My Army ^^

27 June 2013

Fakta buah Delima




  • Nama saintifiknya ialah punica granatum.
  • Dipanggil ar-rumman dalam bahasa Arab.
  • Dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India.
  • Disebut tiga kali dalam Al-Quran dan antara pokok dari syurga.
  • Rasanya manis-manis masam.
  • Kaum Cina menganggapnya sebagai lambing kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  • Pokoknya boleh hidup sehingga 200 tahun.
  • Kaya dengan zat sodium,riboflavin,thiamine,niacin,vitamin C, kalsium dan fosforus.
  • Sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi.
  • Mengurangkan risiko sakit jantung, cepat tua dan barah.
  • Digunakan sebagai ubat bagi cirit-birit, sakit telinga,pandangan kabur,sakit gusi dan kurang lawas penghadaman dalam perubatan Yunani dan Hemeopati.
  • Mengubati masalah buasir.
  • Alkaloid yang terdapat pada kulitnya membuatkan cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
  • Amalan makan buah atau minum Jusnya didapati mampu membekalkan tenaga lelaki.
  • Kandungan antioksida lebih tinggi berbanding wain merah dan teh hijau.


kAMSAHAMNIDA !! !!

26 June 2013

Sidji ^^



Kepada saudara guwe yang berada di Club Med. Firstly guwe mahu berterima kasih pada kalian kerna menerima guwe sebahagian dari saudara kalian. Iya, walaupun hanya beberapa minggu persahabatan kita, tapi guwe senang bangat deh, kerna ketemu kalian. Kita sama-sama datang pada tempat yang kita sendiri nggak tahu gimana keadaannya.

 Bersyukur guwe, kerna kalian sudi menjadi saudara guwe. 
Kalian sudi menemani guwe hampir setiap malam, begadang mulu. Ketawa, berkongsi cerita. Kerna guwe lagi keseorangan disana. Punya teman nggak seperti kalian. Sering aja mengambil berat tentang satu sama lain.Guwe rasa bertuah lorh, lagian dapat menghabiskan masa bersama kalian, minum teh, menyambut birthday si anak kecil itu. Si Akim. Hahaha. Guwe masih ingat lagi dulu. Mula-mula datang, guwe tahu, kalian juga lagi mikirin perkara yang sama, iaitu Kalian mikir orang Malaysia teruk dan mungkin jahat, sama juga pada guwe. 

Tapi, bila udah kenal kerna guwe kerja di Noodle Bar, baru tau, nggak semua orang indo seperti yang disangkakan. Terima kasih saudara kerna menerima guwe sebagai sebahagian dari kalian. Senang deh, belajar bahasa Indo sama Kalian. Setiap malam guwe lagi praktikkan bahasanya. Kalian nggak pernah capek membantu guwe ngomong indo. 

masih ingat deh, saat-saat kita minum teh bersama, makan dan menghabiskan masa untuk sampai hari esok. Lagi cerita benda yang mengarut. Ingat si abah. Kalian bilang umurnya 17. Hahaha. Seperti ini kan kata si Rivan.

“Ini yang paling muda, si Abah, umurnya 17 tahun.”

“Ha? 17 tahun? Kenapa Nampak tua?.”

“Dulunya dia ni banyak berjemur.”

Semua lagi ketawa. Terima kasih pada Akim dan Rivan kerna menemani guwe pergi ke kitchen jam 3 pagi. Kerna guwe kerja bahagian Breakfast. Terima kasih pada Abah, selalu buat-in guwe teh. Terima kasih pada Bidin, kerna bagi guwe sugar glider. Terima kasih pada Enggi dan Zainal kerna selalu bantu guwe di Restoran Rambulan. Tanpa kalian, guwe mungkin habiskan Intern guwe dengan kesedihan kerna teman guwe semua udah pulang. 

Buat Akim, Si anak kecil ini. Terima kasih kerana mengajar guwe main Tennis. Dan temani guwe tidur masa guwe takut dulu.Terima kasih juga kerna ajarin guwe bahasa indo dan sudi menerima guwe jadi saudara luo. Guwe ingat lagi kata-kata luo.

“Biar kita jauh Jul, memori lama pasti jangan dilupa-in. jadikan memori kita bersama dulu sebagai kenangan yang terindah”

Buat Rivan, Si gendut. Terima kasih kerna menerima guwe sebagai saudara luo. Temani guwe begadang. Bawa pulang air. Temani guwe shopping dan pergi pasar malam. Terlalu banyak deh kenangan bersama kamu disana. Katanya kamu.

“Kami bukan nggak mahu dengar Jul omongan kamu tentang kamu mahu pulang. Kerna aku nggak mahu bersedih atas perpisahan ini.”

Buat Bidin, Si Botak. Terima kasih juga kerna menerima guwe sebagai saudara kamu. Selalu aja bantu guwe omong indo. guwe tahu, kamu sukar menerima guwe dulu, kerna guwe orang Malaysia. Tapi syukur, kamu sudi menerima guwe sebagai saudara kamu. Katanya kamu.

“Kita bukan lagi sahabat,teman,kawan. Kita saudara. Kita seperti adik beradik.”

Buat abah (EDI) Si kakek. Terima kasih kerna menerima guwe sebagai saudara kamu. Buat-in teh untuk guwe. Enak bah !! 1 teh peppermint sama 4 paket gula.. Guwe ingat itu abah. katanya si Abah.

“Nggak bisa ketemu lagi disini, mungkin bisa ketemu di tempat lain.”

Buat Enggi dan Zainal. Curut sama Aladdin. Terima kasih kerna menerima guwe juga sebagai saudara kalian. Terima kasih kerna bancuh-in guwe kopi. Dan terima kasih kerna teman guwe pergi pantai. Katanya si Enggi.

“Kita Saudara Jul, Malaysia sama Indonesia itu sebenarnya sama. Kita serumpun.”

Terima Kasih kalian !! jadikan kenangan kita di pantai bikin Harlem Shake sebagai kenangan terindah dan guwe berharap kita bisa ketemu di lain hari. Kita nggak perlu bersedih dengan pepisahan ini. Kerna ia hanya sementara. Maaf-in guwe kerna nggak bisa ketemu kalian dihari terakhir kalian di Club med. Guwe tahu, 27 jun hari terakhir kalian. Guwe mendoakan kalian selamat sampai dan semoga berjaya !! Tunggu-in guwe di sana Saudara. Guwe akan pastikan guwe jejaki kaki guwe di Negara Garuda mu. INDONESIA ~


Sidji adalah satu. Satu adalah kita. 



Note : Maaf sebab aku guna bahasa Indo. Lagipun bukan nya tak paham kan??

kAMSAHAMNIDA !! !!

Surat buat Bakal Menantu ^^




Buat bakal menantu ku yang no manners !! *Muka Garang. Uncle buat surat ni khas untuk kamu kerana kamu bakal berkahwin dengan Dzureen. Iaitu anak Uncle lah. 1st thing, Kamu mesti pelik kan, postmen pagi-pagi buta datang memekak semata-mata nak bagi surat ni dekat kamu, dan kamu lagi pelik bukan, sebab tetiba ada orang hantar surat siap pos laju lagi.

 Kamu tak perlu tau siapa aku *padahal aku dah bagi tau aku papa Dzureen.  What ever lah. Nama kamu pun Uncle tak berapa pasti, Syalee atau Syaklee. Yang penting kamu dapat membaca surat ni sampai habis tak kira lah kamu nak muntah darah ke, buasir ke. Yang penting surat ni penuh dengan isi-isi penting. Haa, Ayat skema aku dah keluar ni !!

Sebab kamu tak tahu, aku beritahu yang Dzureen tu anak kesayangan aku, tak pernah aku pukul dia dari kecik *ayat cerita melayu zaman sekarang, Padahal aku pernah pukul dia dengan hammer sampai koma 5 tahun. Kehkehkeh. *Ok, itu hanya lawak, kau jangan gelak ok !! Di sebabkan dia anak kesayangan aku, aku harap kamu dapat beri kasih sayang yang secukupnya pada dia.

Aku taknak demand sangat. Kamu mesti menyumpah aku punya.

Tak kiralah dia nak 19 dulang hidung lembu ke, 7 baldi peluh Nepal ke, 8 tong air liur gajah ke. Bagi je !! jangan pernah menyoal ok. Mungkin dia mahu melihat sejauh mana dan sekuat mana cinta kamu pada dia. *Kekarutan dah ada disitu. Ok, sebab dah banyak sangat aku merepek ni, aku teruskan dengan tujuan asal surat ni di tulis. *Amboiii, skema lagi ayat aku.

Aku tahu kamu tak pedulikan aku sebagai bapa mertua kamu, tapi ingat !! segalanya hanya dihujung jari. *Trademark zaman sekarang.Sekali aku tak suka, sekali aku tak setuju, maka !! tak sukalah aku. Kamu mesti meluatkan punya dengan aku, kamu mesti enti punya dengan aku. Tapi, selagi kamu boleh bertahan, kamu memang hebat, dan pasti kamu akan dapat anugerah Menantu harapan. Eceh !!
Itu baru intro ok. Yang ini baru isi sebenar surat aku buat untuk kamu wahai bakal menantu buaya Darat !!

RUMAH

Sebelum kamu nikah, pastikan ada rumah. Perfect !! siap ada bibik, kolam renang, mestilah banglo ! kalau tak ada rumah, jangan kamu mimpi dan berkhayal nak nikah dengan dia. Meluat tak kau baca ni?? *Haaa, dah macam anak raja dah kan. Peduli Hapa aku !! surat aku, entry aku dan blog aku . *Tetiba pula kan.

KERETA

Cukup Lamborghini sebijik untuk dia. Sebab aku ada beberapa biji mini cooper. *Tetiba pulak. Lambo tu mestilah warna magenta, kalau tak ada pakai warna biru tua je. Tapi ingat, kereta untuk pergi pasar mesti ada dan kereta untuk pergi kerja juga mesti ada. Lambo tu untuk buat pameran je dekat depan rumah. Kahkahkah. *Ok, ini tak lawak.

Yang terakhir

Tolong jaga dia dengan baik-baik wahai bakal menantu ku. *tetiba muka sedih. Sebab hanya dia anak perempuan Uncle yang ada. Harap kamu kenal siapa Dzariff, kalau tak kenal, kenal-kenalkan lah. Sebab Dzariff tu abang dia. Abang kesayangan dia. Uncle tahu, kamu benci Uncle, tapi ingat, yang kamu bakal menikah ni, anak Uncle. Darah daging Uncle. Kalau kamu menyintainya, tolong cintakan dia dengan sepenuh hati kamu. *Menangis pula dah.. sob sob sob sob..

Ok, puas aku menaip, harap kamu paham dan dapat menunaikan isi surat ni. Harap kamu dapat baca sampai habis. Harap kamu tidak pengsan atau dah siap sedia buat tali gantung untuk gantung diri kamu. *Ini lawak, Tolong gelak ok.




Daripada,
Dato’ Fazley zahri




Note : Harap orang macam ni tak jadi mentua kan?? Kahkahkah.

kAMSAHAMNIDA !! !!

23 June 2013

My Pet !!

Assalamualaikum





Fuhhh.. *Sambil urut tekak tengok tingkap luar.Jerebu !!! Eceh, poyo je ayat aku. Hahaha. Nampak kan pic apa yang ada dekat atas ni. Yes ! itu semua haiwan peliharaan aku dan mak aku. Aku terangkan siapa mereka dan apa nama mereka. Eceh !! yang  1st tu sugar glider aku. Semua tahu right? Kalau tak tahu, memang ketinggalan zaman. Nama dia Phantom, aku tak tahu asal nama dia macam tu. Haha. Dia dikira anak bongsu dalam kumpulan haiwan peliharaan aku. Itu orang bagi sebenarnya. *tolong jealous ok !!.  Dari dulu aku nak bela dia, tapi duet pula tak ada. Mahal kot, kat kedai RM350 seekor !! baik aku beli baju kan. Tapi sekarang RM150 boleh dapat dah. 

Aku dapat dia masa aku intern dekat Club Med Cherating haritu, Kawan aku dari Indo bagi. Cerita dia macam ni, dalam pukul 5 pagi dia lepak dekat luar hostel, tetiba ada natang lompat depan dia, punyalah jinak. Tapi sekejap je dia jinak, pastu dia gigit-gigit. Last-last dia simpan dalam botol. Dia kata nak bela, tapi masa tu aku dah nak habis intern, aku try minta dekat dia, dia bagi !! 

OMG !! tak percaya aku. Sebab aku kerja bahagian kitchen, senang aku rembat buah-buah dan makanan dalam restoran tu bagi dekat Phantom. Sampai lah sekarang aku bela dia. Dah 3 bulan dia duduk dengan aku, punyalah gemuk. Lincah lagi. aku try jinakkan dia, dia memang jinak, Cuma dia tak suka di pegang. Tiap-tiap hari aku bagi dia buah, aku usya dekat internet, macam-macam tips aku dapat. Sekarang kepala dia dah nak botak, sebab dia jantan. Tinggal nak cari couple untuk dia je. Leh dapat anak !! Wakakakaka.

Yang kedua tu namanya Jacob. Kucing domestic semi-longhair. Dia jenis baka besar. Dah macam anak harimau aku tengok dia. Masa aku amik jaga dia umur dia 7 bulan. Tahun lepaslah. Sekarang dah setahun lebih dah. Dah tua pun dia. Dia ni abang aku bagi. *Tolong jealous sekali lagi ok !! Dia punya kejantanan memang gila. *Dah Kucing jantan, mestilah kan. Bila bergaduh, kalah kucing lain. Jiran-jiran aku semua bising, sebab dia konker rumah jiran aku. Kucing jiran aku tak keluar rumah sebab dia ada. Hahahaha. Hebat, tapi !! dia kalah dengan kucing jantan mak aku. Yang pic atas last sekali tu. Haa, kejap lagi aku cerita. 

Masa aku jaga dia, kaki dia patah, sebab abang aku kata dia terjun bangunan. Gila kan !! tapi itulah hakikatnya. Sekarang demi keselamatan semua orang, *eceh, poyo nye ayat aku. Dia terpaksa dikurung, sebab jiran aku bising. Dan telinga aku mungkin bernanah mendengar bebelan mereka. Hahaha. 

Ok, yang pic ketiga tu, Jangan terkejut ok ! Ye, Dia seekor Kera a.k.a Beruk !! yang ini pun orang bagi !! *Pleaselah jealous lagi sekali !! kawan abah aku bagi dulu. Dah berapa tahun pun aku tak ingat. Dia terbantut sebab dari kecik dia tak dapat susu ibu dia. kawan abah aku kata dia jumpa dekat hutan. Dia ambil sebab dia terjatuh dari pegangan mak dia. kesian kan? Jangan risau, dia dapat kasih sayang penuh  dari keluarga aku. Tiap hari makan buah. Hidup mewah tau dia !! every time mencekik kau tau !! dah beruk, perangai dia memang beruk lah. Terkinja-kinja, teloncat-loncat. Aku tak lepaskan dia, takut semua barang pecah dan rosak. Beruk kan !! Dia memang pantang bila orang bawak makanan. Berukkan !! Dah kata beruk, semua benda buruk dekat dialah !!

 Pic last tu tak bermakna haiwan peliharaan aku yang last. Ada lagi seekor, kejap lagi aku tunjuk. Ok, yang itu kucing mak aku. Tapi kira haiwan aku jugalah . dia domestic long-hair juga. Tapi !! dia jenis kacukan Parsi. Wow !! kacukan tu. Sama juga dengan si Jacob tadi, tapi Jacob tu tak sure kacukan apa. Nama dia Tom. Dia kacukan Parsi dan Maine coon. Haaa, aku terkejut bila doktor buat pengesahan Parsi dan Maine coon. Maine coon jenis besar kan. Tak tahu? Search lah google . hahaha. Masa pergi antar ke klinik, semua orang yang ada dekat situ terkejut, sebab kucing aku gemuk + besar. Semua duk mengintai bekas aku. Dah macam artis dah. Hahaha. Kucing ni kami jaga dari kecik. So, dia memang jinak. Time kecik, sumpah comel. 

Ok, berat dia buatkan doKtor-doktor disitu terkejut, sebab berat dia sebelum vaksin, 5 kilogram bhaiii !! aku pikul dia dah macam pikul beras 5 kilo. Hahaha. Doktor kata dia bukan gemuk sebab obesity, tapi sebab dia jenis baka besar. Dahlah pendek, gemuk lagi !! doktor kata kalau dicucuk vaksin gerenti berat dia naik sampai 8 kilo. Mak aihh !! camno aku nak pikul dia nanti?? Atas langkah berjaga-jaga. *Ceh, ayat skema. Aku pun bincang dengan mak aku tukar makanan. Kalau dulu makan royal canin jenis indoor, aku tukar jenis diet. Tapi bulu dia pula gugur makan benda tu. Last-last tukar pula yang untuk bulu. Doktor tu juga kata, dia jenis Alpha. Hope kau orang tahu. Aku tanya.


“macam mana doktor tahu dia Alpha?”.

“dekat rumah kamu ada kucing jantan lain tak?”.

“Ada. Kenapa?”.


“Kucing jantan tu mesti tak pernah bergaduh dengan dia kan?  Dia ni je yang sibuk 
nak gaduh kan?”.

“Aah, mana doktor tahu?.”

“Sebab kepala dia besar, dan biasanya kucing kepala besar ni ketua dalam satu kelompok. Sebab tu bila bergaduh, dia paling sensitive, kuku dia kena jaga-jaga. Sebab memang pedih bila di cakar. Kalau dia dah bergaduh, memang dia kejar musuh dia. kadang-kadang boleh mati musuh dia.”

“Owhhhh.”

Sumpah aku terkejut gila bila doktor cakap macam tu. OMG, kucing mak aku Alpha !! Bangga sekejap !! wkakakakaka.

Haa.. yang last aku bela dah 5 tahun, kura-kura. Hahaha. Nama dia Boh !! kawan aku bagi masa birthday form 4. Beli dulu besar ibu jari kaki je. Sekarang besar 2 tapak tangan aku. Besar wow !! tiap-tiap hari makan kangkung, sebab aku tak larat nak bagi dia makan pellet. Mahal kot pellet dia. kat bawah ni ada pic haiwan peliharaan aku yang disayangi !! aummmmm











Note : Lepaas ni nak bela anak dugong pula.. hahaha
kAMSAHAMNIDA !! !!

21 June 2013

Tips Home made burger


Assalamualaikum




Ehem-ehem .. *tak sihat hari ini. Ok, Nampakkan tajuk entry untuk harini ? Bagus !! . Aku nak share pasal tips buat burger patty. Tau tak burger patty tu apa? Google sendiri lah. Hahaha. Biasanya, burger patty tu guna daging kisar dan di kepal-kepal. Kira homemade lah. Kita buat burger sendiri. Macam tulah.

Siapa biasa  buat burger sendiri tu, Tahniah !! Sebab kau memang hebat dan dah boleh kahwin. Hahaha. Orang diet diharuskan makan burger buatan sendiri. Sebab kita tahu berapa kandungan atau sukatan sesuatu bahan. Kau orang juga boleh menggantikan minyak sayuran atau minyak masak kepada minyak zaitun, bagi orang diet ok.

Kemudian, kau orang boleh bakar atau grill tanpa minyak. Perasa kau orang boleh fikir sendiri. Sekarang dah pelbagai dah. Ada yang tambah herba,rempah dan pelbagai benda pelik tapi menyihatkan dalam burger tu.  *Sebab aku selalu buat.

Step yang pertama ialah, mesti kena ada daging kisar kan?  Dan perkara utama mesti kena pergi beli. Lainlah kalau kau kaya sangat, buka peti dah ada 100 kg daging kisar dalam peti tu. *Jangan terasa ok !

Bila dah ada, Step kedua ialah, perasakan daging tu. Opppss.. kita orang melayu, basuh dan tos kan dulu daging tu. Jangan lupa !! memang sedap bila makan daging yang still ada darah, tapi kita islam kena basuh dulu !! Then, perasakan dengan apa-apa je. Pakai All-spice pun ok, garam dan lada hitam sahaja pun boleh, pasti sedap or secukup rasa pun boleh !! sebab orang Malaysia ni rajin sangat. Hahaha.

Lepas tu, Step ketiga gaul sebati dan kepalkan. Kalau daging kisar tu tak boleh nak jadi kepal, disyorkan letak telur. Tapi aku tak suka. Antara sebab dia tak boleh dikepal dan pecah-pecah ialah, daging tu terlalu kering,terlalu lembik dan terlalu banyak air atau masa toskan dia terlalu sekejap dan terlebih basuh daging tu. Sebenarnya bilas sikit je dengan air. Buat syarat je orang kata.

Bila dah dikepal kan tu, dan dah cantik je bulat dia. Kau orang boleh bakar dia. Ok, bila bakar, kebanyakkannya, burger kau orang akan kecut dan naik membukit ditengah. Kau orang akan rasa panik time tu,sebab mungkin burger tu tak masak !! *Jangan nak panik sangatlah kan.

Haaaa.. inilah tips yang aku nak sharekan sebenarnya. Sebenarnya cara kau orang kepalkan salah. Bila cara tu salah, kau orang akan pengsan sebab burger yang kau orang harapkan tu tak sedap !! * Saja buat suspen sebenarnya.
Antara kesan yang terjadi kalau salah kepalkan ialah

· Burger akan kering kerana kau orang masak terlalu lama. Bila ia membukit di tengah, kau orang akan fikir ia belum masak.

· Bagi yang tak tahu jangka masa masak, akan dapat burger yang membukit dan tak masak ditengah. Tahniah !

· Ada juga yang dapat burger terlalu kering kerana menekan tengah burger tu. Kau orang yang tak tahu effect tekan tengah burger tu, meh sini aku bagi tahu. Kandungan air dalam burger tu tak banyak. Dan kita perlukan kandungan air tu untuk dapat rasa dan kelembapan daging tu. Bila kau orang dah tekan-tekan tengah burger tu, dah tentu air tu akan keluar dari burger tu. Sebab tu, bila kau orang masak burger dan tekan, akan bunyi berdesir, sebabnya air tu terus keluar. Dan tahniah lah, sebab kau orang dapat burger kering dan dapat pakej burger berderai sekali !!

· Burger jadi buruk atau tepi burger pecah-pecah. Sebab kau orang duk tekan-tekan tengah burger tu.

Cara sebenarnya senang je. Masa kau orang kepal tu, jangan sekatakan atas burger tu. *harap kau orang pahamlah. Kalau tak paham check gambar di bawah ni.



Nampakkan, tekan ditengah sebelum kau orang masak burger tu. Bukan semasa masak ! Ingat tau !! Selamat mencuba. kalau nak study pasal makanan lain atau benda-benda yang ada kaitan check dekat sebelah kanan kau orang. Yang ada tulis “CHECK SINI”. Penat je aku buat benda tu kalau kau orang tak check. Followlah kalau rasa rajin, kalau tak nak, siapa pedulikan. Tak ada effect dekat aku pun. Hahaha.


Note : Lama tak post pasal culinary ni. Kepada pembaca baru, selamat ber- blog walking !!!
kAMSAHAMNIDA !! !!

20 June 2013

Awek Cun & Auntie No Manners !!


Assalamualaikum..

Sebenarnya benda ni berlaku semalam. Hari rabu (19 Jun) . Aku macam biasalah, bila ada kelas, pepagi dah macam orang nak pergi berperang. Bangun jam 4.30 pagi. Dengan mamai pergi mandi cepat-cepat. Dah siap tu, tetiba hari tu, aku rasa macam handsome sikit. Sebab aku pakai formal. * Hahaha, perasan jap. Ok, macam biasa abah aku hantar aku dekat KTM jam 5.30 pagi.

Sampai je sana, aku orang pertama yang beli tiket dekat mesin, dan aku juga orang pertama yang duduk dekat tempat menunggu tu. Sebelum aku sampai ke tempat menunggu tu, aku kena naik jejantas ke seberang, sebab ia menghala ke KL. Dah nak dekat sampai ke tangga tu, ada awek cun. Sumpah lawa. Jalan dengan cat walk. *Dah macam model pula kan. Aku usya lah dia depan –depan.

Then, dia dengan backpackers ada dua ketul beg plastik dia bawa, dengan tetiba, dia terjatuh. WTF !! kaki dia tetiba bengkok then dia jatuh tersungkur. Nampak cara jatuh dia, sumpah sakit. Kalau ramai orang time tu, aku tak tahu lah apa jadi. Kalau akulah, aku dah buat-buat pengsan. *Malu bhaii kalau jatuh time orang ramai.


Nampak pic atas ni? Beberapa langkah sebelum ketangga tu dia jatuh. Gambar ni aku snap beberapa minggu lepas. Motif nya aku tak sure. *Sebab bosan kot.

Ok, berbalik pada awek cun tadi. Dia bangun dengan cepat tapi sebab dia pakai high heel, jadi macam licin. So, jatuh balik. Aku dengan sumpah terkejut gila, Aku cepatkan jalan aku menuju kat dia. Then dia bangun dan berdiri dengan tegak. Tapi kepala tunduk. Muka senyum-senyum. Aku lalu, aku tanya

“Miss, are you ok miss?.”

 Dia mengangguk kepala dia sikit-sikit, tapi muka senyum-senyum kambing. Dia malu lah kot.  Lepas tu, aku naik ke tangga tu, pusing belakang, dia masuk toilet. Aku pandang depan, aku gelak sambil urut dada aku. Sebab aku terkejut sangat-sangat dan benda tu lawak. Aku fikir balik, asal dia tetiba jatuh, mungkin sebab tengok aku pakai formal kot. Hahaha. *Harap tak ada yang muntah baca ni.

Kemudian, sampai je tempat aku selalu duduk tu, aku dengar lagu. Pakai earphone cikai. Dengar-dengar sampai pukul 6.00 pagi. Ada untie india ni, selalu duduk sebelah aku. Time tunggu KTM pagi-pagi je mesti muka dia sebelah aku. Selalu dia senyap baca paper. Tapi kali ni dia memekak. Ada panggilan dia jawab seawal pagi tu. Bunyi suara dia, Ya Allah. Aku pasang lagu sekuat mana pun, tetap suara dia yang masuk dalam lubang telinga aku. *India kan? Normal lah !! .

Aku fed up, sebab lagu Korea aku dengar tu bercampur lirik india. Aku off semua benda. Termasuk phone aku. Motif nya aku still tak sure. Lagi beberapa minit lagi KTM nak sampai. Untie tu senyap, aku dah lega dah. Dalam hati aku, aku harap sesangat tak ada orang call dia lagi. Then, tanpa diduga, tanpa di sangka.

Diam-diam dia berisi bhaiii. Nak tahu apa? Tempat yang aku duduk tu, tetiba vibrate !! macam vibrate phone. Tapi vibrate tu sumpah kuat gila. Aku pelik, sebab phone aku off. Tetiba lagi, bau roti canai basi  menusuk hidung aku . *Macam lak aku tahu dia makan roti canai. Kahkahkah. Bau dia soft je, tapi effect dia, kuat kot !!. aku tak syak lagi, siapa lagi yang mampu bagi vibrate dekat sit tu kalau bukan dia. Kalau setakat bau, aku tak syak dia, sebab ramai orang dekat situ.

Aku punya perasaan time tu, nak je angkat untie tu campak kat jalan KTM tu. *Sorry ye untie !!. Aku tahu, benda buruk patut dilepas. Tapi jangan sebelah aku !! Aku terus bangun dan berdiri dekat belakang line kuning. Tengok-tengok KTM dah sampai. Fuhhhh ~ lega aku.




Note : Pada awek-awek, hati-hati bila berjalan ye. Pada untie-untie, Please !! tahan selagi boleh. 
kAMSAHAMNIDA !! !!

18 June 2013

Single dan Sahabat

Assalamualaikum



#1. Single

Bagi aku single lagi best. Sebab banyak benda boleh buat tanpa di halang oleh pasangan. Tak dalah rasa terkongkong. Bahagia apa hidup single. Biarlah orang nak kata gay ke, bapuk ke. Diorang tak tahu, couple tu lagi teruk. Dah lah ber couple, menfitnah orang pula kata gay semua. Haaaa, amik kau. Tanpa kau sedar, kau baru je bagi pahala free dekat orang yang kau fitnah tu.

 Kalau dah Islam, buat cara islam, dalam IC je kata islam. Padahal K***r. yang baca entry aku ni, rasa panas tu pandai-pandailah bla nya. Hahaha. *Macam cari musuh pula aku. Aku tak kesah pun kau nak couple ke or what, tapi jangan pandang serong dekat orang yang tak ada pasangan. Bagus sangat ke kau nak tayang-tayang kau ada GF/BF ?? tuiiii lahhh. Aku pula yang naik angin post pasal benda ni. Aduii.

#2. Sahabat

Hoh, buat sahabat aku yang aku tak percaya gila. *Dah kenapa dengan aku ni? . Haritu, aku tetiba angin dengan dia. Aku fikir dia tak ada dekat rumah. Aku text punya text, pernah nak reply.  Aku call asyik tak dapat je. Macam-macam ayat ‘manis’ keluar dari mulut aku. Hahaha. Bayangkan lah, aku text dia dari pagi sampai malam. Dahlah aku ade ceramah time tu. Aku hantar text last dekat dia. Tapi tak adalah sampai kuar ayat ‘manis’ tu.

“Malam ni kuar tak? Kalau tak aku nak balik tidur dan tunggu kau belanja aku McD”

Dalam pukul 8 malam macam tulah, last-last parents aku ajak kuar pergi beli barang dapur. Tetiba akak aku ajak pergi makan steamboat. Dan, tetiba aku dapat text dari maxis, dia call aku banyak kali. Text pun baru masuk. Aku terus call dia, tapi tak dapat. Dah kenapa pula phone aku ni? Pelik betul aku. Hati aku time tu dah panas dah. Kakak aku tetiba buka mulut.
“Kau asal?”

“Phone ni ha, asal tah. Call tak boleh. Rosak kot”

Parents aku usya pelik. Takut aku minta phone barulah tu. Hahaha. Then, kakak aku cakap.

“Line problem lah, ramai post at FB pasal line problem, kau tak tahu ke?”

“Dari bila?”

“Dari pagi tadi lah .”

Sumpah aku nak bunuh kakak aku time tu. Kahkahkah. Dah lama baru nak cakap. Padahal dia duk usya aku dari rumah lagi asal aku angin. Haduii. Tetiba panggilan masuk. Member aku call. Aku dengan semangat ah jawab.

“Hello !!”

“Kau dah kenapa? Send mesej berlambak, pastu ayat touching. Minta McD bagai”.

“ZZZZzzzzzzzz”

Aku senyap je. Hahaha. Aku letak then aku call dia balik. Cakap macam biasa and lupakan pasal tadi. Haha. Dia pun sibuk tanya aku dekat mana. Sebab dia nak ajak aku pergi pasar malam. Macam biasalah, mengeyangkan perut. Dia pick up aku dekat tempat steamboat tu. Then aku masuk kereta, ingat dia dah lupa kes text aku tu. Dia pun membebel dalam kereta macam nenek aku. Hahaha. Sorry beb ~





Note : Sekarang aku tahu siapa kau sebenarnya. Aku tak tahu kenapa tajuk entry ni perlu dalam entry yang sama. hahaha

kAMSAHAMNIDA !! !!

Wasiat buat Dzariff dan Dzureen~


Assalamualaikum



 Papa buat wasiat ni khas untuk kedua-dua anak papa yang papa sayang. Iaitu Dzariff dan Dzureen. *Nampak tak nama tu? Hehe. Kamu semua tahukan, papa sayangkan kamu. Selepas mama kamu pergi, papa membesarkan kamu sebaik mungkin. *Eceh, ayat seorang duda. Kahkahkah. Sewaktu kamu membaca wasiat ni, mungkin papa dah tak ada lagi. kamu jangan bersedih ok, sebab papa dah sediakan harta yang cukup untuk kamu berdua. Papa wasiatkan 4 buah Mini Cooper berlainan warna, 6 buah restoran, 4 buah kelas memasak,2 buah combi oven,2 buah rumah agam,sepuluh bidang tanah kelapa sawit, nak makan buah kelapa sawit tiap-tiap hari pun boleh. 

Tak lupa juga gigi emas papa yang papa simpan dekat 10 tahun dalam peti besi dalam peti sejuk. *Harta tak nak mengalah bhaii. 20 tahun papa menjaga kamu berdua, macam-macam ragam. Teringat dekat Dzariff yang dulu meronta-ronta minta papa kahwin dengan Lisa Surihani. *Nampak tak ayat aku yang minta kaki? . Sekarang anak-anak papa dah handsome dan cantik macam Jaafar On dan Norliah Gani. Hehe. Taklah, handsome dan cantik macam Fazura dan Choi Joon Hoon. Cewah !! 

Papa lega kerana anak-anak papa menjadi anak yang baik walaupun tidak dapat merasa kasih sayang seorang ibu. Itu juga bukti yang papa menunaikan pesanan terakhir mama kamu.

“Buat Hubby ku yang mucuk-mucuk, tolong jaga anak kita ya. Ayang dah tak lama dah ni, lagi beberapa jam Ayang nak pergi tinggal semuanya. Termasuklah sugar glider kita.”

Papa sedih tapi pelik pun ada juga masa tu, dah tahu lagi beberapa jam nak pergi, sempat lagi nak buat pesanan, cubalah mengucap ke, selawat ke. *Ayat minta kena pijak kan? Papa harap kamu semua tidak bergaduh pasal harta atau pasal merebut gigi emas papa tu. Kamu berdua jelah anak papa dan pewaris keturunan papa yang masih ada. Sebab tak sempat nak buat adik , mama kamu dah pergi dulu. *Harap tak ada siapa yang baling batu dekat aku. Papa rasa, kamu semua dah cukup besar untuk berdikari. Ingat pesan papa ni.

Buat Dzariff

“Dari kecik masa Dzariff umur 5 tahun papa ajar Dzariff memasak, masa kecik juga papa beli periuk,kuali,senduk semua untuk Dzariff belajar memasak. Harap Dzariff dapat jadi apa yang papa harapkan."

Buat Dzureen

“Papa harap Dzureen tak menghabiskan harta papa ya. Cari laki yang bertanggungjawab. Dari kecik papa ajar cara menabung dan mengira. Jaga restoran papa ya."

Pesanan terakhir papa buat kamu semua, tiap-tiap minggu kamu semua kena datang ziarah mama dan papa di kubur. Sedekah apa-apa yang patut. *Ayat cerita melayu zaman sekarang.

Thanks sebab baca kekalutan aku. Sebenarnya dalam entry ni aku nak share pasal 25 tahun akan datang. Hehehe. Berangan je pun. Kalau rasa aku merepek, kalut or what ever. Macam biasalah. BLA !! ada impian yang betul dalam story tu. Tentang nama,pesanan dan selebihnya. 


Note : Apabila imaginasi melampaui batas pada waktu kebosanan aku !!


kAMSAHAMNIDA !! !!

17 June 2013

Tunang & Merisik


Assalamualaikum

Tetiba nak update blog, padahal aku busy sekarang ni. Hehe. Ok, aku nak share pasal majlis merisik kakak aku hari itu.  Dan majlis pertunangan kawan baik aku beberapa minggu lepas. Nampak tak permainan aku disitu? Hehehe. Sorry lah kalau aku cerita benda yang dah lepas. Sebab baru teringat. Hahaha. Kepada pembaca-pembaca yang meluat or nak kata apa-apa, dipersilakan. Sebab tak beri apa-apa effect pun pada aku, dan blog ni milik aku, suka hati akulah kan. Dan kalau kau tak suka, just pegang mouse kau, klik dekat tanda pangkah sebelah kanan atas sekali. Settle kan? Alamak, dah lari tajuk pula !

Ok, sebab event tunang kawan aku dah lepas beberapa minggu, aku cerita pasal dia dulu. Event yang dia buat simple dan hanya adik-beradik dia saja yang ada masa tu. Dia tak jemput pun member-member dia yang lain. Kalau dia tak jumpa aku dan sahabat aku hari sabtu malam dekat pasar malam, memang kami tak tahu dan tak pergi event dia. Dan macam biasalah, perbalahan or touchin- maching akan ada. Hahaha. Masa tu aku dan sahabat aku jadi wakil belah dia.

Wakil belah laki memang ramai, naik segan juga aku time tu. Sebab aku tak pernah dengar macam mana cara perbincangan tu, aku pun pasang telinga. Sekarang aku baru tau, macam mana cara nya. Kalau zaman dulu ada pantun-pantun. Zaman sekarang tak payah dah.

Time tu aku plan dengan sahabat aku nak pakai baju kemeja warna purple, last-last aku sorang je yang pakai. Sumpah sakit hati. Bila tengok member aku nak bertunang tu, terkejut sekejap, sebab dia pakai baju warna purple. Hahaha. Kawan aku tu buat event merisik sekali dengan tunang. So dia ada 2 cincin. Ok, bawah ni ada gambar kami.



Ahad lepas, Kakak aku buat event merisik. Selalunya merisik datang tak ramai, just mak bapa je or wakil belah lelaki datang untuk membuat sepertujuan, itu je. Tapi kepelikan berlaku dekat family aku. Hahaha. Ibu dan ayah angkat aku datang dari Rawang, Abang dan kakak ipar aku balik, dan Uncle dengan wife dia datang juga. Itu normal sikitlah, yang tak normal majlis merisik tu dah macam majlis tunang. Sebab wakil lelaki datang dengan 4 buah kereta penuh. Dekat 20 orang jugalah belah lelaki datang. Nenek,atuk,makcik-pakcik dengan anak buah bakal tunang kakak aku pun ada. Termasuklah kawan baik bakal tunang kakak aku sekali.

Aku macam biasalah, duduk menyelit dekat abah dan uncle aku, sebab nak dengar apa yang dia cakap. Kali ni, uncle aku jadi wakil cakap, sebab abah aku gagap+gugup. Hehehe.

Dan seperti biasa, aku menjadi mangsa mak aku, kena masak tuk majlis tu. Tapi tak apa, untuk kakak aku yang paling rapat dengan aku, aku redha. Ayat aku minta kena tinju kan? Hehe. Kuih-muih serious banyak. Dengan onde-onde,roti jala dengan kuah durian,apam,apam gula hangus,seri muka,agar-agar milo dan sirap. Bee hoon goreng lagi. Ada yang orang bagi, ada yang aku buat. Dan ada yang kakak ipar aku buat.

Dah settle semua, macam biasalah, aku jadi mangsa bapa aku pula. Kemas !! belah laki bagi 3 benda, wajik,pudding manis custard dan buah-buahan. Yang peliknya, si kakak aku ni, dia sibuk nak duk balas, 3 benda juga dia bagi. Hamper makanan,kuih dari mak angkat aku bagi dan kek keju. Tapi disebabkan kakak aku yang nak balas sangat, siapa pedulikan? Hahaha. Sebab tu duit dia. Ok, kat bawah ni gambar benda yang pihak laki bagi.



Perasaan aku masa perbincangan tu, aku rasa nak nangis. Sebab tetiba masa tu, aku fikir dan flashback balik masa dulu-dulu. Aku pelik. Sama juga masa aku pergi majlis tunang kawan aku tu. Hurmm. Pelik aku. Tapi nasib baik airmata aku tak meleleh jatuh. Kalau tak, jadi kes pula event tu. Hahaha. Yelah, takut sekejap lagi semua duk usya pelik dekat aku macam aku yang diorang nak merisik. Kahkahkah. Owh, aku baru teringat dekat mak aku, time tu dah ramai-ramai berkumpul, mak aku sibuk intro pasal adik beradik aku, iaitu anak-anak dia lah. Time tu semua abang aku ada dekat depan. Yang tak boleh bla, mak aku sibuk menceritakan pasal aku.

“Yang itu yang bongsu,dah 21 dah. Dia belajar masak-masak. Jadi, dia tahulah masak-masak ni.”

 Aku pun apa lagi, segan beb !! aku senyap je menyelit dekat bapa aku. Hehehe. Aku dengar tapi tak pandang pun arah mak aku. Sebab aku perasan yang semua perempuan yang datang duk usya aku. Hahaha. Segan punya pasal, aku membatukan diri aku dan pandang uncle aku. Mahu tak segan, belah laki perempuan ramai gila. Ayat-ayat selebihnya, aku tak dengar, sebab aku buat dek je. Hehehe.

Lepas habis event tu, aku mengambil peluang. Masuk bilik dan tidur sekejap, selepas membalun buah,wajik dan pudding tu. Hehehe. Aku tengah tunggu event bulan 8 ni. Mungkin Syawal ke 11. Kakak aku bertunang dan kami buat open house. Ok, sekarang betul-betul busy, tunggulah nanti aku update benda baru.





Note : Kalau event aku nanti, majlis merisik aku nak bawak semua yang aku kenal pergi rumah belah perempuan. Hahahaha.
kAMSAHAMNIDA !! !!

14 June 2013

Kelas Wine ^^




12.6.2013 - Aku ada kelas Hospitaliti hari rabu hari tu. And ada special class. Sir aku tetiba nak ajar serve wine dan cara minum. hahaha.. Sumpah aku bahagia. Dah jadi macam Sommelier dah. Perasan jap. haha. Tapi untuk non muslim jelah yang boleh minum. wakakaka. Tapi rugi sebab tak leh minum, dah lah bayar RM3. dapat note sekeping sehelai je. haduii.. RM3 tu lau aku tambah lagi beberapa ringgit lepaslah beli McD. hahaha. Ayat aku macam minta kena tembak je kan. hahaha. Sadis tak? :D

Disebabkan aku punya note bahasa English, so, aku try explain dalam bahasa melayu dan mengikut apa yang aku paham dan belajar dalam kelas tu. Sebelum sir aku explain pasal wine and cara nak serve. Dia tanya apa beza gelas besar and kecik. Macam biasalah, aku jadi mangsa dia. haha. Dengan senyum kambing aku jawab.

 
"Yang besar tu untuk red wine. yang kecik tu untuk white wine"
 
 
Yes ! betul juga jawapan aku. tapi ! ada tapinya, bukan tu jawapan sebenar. Hahaha. Sir aku cakap yang kecik tu sebab nak maintainkan kesejukan white wine.  Dan bila minum tak boleh sentuh bawah gelas. Sebab tangan kita ada haba then, bila sentuh takut kesejukan wine tu semakin kurang. White wine tu kena served sejuk dan suhu penyimpanan dia -6 C untuk red wine pula 18 C iaitu suhu bilik. Tak boleh kena cahaya matahari nanti rosak. dan sebab itu warna botol redwine gelap. Dan Red wine disimpan di tempat yang gelap. Sebab itu di luar negara dia simpan wine dalam bilik bawah tanah. Dan wine mesti disimpan dalam keadaan menonggeng, supaya wine tu sentuh gabus. Sebab rasa wine tu dicampur dengan gabus.
 
 
Cara Hidang

Seorang pelayan akan membawa wine dan menerangkan kepada tetamu tentang wine tersebut. dari mana ia di import, anggur jenis apa dan tahun bila wine itu. Jangan buka jika tidak dapat sepertujuan dari tetamu itu. Kerana wine yang dah dibuka tidak boleh disimpan. Kata Sir aku, wine tu mesti di sahkan oleh ketua atau 'host' dalam group tu, kalau tetamu yang datang ramai.

Apabila dah disahkan, pelayan akan membuka wine dengan label pada botol wine mestilah dihadap ke 'host' atau ketua. Apabila buka wine jangan biarkan ia berbunyi atau meletop "POP". Buka dengan berhati-hati. Jika tidak boleh buka tanpa alas atau buka sambil pegang, buka dia atas meja. Untuk mengelakkan ia daripada jatuh dan pecah.

Setelah wine di buka, penutup wine mestilah diberikan kepada ketua atau 'host' tetamu tadi untuk 'host' tadi bau aroma wine tersebut sama ada baik atau sudah rosak. Bila sudah ok, pelayan akan mencari wanita didalam itu dan perlu hidang kepada wanita dahulu. Kemudian baru dihidang kepada yang lain mengikut arah jam. Kalau masih ada baki wine didalam botol, pelayan perlu meletakkan botol wine itu di tepi meja atau di bucu meja.
 
Cara Pegang
 
Semasa pelayan membawa botol wine, pelayan perlu membawa dan memegang wine dengan cara memegang bayi supaya wine tersebut tidak berkocak dan menghasilkan buih. Dan label mestilah dihadapan menghadap muka 'host'. Semasa menuang wine, pelayan perlu memegang bawah botol wine dan setelah menuang separuh dari gelas wine, pelayan perlu memusing atau twist ke atas supaya wine tersebut tidak tumpah.
 
Cara Minum
 
  1. Sebelum minum, pusingkan gelas atau buatkan wine itu berpusing didalam gelas supaya aroma wine itu keluar.
  2. Bau wine tersebut untuk mengetahui aroma dan kekerasan sesuatu wine itu.
  3. Minum sedikit dan berkumur didalam mulut supaya wine itu memenuhi seluruh mulut. dari situ, kita akan tahu rasa,aroma,bau dan kekerasan wine itu. Kemudian, telan perlahan-lahan. Untuk kita merasa wine itu sebenar pada selepas minum. Sama ada ia meninggalkan rasa atau tidak.

Dan, selesai !! Yes ! aku dah jadi sedikit Sommelier. Cewah !! Basic thing je pun. Nak teka-teka wine memang tak lah ! hahaha. Gambar yang dekat atas tu gambar Sir aku dan student mempraktikkan service mereka. ^^ Aku tak nak sentuh wine dah sebab aku dah bertaubat .. Cewahhh !!
 


kAMSAHAMNIDA !! !!

13 June 2013

Sedih , Terharu , Gembira



#1 SEDIH


Benda yang buat aku terus sedih dan menangis buat masa sekarang ni aku teringatkan sahabat-sahabat aku yang makin jauh pada aku. bukan tu je, dekat sahabat aku yang dah pergi terlalu awal dan sedang berada disisi pada yang MAHA KUASA. Sumpah aku tak boleh terima. Kenapa harus mereka dan bukan aku.

Kedua, pada member-member aku yang dah lain dan dah berubah perangai dia. Ada yang sebab perempuan, ada yang sebab dah kaya. Ohhh !! come on lahh.. kita kenal bukannya sekejap. Dah lama kot !! Sumpah sedih. aku tak harap pun jadi macam ni. Even silap aku pun, just tell the truth. bukan susah pun. Just jumpa dan cakap depan-depan. Senangkan? ada juga yang tak boleh terima hakikat yang aku jadi diri sendiri.

Please ! jadi diri sendiri more better right? kau nak ke aku jadi seorang kawan yang berdiri bukan pada kaki sendiri? yang plastik? yang kaki bajet? Aku tak paham . Memang orang melayu macam tu ke? suka jelous,kaki mengampu,dengki kaw-kaw,suka jatuhkan orang lain dan suka hipokrit? sorry kalau kata-kata aku minta kaki saiz 12. Ok, aku tau aku siapa, dan nak senang cerita, Aku mengalah dan aku berserah pada kau untuk buat apa saja. Aku sentiasa ada dan sentiasa ada untuk kau. Maaf if aku ada buat salah. No body perfect ok.

#2 TERHARU

Tak ada benda yang terharu buat aku selepas bapak aku call aku bagi semangat dua tahun lepas. Hahahaha.. Kali ni terharu sebab ada hamba Allah ni sentiasa ada disisi aku. Eceh, ayat minta kena pukul je. hahaha.. Syukur sebab aku punya Sahabat. Cukup punya seorang sahabat dari berjuta kawan. Betulkan? siapa yang tak nak ada jika ada orang sentiasa support dan sentiasa ada disisi kita masa susah dan senang? kawan? susah beb.

Bagi aku, kawan ada dimana-mana je, tak pada sahabat. kadang-kadang kita kenal seseorang tu satu hari dan ajak minum dah kira kawan. Aku bersyukur sesangat sebab punya sahabat. Sentiasa ada masa aku perlukannya. Terharu aku dekat kau weh ! Sumpah !

#3 GEMBIRA

Ok, banyak benda buat aku gembira. antaranya, dapat souvenir dari member-member aku, dapat tengok TV rancangan korea,parents belanja makan,orang belanja pergi gym and everything. Tapi kali  ni lain, aku lulus test komputer amik lesen kereta.. kahkahkah.. lawakkan? sebab dah tua baru nak amik lesen. lulus dengan cemerlang kot. 49/50 tu.. Bhahahaha.. menyirap je sahabat dan kakak aku dengar result aku macam tu. Sebab diorang amik test asyik fail dan ulang dua kali test. hahahaha

And yang latest, aku happy sebab akak aku nak tunang. Bukan sebab tu sebenarnya, sebab dia nak bagi aku baju kemeja , suruh aku pakai time even tu. hahaha.. jahat tak aku? seriously aku perlu baju baru. Walaupun abang aku dah beli baju tuk aku. kahkahkah. Yela, semua baju aku besar. Almaklumlah, dah kurus sikit ! hahaha..

Owhhh, terlupa pula, diet Atkins ni pun buat aku happy juga.. :) sebab aku buat diet ni lah aku dapat pakai baju saiz M dari XL.. ceh, nak promote pula kan. Hahaha. oh, i have a meeting ! see u next time !
kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...