My Army ^^

10 May 2013

Macaroon



    Hye-hye.. :) .. ok, harini aku nak share pasal Macaroon.. hope korang semua tahu, apa benda ni.. hahaha.. benda yang famous macam ni, takkan tak tahu kan?? ok, aku ceritakan sedikit tentang Macaroon ni.. Dia antara pastri yang famous dari dulu sehingga sekarang.. ia merupakan pastri terkenal dari Perancis.. menggunakan base 'Meringue' sebutan Mereng.. antara makanan basic lahh.. ramai yang tak tahu macam mana nak buat.. sebab lain orang,lain cara.. setakat ni, memang banyak cara nak buat benda ni.. ada yang kata kena biar kering dulu lah.. kena pukul sikit-sikit lah.. kena bakar lama lahh..

   Padahal benda ni senang je.. yang susah sebab Method dia.. dia lebih kurang dikatakan leceh lah.. sebab semua benda kena buat dengan bersih.. pastri ni aku belajar dari Chef tempat aku praktikal.. aku pernah buat sekali.. tapi itulah hasilnya :).. hehehe.. cara bakar agak penting.. ok, aku share kat korang resipi dan cara step by step buat benda ni.. check it outttt ~

Resipi Macaroon :

(tips - semasa mengambil putih telur, elakkan dari telur kuning pecah dan tercampur didalam telur putih..walaupun sedikit.. kerana ia akan merosakkan meringue anda)

Bahan A :

  • Almond powder - 250 grm
  • Icing sugar - 250 grm
  • Egg white - 93 ml

Bahan B :
  • Sugar - 250 grm
  • Water - 90 ml
  • Egg white - 93 ml
 
Caranya :

    Buat bahan B dulu.. Air di campur dengan gula.. buat air gula atau sirap.. pastikan tidak terlalu pekat dan terlalu cair.. kalau nak tahu cara buat sirap tu, bila dia dah mendidih tengok pada buih.. kalau buih dia besar maknanya dia dah ok..

     Sambil menunggu sirap, sediakan bahan A..Gaulkan kesemua bahan, pastikan telur putih diletak sedikit demi sedikit.. sebab kita mahu dapatkan tekstur dan rupa seperti doh.. macam ini 


     Selepas itu, biarkan dia.. pukul telur dari bahan B tadi dengan laju.. bila sudah naik atau kembang sedikit,  berhentikan dan tuangkan kesemua air gula panas atau sirap tadi.. kemudian, on kan dan putar dengan laju.. Masukkan pewarna yang korang suka..pukul sehingga ia menjadi 'Meringue' yang gebu dan berkilat.. seperti ini 



    Kemudian, bila sudah menjadi 'Meringue' ambil sedikit dan gaul bersama doh dari bahan A tadi.. pastikan ia sebati kemudian campur kesemua 'Meringue' dengan menggunakan Spatula..perlahan-lahan.. setelah selesai, isi didalam piping beg dan paipkan dia diatas dulang yang berisi kertas minyak atau parchment paper.. seperti ini 



(Tips - sebelum piping, pastikan anda piping bawah kertas minyak atau parchment paper anda untuk mengelakkan macaroon anda terbang dan rosak ketika bakar menggunakan kipas)

    Seperti yang aku katakan tadi, bakar merupakan perkara yang penting dalam membuat Macaroon ini.. ok, oven dipanaskan dengan suhu 180° C.. bakar selama 10 minit tapi mestilah dibakar dengan suhu dalam.. maksudnya, suhu yang panas dan tidak dipasang kipas.. kemudian 10 minit lagi, dibakar dengan suhu luar atau dipasang kipas.. sebab, 10 minit awal tu, kita perlu bakar secara sekata iaitu luar dan dalam macaroon.. kemudia 10 minit terakhir, kita membakar luaran sahaja.. sebab itu, macaroon mempunyai kulit luar yang rangup dan dalam yang lembap :) ini hasilnya



Ok, selamat mencuba dan jangan lupa follow dan tinggal komen :) owh.. terlupa pula.. inti atau filling dalam tuh, terpulang pada korang.. nak ,cari at google je :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...