke dalam kuali tu..atau orang panggil Flambe)..

Step 2 : Bila sudah siap, bentangkan puff pastri diatas meja.. letakkan 2 keping kulit popia diatas di tengah puff pastri.. kemudian letakkan daging tadi.. pastikan daging tu di rehatkan.. untuk mengelakkan ia berdarah diatas puff pastri tadi.. macam ini..

 

Step 3 : Kemudian, letakkan saute mushroom atau cendawan shitake yang di saute.. dan letak semula kulit popia di atas cendawan itu..

Step 4 : Sapukan telur kuning di sekeliling daging dekat puff pastri yang belebihan itu.. kemudian gulung puff pastri itu seperti gulung popia.. pastikan ia padat kerana untuk mengelakkan ia pecah apabila dipotong..

Step 5 : Bakar dengan suhu 180° C selama 45 minit.. tapi sapukan telur kuning diatasnya sebelum bakar.. siap !!

  Senangkan?? biasanya daging ni dibuat pada hari perayaan.. untuk makan besar lah katakan.. dan amat popular di barat.. :) Jangan lupa follow lepas baca :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...