My Army ^^

27 September 2013

Surat buat bakal isteri Dzariff Firash ^^



Assalamualaikum buat bakal isteri putera sulung pakcik yang bernama Leesya Wu.
Pakcik buat buat surat ni khas buat kamu si kaki pisau cukur !! *Harap kamu tak menangis bila baca surat pakcik ni. Mula-mula pakcik nak minta maaf dari hujung janggut ke hujung buku lali. Sebab pakcik tahu sesangat-sangat, dan pakcik berani bertaruh !! selepas kamu membaca surat ini, mesti kamu akan menangis. Kalau tak percaya, bacalah sampai habis.

Pakcik tahu nama sebenar kamu, Leesya Wu. Pakcik juga tahu tempat lahir,tarikh lahir dan segalanya, termasuklah makanan favret kamu. Psycho tak pakcik ?? mesti kamu ketakutan sekarang kan. pakcik tahu sebab pakcik selalu stalk FB kamu. Pakcik Add kamu tapi tak approve, tapi dapat follow je. Pun boleh .

Pakcik rasa pakcik dah lari jauh sangat dari topic asal. So, kite straight to the point. Pakcik just nak bagi tahu, pakcik tahu kamu dah kenal Dzariff Firash dari semester 2. Dah dekat 4 tahun kamu bersama dia, tapi pakcik tak pernah jumpa kamu. Kemudian pakcik dapat tahu yang kamu bakal bernikah dengan dia. tu yang buat pakcik terkejut tu. pakcik dah siapkan syarat-syarat untuk kamu sebelum kamu bernikah dengan anak pakcik. Check it out !!

1. Mesti tahu masak crème brulee sebab itu antara favret Dzariff dan pakcik.
2. Bila masak Chinese food pakcik nak kamu buat Flambe.
3. Ramekin untuk buat Crème brulee mestilah berkualiti.
4. Pisau yang digunakan di dapur mestilah jenama Zwiling atau Global. Victorinox pakcik tak layan ok.
5. Mesti tau 5 mother sauce.
6. Jadual pemakanan Dzariff mestilah tepat, dan pastikan dalam seminggu ada 12 jenis masakan berbeza dari beberapa buat Negara yang Dzariff suka.
7. Seminggu sekali mesti ada homey Pizza.
8. Baju dia, mestilah menggunakan sabun Downy dan comfort.
9. Paling penting !! jangan cari masalah dengan Dzureen Fazlin iaitu adik kesayangan Dzariff Firash dan anak kesayangan pakcik.
10. Yang terakhir, bahagiakanlah hubungan kamu berdua.

Senangkan?? Pakcik bukan seperti pakcik yang lain, minta bukan-bukan. Tapi pakcik yakin, kamu mesti dah menangis bila sampai yang nombor ke 5. Pakcik tahu kerjaya kamu bukan seorang Chef, tapi seorang Pramugari. But, if u love someone u can do everything right?? Lau betul kamu sayang dia dan cintakan dia, belajar semua tu. tak susah pun. Bila dah buat semua benda tu, pakcik nak kamu datang jumpa pakcik dan test masakan kamu. Kamu hanya ada masa sebulan 15 hari je. Kalau tak lepas test tu, dalam mimpilah kau nak kahwin dengan dia !! kejam kan?? Kejam angat ~~

Tapi kamu lagi kejam. Sebab hantaran kamu minta 15k serba terlentang. Pakcik tak tahu terletang macam mana kamu minta. nak itulah,inilah !! pakcik tahu dari FB kamu juga. Semua benda kamu cerita. Banyak pula tu yang like dan komen. Ok, pakcik dah malas nak menaip. Sampai disini saja. Apa-apa hal, just wechat pakcik je. Cari dekat FB pakcik ok. Baii !!

Daripada
Dato' Fazley Zahri
                     

kAMSAHAMNIDA !! !!

24 September 2013

The Last ^^






[Guy]
I love you.
[Girl]
Hey! How many were there before me?
[Guy] 
What do you mean?
[Girl]
How many girls did you love before me?
[Guy]
Love, five, I loved five women before you.
[Girl]
What were their names?
[Guy]
Who? What? When? Where? Why?
[Girl]
Can you tell me about them?
[Guy]
Who I loved was a girl from college. I wasn’t exactly close to her, but with some superficial facts and a few interactions over a semester, you know, like most guys fantasizing over a girl they barely know, I filled in the blanks like a fairy tale author. And who she became in my head, was probably more than the reality. She was a third year sorority girl. Yeah and I was an infatuated freshman, sure, but the several times we got to spend together outside of class, it really allowed me to see she also had a good heart and a bright spirit. The only problem was, so did just about every other guy. And while she turned me down nicely, I swear there were times when it seemed like the cliche sorority girl may have felt something for the typical, awkward freshman.
What I loved was an old friend, but she was much more than just a friend. We met early in college, kept in touch through the years after. We saw each other grow and change and through multiple relationships. I saw her different boyfriends come and go. She was also there for every girlfriend and breakup of mine.
Personality, humor, taste, it was all there. Her and I were almost perfect. The only thing that wasn’t perfect was our timing. We were never single at the same time. What we loved about each other was never enough to leave who we were with. This is something we eventually had to face and accept, and we had to leave behind what we had.
When I loved was my first girlfriend in high school. It’s a bit unfair because she embodies the combination of both love and youth. The feeling of young love is unique and impossible to replace or replicate because we can only be that age once. High school was a time of innocence, discovery, and adventure. We shared these three elements together in things like our first kiss, late night sneaking out, and matinee movies, all of which now have become a nostalgic love, preserved in a time neither of us can touch, but know was there. Even though we were just kids, there’s not a doubt in my mind that when we were there, we were in love.
Where I loved was the girl I met in Los Angeles. I never intended to stay there that long. It was just a six month internship after graduating. But it all changed when I met her. Soon, a year had passed, and somehow, another year after that. I couldn’t leave the city. I couldn’t leave her. Maybe it was my desire to be on my own or prove something to everyone back at home, but she helped me accomplish it over there with a relationship reflective of the city we were in, an new energy, new experiences, that really pushed me to mature more than anyone or anywhere else. When people ask what city I love the most, I say LA. The city where I lived the most.
Why I loved was a close friend of mine who passed away. She told me after she was diagnosed that death was not what saddened her the most, but the fact that she never really felt like she had fallen in love. She wouldn’t get to have them emotions, good and bad, of being hurt and of being held. After she passed, those words stuck with me the most, teaching me to see that one of the great gifts we have of being alive is the ability to give and receive and even lose love. There are so many like her, whose lives end before having any of those experiences. What a waste if we don’t strive to love in our lives. She made me understand why. Why waste this life not loving?
[Girl]
I understand now.
[Guy]
You’re the sixth.
[Girl]
Sixth, so which one am I then?
[Guy]
You’re none of them because you’re all of them. You are who I love; the girl on the pedestal, the fantasy the make-believe things that are actually true. You are what I love; the depth, the inside jokes, the best friend. You are when I love; a new history is being started with you. We are the young lovers our older selves will someday reminisce about. You are where I love: because I’d go anywhere, just to be with you. You are why I love: because before you, I didn’t truly understand what I was looking for. Now that we found each other, you’ve given my past and future meaning. You are the sixth. You are the last.
[Guy]
So, how many were there before me?
[Girl]
Five is all.
[Guy]
What were their names?
[Girl]
Who? What? When? Where? Why?

kAMSAHAMNIDA !! !!

18 September 2013

kenapa dengan aku




semakin lama aku makin keliru..
apa yang patut aku kejar dan apa yang patut aku buat..
3 tahun aku habiskan masa aku untuk kejar cita-cita dan impian aku masa aku remaja..
aku dah tak tahu apa halatuju aku.. 
umur makin meningkat..
ye.. aku cemburu bila kawan-kawan aku menuju terus kejalan yang mereka pilih..
aku lagi jatuh bila mereka yang anggap aku sebagai seorang yang boleh pergi jauh dalam bidang yang aku pilih..
tapi sekarang aku melencong dan terus melencong..
aku sedar aku melencong.. tapi aku tak tahu apa yang patut aku buat..
langkah apa yang aku perlu buat untuk menuju jalan yang aku patut pilih..
sebab aku tak pasti ini ke yang aku pilih selama ni.. 
impian aku selama ini apa??
 kerna apa aku habiskan masa aku selama 3 tahun itu ?? 
ye.. aku memang cemburu bila mereka yang berjaya dalam bidang yang aku impikan.. 
aku nak jadi seperti mereka.. 
tapii..
aku perlu seorang yang mahu memberi inspirasi pada aku.. 
tapi tiada..  
aku manusia biasa..
 ye.. aku sedar aku manusia biasa.. apa yang patut aku buat dan lakukan?? 
aku lemah.. 
aku tak kuat.. 
aku senang mengalah dan senang terpengaruh.. 
aku perlu dia , dia dan Dia..



kAMSAHAMNIDA !! !!

04 September 2013

Wind chimes, Taksub, Baking ^^

Assalamualaikum




Ehem-ehem !! sakit tekak la pula. Hye readers !! Annyeonghaseyo ~ korea pula kali ni. Aku nak share something ni. kalau berkenan teruskanlah membaca, kalau tak berkenan tu pegang mouse, click button pangkah sebelah kanan tu (ops !! relax-relax)

Ramai yang tahu kan cerita yang ditayangkan dekat youtube tu. Pengarah dari korea, pelakon Malaysia dan tempat pun di Malaysia. Kalau tak tahu, aku rasa korang tak up to date !! tajuk dia “WIND CHIMES IN BAKERY”. Aku rasa cerita ni dia buat sebab nak promote handphone Samsung S4 tu. Lupakan.

Cerita ni best !! bunyi macam tak logic kan satu episode hanya 6-7 minit. Kalau ada pun mesti merepek. Tapi ini tak. Jalan cerita dia memang best. Ramai yang komen, biar betul 7 minit?? Macam bodoh je. Tapi bila dah tengok ramai komen puas hati dan tak sabar nak tengok episode yang seterusnya. Sekarang dah ada full episode dah. Semua 8 episode. Episode last tu lama sikit. Dalam 14 minit macam tu.

Aku nak update entry ni bulan lepas. Tapi tak ada masa. Bianhe !! jangan fikir aku ketinggalan zaman ke apa. Sorry ok !! aku orang yang up to date tau. (emo kejap) . sebab aku terlalu layan cerita tu, aku pun carilah resipi roti tu. Cari punya cari, ade jumpa resipi asal yang digunakan dalam cerita tu. Hebat tak?? Hahaha. Nak tau resipi?? Ambik ni !!




Nak tahu dapat dari mana?? Sudah semestinya rahsia !! dah bagi ambil jela. Roti yang aku buat naik dengan cantik je. Rasa pun sumpah sedap. Aku buat sendiri inti kacang merah tu. Kalau ikut resipi asal, beli yang dah siap. Trylah buat, bukan susah pun. Resipi tu comfirm betul punya. Nak tengok aku punya roti ?? ni ha.






Note : kalau nak cuba, di alu alu kan.. :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

Movie !! Movie ~

Assalamualaikum


Yoyo !! what’s up what’s up bro (pegang microfon,gaya poyo macam rappers) hoho, agak lama aku tak update blog. Maafin gua deh !! enggak sengaja dong. Aku ni dah kenapa?? Start-start dah macam orang nak minta kaki saiz 10 lak kan. Ok, malas nak cerita panjang la, aku saja je nak update blog harini, sebab tetiba rajin.

Tajuk entry kali ni bunyi macam dah lapuk, tapi siapa kesah der !! blog aku kan?? Dah terang-terang tulis “OFFICIAL BLOG FAZLEY ZAHRI”. Tak suka?? Bla lah !! hehehe. aku maybe terlebih kafein harini, tetiba lak nak cari gaduh. Dah banyak melalut ni, check this out ~

The Wolverine



Cerita ni aku tengok dengan bestie aku , oh !! sweetnye. Masa tu beberapa hari nak raya, rancang memang nak tengok movie, tapi bestie aku sorang ni lak kata tak nak. Rayau downtown je. Saja jenjalan usya awek. Pastu rasa macam bosan, kitorang pun pergilah jalan ke Mines. Tempat tu dah tutup dah, dalam pukul 11 macam tu, bestie aku tak tahu nak tengok movie, die ikut je. Sampai sana, apa lagi. kitorang paksa die gak. Hahaha. Back to the movie, malas nak cerita panjang, aku bagi rate 4 star je, sebab die perburukan Jepun.

Percy Jackson : sea of monster



Cerita ni aku tengok dengan bestie gak, tapi berdua jela. Yang lain semua sibuk. Tak rancang pun. Pergi jalan-jalan, rasa bosan pastu decide nak pergi tengok movie. Apalagi, redah jela. Aku bagi rate 3.5 star sebab cerita freemason or iluminati. Tuhan ada anak la, mata satu la. Cerita ni pernah jadi isu dan tak patut tayang dekat Malaysia, alasan dia kanak-kanak senang terpengaruh. Bahaya woo..

The Conjuring




Cerita hantu yang orang kata seram. Padahal tak seram mana pun, sound effect dia je yang gempak. Buat orang meremang bulu roma. Banyak scene yang mengejut gak. Aku bagi rate 4 star sebab jalan cerita menarik. Aku tengok dekat laptop je, bestie aku download. Heee


Now you see me




Cerita ni paling gempak !! sebab kisah pasal magician. Jalan cerita tak bosan, sebab kita tak aspect apa yang jadi lepas tu. Lepastu, banyak trik-trik magic dan plan dorang buat. Hebat woo. 4 horsemen or 4 magician tu semua ada kehebatan die tersendiri. Kaki pukau la, skil magic la, macam-macam. Wajib tengok !! cerita ni pun bestie aku gak yang bagi. Aku bagi rate 5 star. Lau 10 star rate die, aku bagi 10 star. Gempak kot !!

KL Gangster 2




Aku tak layan sangat cerita melayu ni. tapi dah kecoh orang kata best, aku pun layan la. Ramai kan yang tau cerita ni tak tayang lagi dekat pawagam. Yang tengok semua download. Mengamuk pengarah dia, siapa tak mengamuk, cerita tu boleh dapat kutipan tinggi kot. Last-last orang boleh tengok free je. Kesian. Aku bagi rate 4 star je. Sebab bahasa yang dia gunakan poyo la. Lepastu melambangkan orang melayu ni macam pengganas,mafia dan gangster besar. Scene banyak fight , so aku layan sikit. Jalan cerita pun not bad.

Kick-Ass 2




Hoho, cerita paling kelakar aku pernah tengok dekat pawagam, aku gelak memang kaw-kaw. Ada ganas, jalan cerita pun not bad, lawak pun lawak tapi lucah dia lebih pula. Tak sesuai tuk kanak-kanak, sebab bahasa kasar banyak digunakan. Aku bagi rate 4.5 star sebab buat aku gelak. Aku tengok dengan kawan kolej aku, dia belanja. Heee

R.I.P.D




Cerita ni boleh tahan la. Sebab ada fight. Jalan cerita best, tapi silap satu je. Ending die tak best. Kelakar dia pun not bad. Yang tak best, dia ada kaitan dengan hari kiamat atau orang putih panggil jugdement day. kena jadi polis untuk “rest in peace department” sebab boleh backup amalan baik masa hari kiamat tu. Tak sesuai untuk kanak-kanak juga. Aku bagi rate 3.5 sebab cerita dia ada banyak kalut. Yang best sebab CGI dia hebat.

Ok, aku rasa macam dah malas. Banyak benda aku nak update, tapi mungkin lain kali kot. Majlis tunang kakak aku,hangout, iftar dengan bestie, open house dan raya aku nak kena cerita. Nanti ade masa aku update. Bon appétit !! tetiba lak.. hahaha
kAMSAHAMNIDA !! !!

03 September 2013

Utamakan yang ada ^^

Assalamualaikum



"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”



Note : Kekalkan yang lama,rapatkan yang baru :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

26 July 2013

Hobi atau Collection ??

Assalamualaikum

Hye.. Sihat?? amacam puasa ? penuh tak ? *Soalan macam sorang bapa anak 5 kan. Ok, straight to the point lah. Nampak tajuk tu ? starting aku sekarang memang macam ni ok. tak habis-habis "Nampak tajuk tu ?" itu je. Tak boleh buat apa dah, dah biasa. Sorry readers !! Bianhe~

Ok, berdasarkan pada tajuk tu . *Ayat skema jap. Aku nak kata Hobi, memang hobi aku gak. nak kata Collection pun ye juga. Macam mana tu ?? ambil dua-dua lah senang. Aku tak tau benda ni dikira pelik atau biasa je. kalau pernah terjadi dekat korang, maknenye tak peliklah. nak tahu apa yang aku suka simpan dan boleh dikata kan hobi? check bawah ni.


Balang memori~ *Puas aku pikir nama, dapat gak.




Nak tahu kenapa Balang Memori ?? sebab balang tu dulu aku pernah gunakan untuk competition. satu-satunya balang yang aku boleh ingat pasal competition. sebab dia besar dan boleh isi benda-benda kecil macam souvenir dari member aku. aku pun letaklah souvenir tu dalam balang tu. banyak giler kot. semua yang ole-ole dari member aku bagi start zaman sekolah, semua ada aku simpan. Keychain, button, anak patung semua ada dalam tu. benda yang boleh mengembalikan kenangan dekat aku bila aku tengok, semua dalam tu. sebab tu nama dia balang memori.

Majalah E-pop..




Hahaha. Korea ?? kenapa dan kenapa ?? Sebab aku suka korea !! jawapan berani mati ok . Ye, aku suka korea. Asal ?? tak suka ?? bla ah !! siapa kesah. itu aku, bukan kau. *tetiba emo. ok, majalah ni banyak lagi sebenarnya. Tapi, aku ambil mana yang terdekat je. sebab nak ambil gambar. Setakat ni tak banyak yang aku tetinggal, tiap bulan aku beli. murah je pun, baru Rm4.50 satu. kadang-kadang Rm4.00. Banyak lagi majalah yang aku beli, tapi ini diutamakan. sebab ?? suka hati akulah .


Topi Chef..




Nampak ?? jangan main-main. *muka Serius. Cehh, setakat topi chef je pun. empat ketul je pun. Kenapa topi chef ?? sebab aku impikan kerjaya sebagai chef. dari kecik aku suka jadi chef. nampak hendsem bila pakai topi tinggi duk dalam dapur dengan baju putih bersih berserta stail memasak yang gila ohsem !! Setiap Topi ni ada cerita memasing. Cewahhh !! macam trademark iklan camera tu, setiap gambar ada lagu. tapi ni version aku. kekekeke.

Cerita topi tu ada banyak sangat, tapi aku pendekkan dan buat ringkasan dan rumusan. ceh !! macam budak sekolah. Setiap topi tu aku pakai masa aku pergi competition. yang maggi tu competition di Penang. yang gas tu competition di Kelana jaya. yang logo CAMP tu, competition dekat KLCC. dan yang satu lagi yang kosong tu aku ambil masa pergi intern dekat Cherating. nak tahu selebihnya, Blog walkinglah. :)

Dah baca semua ?? tahu nak pilih sama ada Hobi atau Collection ?? bagi aku kedua-keduanya. dah petang ni, nak keluar kejap. adioossss ~



Note : Tak pelikkan ?? Normal je kan ?? 
kAMSAHAMNIDA !! !!

23 July 2013

Idaman, Kempunan atau Impian ??

Assalamualaikum




Good morning ~ pagi-pagi lagi aku update blog ni ha. Semangat tak semangatlah kan. Nampak tajuk entry tu? nampak gambar kat atas tu? haaaa. itulah dia. itulah idaman aku. idaman kalbu ok . Kempunan pun ada gak. Segan sebenarnya nak cerita, tapi apa ada hal, biar malu kat dunia jangan malu kat akhirat. Cehhh, nak jadi imam muda pula aku pagi-pagi buta ni.

Mini cooper !! itulah kereta yang sentiasa aku impikan sejak aku masuk kolej 3 tahun lepas. aku tak tau macam mana aku boleh melekat macam gam gajah dengan kereta yang ceciput keciknya dan mahal macam hantaran anak raja harganya. ingat dulu, masa aku ada kelas akaun hospitaliti, lecturer aku suruh buat 3 hajat. *aku tak tahu nape die suruh kami buat.

"Saya nak kamu senaraikan 3 hajat apa yang kamu nak."

Aku pun tulislah.

  1. Nak dapat A dalam kelas akaun.
  2. Nak beli Mini Cooper hijau.
  3. Nak jadi exec. Chef masa umur 20-an.

Bila aku baca je hajat tu, semua gelakkan aku. mula-mula dorang sebut "waaaaahh" sebab aku nak dapat A, lepas tu ketawa kaw-kaw sebab mini cooper tu. Cisss !! Jatuh saham aku bhaiii . Tapi aku cover macho, kereta mahal macam tu aku still boleh cover macho en. Lainlah kalau aku nak beli kereta kancil ke kan. Memang jatuh saham aku. Buat hajat minta kereta kancil, apa buang tebiat ke kau ?? haha.

Ok, mesti pelikkan kenapa warna hijau ? aku dulu taksub dengan warna hijau, lepas tu, aku dengan kawan kolej aku, siap pilih nak warna apa. masing-masing target nak beli mini cooper. Sebab nya , kereta tu cute. itu je. kereta tu besar dia macam besar lubang hidung je. Aku pun pilihlah kaler hijau. 

Kegilaan kitorang ni makin menjadi bila kami pergi Penang. Time tu aku ada Competition masak, ada masa nak lepak dengan member aku. jalan punya jalan, terjumpa tempat jual mini cooper. menjerit-jerit juga lah dorang bila nampak. kalah histeria bhaii.. Almaklumlah.. perempuan pula. Masa tu ada mini cooper versi baru. nampak besar sikit. tapi sumpah cantik. KItorang pun apa lagi. ambil kesempatanlah. berdiri sebelah kereta, amik gambar. Lawak kan??

Pasal hajat tadi. Alhamdulillah satu hajat aku termakbul. hajat pertama sekali. *Bangga sekejap. Sebab kawan aku tak caya aku punya hajat makbul. Banyak yang idamkan, tapi ini yang paling utama. Harap dapatlah benda ni. kalau betul dapat, aku buat kenduri kahwin besar-besaran. bersanding dalam kereta tu . Melampau benor la pulakan. For last, usya pic bawah ni :)




Note : Aku harap satu hari nanti aku dapat bawa dia jumpa mak dan abah aku.

kAMSAHAMNIDA !! !!

Anak Bapak atau Gaya Bapak ??

Assalamualaikum




Aku jumpa gambar ni semalam. Lama jugak aku usya gambar ni. betapa cutenye anak diorang tidur. lama-lama aku tengok, baru aku perasan yang gaya baby-baby tu tidur sama macam bapak dia. aku pun mulalah meroyan nak ada baby. wakakaka. Perasan jap. Tajuk entry ni sebenarnya cara pemikiran aku. anak bapak sebab tidur dengan bapak atau anak mak yang ikut gaya bapak. pikirlah sendiri.



Note : orang kata anak bapak tu kuat ?? hurmm

kAMSAHAMNIDA !! !!

20 July 2013

Dulu dan sekarang ^^

Assalamualaikum


Hye kepada readers setia aku ni :) .. tajuk entry kali ni 'Dulu dan Sekarang'. Entah apa je kan. Sebenarnya nak cerita pasal blog aku ni ha. Dulu rupa diaa macam mana. sekarang macam mana. itu tujuan sebenarnya.

Ok, Aku tunjukkan beberapa gambar blog aku yang sebelum ni. bermacam cara aku buat dan tukar. check it out !!



Tajuk blog lama aku memang sakai dulu.. panjang kot. ni ha tajuk dia 'My Journey.My Way.My Passion' . kelakar kan?? jangan gelak eh !!








Haa.. banyak kan?? ada lagi satu, sebelum aku tukar yang aku pakai sekarang ni. tapi tak sempat nak ambil gambar dia. aku buat lebih simple sebab senang nak baca. tak adalah nampak semakkan. ni dengan daun jatuh bagai, nak baca pun malas !! aku buat simple sebab ada seorang blogger ni ajar aku. blog dia simple jugak. dan buat aku tertarik nak buat simple. tak yah kenal lah siapa dia. ;) Kali ke dua lepas sahur aku update blog.. mengantuk bahh !! tak tidur lagi ni.. tidur dulu :)





Note : Selamat pagi, selamat bersahur dan selamat berpuasa !!
kAMSAHAMNIDA !! !!

19 July 2013

Kalaulah ~

Assalamualaikum




Hurmm.. kali ni aku nak serius sikit.. *Muka ketat.. Sebenarnya macam ni, sekarang cerita ni tengah famous dekat astro channel one HD. Harap korang tahu cerita ni. Siapa tak tahu memang ketinggalan zaman. *Jangan marah ok. Tajuk dia "I hear your voice." Jalan cerita dia sememangnya best !! . Cita ni dah lama dah, dalam bulan 5 haritu, tapi baru tayang dekat Malaysia awal bulan 7 haritu. Ok, Mesti tetanya-tanya kan asal tajuk entri ni ada kene mengena dengan cerita ni.

Hero cerita ni nama dia Park Soo Ha lakonan Lee Jong suk. Watak yang dia bawa ni best. Seorang budak yang boleh baca fikiran orang. atau dia boleh tahu apa yang kita fikir kan. Maknanya dia boleh tahu rahsia orang lah !! Siapa yang tak nak ada kelebihan macam tu.

Kalaulah aku ada kelebihan macam tu..

Aku nak guna kelebihan tu kat sahabat aku. or maybe dekat kawan aku. dari situ aku boleh tahu apa yang diorang fikir dan katakan pasal aku. kan senang kalau kita tahu, sebab kita boleh kenal diorang lebih rapat dan kita juga boleh tahu siapa yang muka bertalam-talam. kan ??

Kalaulah ada kelebihan tu..

Aku juga nak gunakan dekat lecturer aku, haaaaa.. senang aku faham apa yang dia ajar dan cuba untuk sampaikan. tak pun, aku boleh tahu soalan exam apa yang keluar !! boleh dapat 4 flat dan dekan setiap sem. *Jahatkan aku !!.

Kalaulah ada kelebihan tu..

Aku nak gunakan untuk customer yang datang ke kedai makan aku. boleh aku tahu rasa macam mana, apa yang dia suka, apa yang dia nak, dia elergik dengan apa dan semua-semuanya. Barulah kedai aku tu famous !! *Jangan jeles ok !!.

Tapi !! Semua ni tak ada !! dah banyak aku melalut time sahur ni. mungkin mamai tidor aku masih belum habis kot. btw, nak tahu siapa Lee Jong suk?? niha !!





Note : Selamat bersahur !!
kAMSAHAMNIDA !! !!

Normal atau Aneh-aneh ??

Assalamualaikum



Tengok pada tajuk entry macam entah apa-apa je kan. sebenarnya macam ni, gambar yang aku letak ni ada kena-mengena sebenarnya dengan tajuk entry tu. Nape?? Jangan rasa pelik pula. aku cerita dulu ok. korang just baca senyap-senyap. sebenarnya macam ni, aku tak tahulah, kenapa semenjak aku masuk umur 21 tahun ni, kepala aku asyik fikir baby je. Jangan ketawa ok !!

Kadang-kadang bila aku keluar pergi jalan-jalan, aku mesti tumpu dekat baby, maksud aku pandangan aku pada baby lebih. Aku suka pergi funfair but aku pergi sana dengan sahabat aku semata-mata nak tengok budak-budak. Sama dekat rumah juga. bila aku tengok TV. bila iklan pampers or yang ada kaitan dengan baby, mesti aku rasa macam besemangat je nak tengok. kadang-kadang tu, aku terbayang yang aku ada baby.

Yang peliknya, Aku tak suka sangat dengan budak yang umur dia atas 5 tahun. rasa macam semak pula. tapi bila dengan baby, aku semangat nak pegang dan dukung. Jiran umah aku, orang indonesia, aku rajin main dengan baby dia yang baru sebulan lahir. Rasa macam dia bahagiakan hidup aku je. Normal ke aku ni?

Aku ada baca blog seorang ni, dia pun cakap. "Aku dah fikir pasal baby dan teringin nak baby, padahal aku baru umur 21 tahun." Aku rasa pelik sebab bukan ke, orang yang umur dia 21 tahun lebih fikir pasal diri sendiri ? maksudnya fikir masa depan sendiri but bukan pasal kahwin semua tu. Hurmm.. entah lah..



Note : Suka tengok baby yang suka senyum .. Tomei gila !!
kAMSAHAMNIDA !! !!

15 July 2013

Pengalaman Intern / Bakeri

Assalamualaikum



Ehem ~ *Urut tekak sebab haus. Hye !! Akhirnya ~ setelah beberapa bulan aku habis intern aku. Baru terbuka pintu hati aku untuk menceritakan pasal intern aku beberapa bulan lepas. Maaf lah dah lama tak update entry pasal makanan or what ur ever. Sekarang ni aku nak cerita, sediakan tisu untuk mengesat air liur, sebab entry kali ni aku nak ceritakan pasal makanan. *Macam minta kena bakar lak aku ni.

Firstly, aku nak ceritakan pasal satu favorite department tempat aku intern dulu. Nampak tajuk entry tu mesti tau kan? Yes !! bakeri. Masa aku intern dulu, chef bakeri tak habis-habis minta aku masuk tempat dia untuk menuntut segala ilmu buat roti. Nampak tak? Aku ni bukannya hebat pun, tapi chef bakeri ni buat aku rasa macam aku ni hebat je. *Perasan jap.

Ramai chef dekat sana sibuk duk suruh aku masuk department diorang sebab nak ajar aku. Aku pun pelik. Ada yang request dekat exec. Chef suruh aku masuk department diorang. Banyak-banyak department, ada berapa department je yang aku suka masuk. Nak tahu? Tunggulah aku update entry baru. *jangan marah ye.

Bakeri. Department yang hanya ada seorang chef. Dalam sehari kena sediakan 16 kg doh untuk makan tengahari dan makan malam. Breakfast, roti lain pula. Nampak dua chef dekat atas tu? Sebenarnya dua-dua chef bakeri. Jangan confuse pula. Gambar yang pertama tu chef Wahyu, dari Indonesia. Dia kerja agak lama juga. Tapi aku tak sempat belajar buat roti dengan dia. sebab aku masuk department tu dekat nak habis intern. Dia resign sebab dia nak balik rumah nak jumpa anak dan isteri dia.

Kawan aku sempatlah belajar dengan dia. masa tu, aku famous sebagai budak butcher. Sebab exec. Chef aku tanya department mana aku nak masuk. Aku minta western. Sebab tu aku disumbatkan dalam butcher, for basic sebelum aku dicampakkan ke hot buffet. Chef yang kedua tu chef bakeri juga, nama dia Chef Heru, Dari Indonesia juga.

Bila schedule baru tiap malam ahad keluar, bila nama aku dekat bakeri, mesti aku datang awal. Kalau biasa kena datang jam 9 pagi untuk department lain, tapi untuk bakeri aku datang jam 6 pagi. Jangan terkejut ok. Ye, aku tahu, aku ni budak intern. Tapi aku tak kesah sebab aku sendiri yang nak datang. Bukan senang tau chef nak bagi ilmu.

Bila aku datang, aku kena timbang sendiri tepung dan bahan-bahan buat roti tu. Berapa sukatan air dia, bayangkanlah dalam keadaan mengantuk aku duk menimbang tepung untuk buat 16 kg doh roti. Memang sakit. Tapi pengalaman tu sumpah berharga . Dekat sini roti semua kena fresh,maksudnya kena buat hari itu juga. Kalau tak abis, kena buang serta-merta. Sebab tak bleh guna untuk esok. Nanti tetamu komplen.

Ada seorang exec. Chef ni, dari Mauritius. Datang pagi-pagi masuk bakeri. Nampak aku je macam pelik. Dia buat muka. Then dia tanya.

“Dzul, What time you come here ?”.

“6.00a.m chef ?”.

“What !!? 6.00a.m? are you serious?”.

“Yes !! “.

Dia terus bla. Mungkin dia tak percaya. Sebenarnya exec. Chef tu tak berapa suka dengan aku dulu. Ok, berbalik pada department bakeri tadi. Lepas aku siap doh roti tu, chef tu suruh aku timbang untuk asingkan sikit-sikit doh tu,sebab nak buat dalam 9 jenis roti yang lain rasa. Dari 16 kilo. Kau bayangkanlah. Aku redha je. Bila dah siap, kena campurkan doh roti dengan bahan kering macam coklat putih,coklat,bijan,rumpai laut dan sebagainya.

Dah siap, aku kena bentukkan pula roti tu. Lepas tu sembur dengan air, sebab oven tu bukan jenis oven bakar roti yang ada wap. Nampakkan gambar bawah ni.



Kemudian, aku jaga buffet. Semua roti-roti untuk breakfast macam croissant, Danish,bagel,muffin semua aku kena jaga. Dah habis je aku kena masuk dapur ambil roti lagi. kalau ramai tetamu luar Negara macam Perancis dan orang barat, memang sakitlah. Lagi-lagi Perancis, sebab diorang ni makan macam makan chipsmore. Ni gambarnya.



Kalau dalam schedule aku tak ada department bakeri, aku selalu gak tolong chef Heru buat doh keras atau hard dough untuk buat display. Macam yang dekat bawah ni ha. Kadang-kadang terlebih waktu kerja aku tolong dia. sampai exec. Chef dari Morocco tu terkejut sebab aku tak balik-balik lagi.




Pernah dulu kantoi dengan exec. Chef lagi sorang yang dari Mauritius tu, sebab aku tak keluar rehat. Dia tak marah sebab dia tahu aku suka buat hard dough. Kerja cat-mengecat doh roti memang  favorite aku, sebab aku suka seni. *Perasaan jap. Banyak roti yang aku belajar dekat sana. Roti favorite aku yang dekat bawah ni ha. White chocolate bread. Sumpah sedap. Aku pernah request dekat chef Heru untuk buat satu roti tu untuk aku. Dan, roti bawah ni yang ada nama aku nilah dia bagi.




Rasa dah tak ada lagi dah nak cerita, dan rasa dah macam aku buat karangan pula. Ok, setakat ni je cerita aku. By the way, tempat aku intern ni ada banyak department. Berbelas jugalah. Nak tahu department lain. Follow my blog and leave some comment or your link for BW.





Note : Still boleh tahu bau department tu. Semerbak bau roti yang dibakar dalam oven.



kAMSAHAMNIDA !! !!

Aku , Bazaar dan Makanan

Assalamualaikum





Alhamdulillah. Cukup 6 hari puasa dah. Hope readers aku yang setia ni pun penuh puasa setakat ni. Dalam keadaan yang bosan ni. tetiba pula aku nak meng-update blog. Aku ada usya cerita-cerita lama dalam blog aku ni. Ya Allah, meluat pula aku tengok. Sakai kan. Lagi-lagi yang tahun lepas punya. Tulisan macam haram jekan. Nak guna ayat pendek konon. Tapi teruk. Pernah dulu aku dapat komen dari FB.

“Boy, Bagus blog kau ni. tapi ayat sms kau aku tak paham. Better formalkan sikit.”

Terima kasih kerana bagi feedback. Rasa macam nak bakar je blog ni. Dan, aku dah ubah tulisan blog aku ni kepada formal. Senangkan nak baca. Macam mana puasa korang setakat ni ? best ? bagi aku puasa setakat ni best. Yang tak bestnya bila pergi bazaar. Pergi bazaar best, tapi hasil dari pergi bazaar tu yang tak best. Sebab apa, ramai peniaga yang jual makanan dan air ni suka menipu.

Terutama yang jual kuih-muih ni. Nampak cantik, tapi bila makan~ indah rupa dari rasa bhaii. Ada yang lebih tepung, ada yang tak letak gula. Aku tak faham betul. Nak berniaga biarlah jujur. Jangan menipu !! nak cari duit pun biarlah berkatkan. Berkat ke kalau orang makan pastu menyumpah yang makanan kau tu tak sedap?

Aku bila pergi bazaar, aku beli air dekat orang yang aku kenal je. Member-member aku lah yang jual tu. Aku lebih percaya dengan dorang. Sebab dorang peniaga tegar. Maksudnya bukan bulan puasa pun, dorang niaga. Dari orang lain, bila bulan puasa je niaga. Sebab tu tak sedap. Kalau ada yang sedap pun jarang jumpa. Mak aku kata better buat sendiri dari beli, lagi puas hati. malas dah aku nak cerita pasal bazaar ni, hilang pula mood aku nak menaip nanti.

Setakat ni  15 food yang aku rasa bulan puasa je yang sedap dimakan :

1. Nasi kerabu
2. Nasi tomato
3. Nasi dagang
4. Kuih lompat tikam
5. Tepung pelita
6. Bubur manis
7. Kuih bakar
8. Tepung gomak
9. Kuih koleh kacang
10. Pulut kuning dan rendang
11. Pudding berkuah
12. Ayam percik
13. Kuih cara/berlauk
14. Gulai kawah
15.  Laksa

Itu untuk setakat ni jelah. Lepas ni banyak lah kot. aku dah biasa dengan makanan pantai timur, semua makanan pantai timur aku boleh makan. celah Pahang dan Terengganu tu, memang semua makanan sana favorite aku. Lagi-lagi nasi kerabu,nasi dagang dan satar. Walaupun dah 7 bulan aku tak makan nasi, tapi sebab nasi kerabu dan nasi dagang, aku rela makan. sebab 2 nasi tu je aku tak sanggup lepaskan.

Semalam aku dah plan dah nak makan bakso, sebab aku tak nak makan nasi. Tapi nasi kerabu tu seakan berkata “Marilah beli aku.”  . ingat boleh tahan, last-last nafsu makan aku dapat kalahkan aku kali ni. haduiii. Tapi nasi kerabu tu aku makan dalam 4 sudu je. Sebab aku memang tak boleh makan nasi. Kalau aku makan nasi lebih sikit, perut aku sakit then mulalah diarrhea.

Aku tengah cari at bazaar mana ada jual nasi dagang. Kalau tak ada, terpaksalah aku tunggu masa nak raya nanti. Lambat lagi tu nak tunggu raya . tiap-tiap tahun ,wajib ada nasi dagang ni dengan sate goreng. Fuhhhhh ~~ meleleh air liur aku . makanan mak aku buat memang sedap. Kawan aku pun kata sedap, lagi-lagi sate goreng. Hehehe.

Kenapa nasi dagang??
Sebab parents aku dari pantai timur. So, aku dah biasa makan benda tu. Lagi-lagi guna pulut. Memang favorite akulahh.

Kenapa sate goreng?
Sebab sate goreng tak ramai boleh buat. Ramai minta resepi dari mak aku, tapi jangan harap lah dapat. Sebab turun-temurun ok. Aku je tahu resepi dia apa. Rasa dia memang not bad. Kalah sate bakar tu.

Kalau rasa macam pelik je bunyi sate goreng tu, atau tak pernah dengar atau makan, dijemput raya nanti datang rumah ok. Nak buat tempahan pun boleh. Sebab mak aku pernah buat tempahan 70 kg sate goreng. Untuk open house. aku nak hangout jap, by the way, selamat berpuasa esok. Pastikan jangan membazir beli makanan dekat bazaar. Better buat sendiri, kalau tak sedap pun tak apa, asalkan ia hasil dari tangan kita . dan percayalah yang kita mesti puas hati bila makan. Adiossss



Note : Sate arnab dan landak pun sedap juga . Hahaha.

kAMSAHAMNIDA !! !!

14 July 2013

5 Teruna Itu Sahabat Aku

Assalamualaikum




Yes !! entry ni bunyi macam gay pula. Please !! jangan salah faham ok. Inilah yang aku nak share sebenarnya. Sahabat aku banyak lelaki. Dah aku ni lelaki, senang nak cerita dan kongsi segalanya. Ikutkan sejarah pengenalan aku dengan mereka, memang kelakar. Tapi ade 2 orang sahabat aku ni, aku kenal dari sekolah rendah. So, tak surprise lah kalau diorang jadi sahabat aku kan.

Aku rasa kesian dekat kawan aku yang suka menyendiri. Come on lah !! Dunia ni ramai orang yang perlu kita kenal, tak jadi kawan, mungkin sahabat? Kan? Ramai yang berpendapat sahabat ni lain, kawan ni lain. Depends pada korang lah. Bagi aku, ia memang lain. Antara 5 orang sahabat aku ni, yang paling jarang kami jumpa adalah seorang. Yang paling kerap jumpa tu selalu.

Tapi bila jumpa, kau sabar jap. Kalah jejak kasih bhaii. Kawan kolej? Kawan kolej ramai yang demand sangat. Ada yang pandang aku just untuk lepaskan diri. Ada yang bila aku tolong dia, baru nak kawan. Ada yang cepat berubah, ada yang tak berubah langsung perangai buruk dia. So, susah nak jadikan dia sahabat aku. Tapi ramai kakak-kakak dan abang-abang yang baik dengan aku.

Aku pernah punya kawan yang hampir menjadi sahabat aku. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Majoriti , aku ramai kawan baik dan rapat di kolej. Sahabat aku dah tiada akhir tahun lepas. Al-fatihah.

Sahabat perempuan? Mestilah ada !! ada yang dah tunang, so susah sikit nak jumpa. tapi raya tahun ni dapat jumpa, dapat green light katanya. Ok, dah lari jauh tajuk entry dah ni. Aku cerita pasal 5 teruna sahabat aku ni. aku share pasal Course atau setakat ni yang kami capai.

Farish : Dip Kewangan
Shanier : Dip Perniagaan
Razif : Dip Akauntan
Aqie : Dip IT
Saha : Dah kerja
Aku : Dip Kulinari

4 orang sahabat aku berjaya dalam teori. Aku tak tahu kenapa diorang hebat dalam teori dari aku. Rasa tak berguna gak diri aku ni. Haduii.. Tapi bila fikir balik, aku sorang je yang more pada praktikal. So, aku lah hebat. Hahahaha. Lawak !! Semua sahabat aku ni aku kenal dari sekolah. Lagi menjadi relay kami ni bila masing-masing dah masuk kolej. Dah matang dan dah agak tua. Baru 21 tahun umur kami sebenarnya.

Bila fikirkan semula, aku dah cukup bertuah punya mereka. Normal jika kami pernah bergaduh. Tapi dari situlah kami dapat kenal hati masing-masing. Saat susah dan senang mesti mereka ada. Bukan semua yang dapat fahami aku, tapi mereka usaha untuk fahami aku. Aku pun try buat yang terbaik bagi mereka. Cukup bila aku susah semua ada yang sudi dengar masalah aku.Saha aku kenal masa darjah 5. Tak berapa rapat dulu. Tapi start darjah 5, kelas aku still sama dengan dia sampai habis sekolah. Razif aku kenal masa darjah 5 juga. Sama macam saha, tapi aku makin rapat bila kami satu kelas masa form 2.

Aqie,Shanier dan Farish kami rapat bila form 3. Kenal masa form 1. Nak cerita memang panjang. Sebab relay kami ni agak complicated. But ! relay complicated macam tu lah yang buat kami still together. Persahabatan makin menjadi bila form 4. Sebab satu course dulu. Kelas akaun. Otak tahu nak mengira je kami ni. yang paling gila si Saha. Dia rare masa sekolah dulu. Shanier si kasanova, maybe boleh dikatakan kaki perempuan. Bhahahaha. Farish ni banyak berubah. Tapi dia ok. Razif, agak soft !! tapi he straight. Aqie, susah nak faham dengan dia ni, tapi kami faham perangai dia dan dah biasa.

Bila tengok course yang diorang study, mesti tahu kan perwatakan diorang.  Banyak hobi kami tak sama. Yang sama pun berapa kerat je. Selalu ada yang kata hobi dan cita-cita yang sama sesuai jadi sahabat. Tapi itu dalam movie je. Serius lah !! aku pernah lalui benda ni. yang sama course dengan aku dekat kolej, hobi sama, tapi .. malas nak cakap dah. Sendiri fahamlah ye.

Dah 10 tahun lebih aku kenal Saha dan Razif. Yang lain semua dah 8 tahun lebih. Lama kan? Tapi, kami still hangout sama. Beli baju raya sama. Stalk dan gossip sama. Sumpah lega weh. Baru-baru ni after 3 year study, kami jumpa semula. Secara formal ok. Hang dari malam sampai pagi. Tapi Shanier je yang tak ada sebab dia niaga. Jutawan senyap tu. Kaya bhaii.

Macam-macam kitorang ceritakan. Zaman sekolah dulu lah jadi modal nak bercerita. Ingat dulu. Kelas tu hanya kami 6 orang je student lelaki melayu yang ambil course tu. Gempak tak?? Satu kelas ada 60 orang mulanya. Tapi ramai yang bla. Sebab tak suka economi asas. Then kira-kira ada 40 lebih student. Kelas paling ramai masa tu. Budak melayu kalau kira semua ada 17 orang je. Lain semua cina. 6 orang lelaki melayu iaitu kami dan 11 orang perempuan melayu. Kami je yang laki melayu terakhir dekat situ. Wakakaka

Ok, tetiba pula cerita pasal sekolah kan. Dah petang dah, aku nak siap-siap keluar ni, sebelum tu, benda ni khas buat mereka. Thanks sudi jadi sahabat aku

“ A friend is someone  who knows the song in your hear and can sing it back to you when you have forgotten the words."




Note : Selamat berpuasa pada umat islam di seluruh alam ~
kAMSAHAMNIDA !! !!

09 July 2013

Salam Ramadhan ^^

ASSALAMUALAIKUM



Hollaa.. kepada umat-umat islam di seluruh alam ini. selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ni. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna.. Ingat !! jangan buat benda yang memakruhkan dan membatalkan puasa.

Aku nak share niat puasa ni untuk readers aku yang setia.



Note: Siapa yang dah ada anak tu, pastikan tak kena jerat anak-anak. Sehari puasa seringgit !! hehehe


kAMSAHAMNIDA !! !!

08 July 2013

Surat Buat Isteri Omei Angat ~

ASSALAMUALAIKUM








Kehadapan isteri ku yang omei angatt ~~ 

Surat ni khas untuk awak capital Z. saya tahu, awak dah tak ada. Mesti awak fikir, apa kejadahnya Hubby Mucukk mucuk aku ni buat surat untuk aku. Dah tentu-tentu aku tak boleh pegang. Ye awak, saya tahu awak tak boleh pegang surat ni, saya buat ni pun hanya untuk kenangan je. Jangan marah ok. Hahaha.

Sebenarnya saya serius buat surat ni untuk awak. Harap awak sihat disana. Roh awak pun tenang di atas sana. Saya harap juga hutang awak selesai kepada orang lain. Kerana takut roh awak tersangkut kat tiang lampu. *tahan gelak. Terima kasih kerana melahirkan dua orang anak saya. Iaitu Dzariff dan Dzureen. Mereka dah besar sekarang. Semuanya sebab saya yang jaga tau. 

Walaupun mereka kurang kasih sayang seorang ibu, tapi, mereka dapat membesar dengan sihat dan terjaga. Awak jangan risau, kata-kata saya ni serius. Mesti awak fikir yang saya nak kahwin lain kan? Sebenarnya tak. Saya setia awak. Hanya awak seorang je dalam hati saya. Dua-dua anak kita tu, bukan senang nak jaga awak. Macam-macam hal. Tergugat juga keimanan saya menjaganya.. Dzureen sibuk tanya pasal awak bila umurnya cecah 5 tahun.

Masa Dzureen kecik dulu..


“Papa, ane mama?”. (pelat sikit)

“Mama tak ada”.

“Mama awin nan papa lain ye”.

“Eh, tak lah. Mama tak ada”.

Entah macam mana dia tahu pasal kahwin lain tu pun saya tak tahu. Air mata saya masa tu. Tak jatuh pun, sebab lawak bagi saya. Hahaha. Ok, ini serius, Awak pergi tinggal kami tanpa tinggalkan harta kan. Penat saya menyelongkar purse dan barang-barang awak. Yang saya jumpa kad bank awak. Saya dah gembira dah bila jumpa. Sebab saya ingat password awak. Tapi baki akaun awak hanya ada RM9.90 je !! Sesangat sedih hidup kami wak. Nasib baik saya ada harta. Ok, saya nak riak sikit ~

Setelah umur Dzariff cecah 17 tahun dan Dzureen cecah 16 tahun, mereka akhirnya faham, mereka dapat menerima hakikat yang awak dah pergi. Lama kan? Lama betul mereka nak terima hakikat. Semenjak tu, mereka suruh saya cari mama baru, tapi saya tak nak. Walaupun ramai yang nak dekat saya masa tu. Jiran sebelah, janda meletop anak 5. Saya tolak, walaupun tiap-tiap hari dia bagi saya makan nasi dagang. Norliah Ghani dan Rosnah Mat Aris, sibuk terkinja-kinja mengejar saya. Sebab saya kesiankan anak-anak kita, takut mereka jadi anak tiri yang terbiar atau mungkin didera, saya tolak semuanya.

Awak nak tahu pasal anak-anak awak?? Saya senang nak berceritakan pada awak. 

DZARIFF

Setelah setahun awak lahirkan dia dan pergi meninggalkan kami, Dzariff membesar dengan handsome. Sebab saya yang menjaga dia. hehehe. ok, Dzariff dah pandai menguruskan dirinya ketika berumur 10 tahun. Senang jaga dia wak. Masa kecik dulu, dia nak nangis je, saya tarik rambut dia then terajang sampai lebam. Ok, itu tipu. Saya bagi dia susu sebenarnya. Dutch lady 123 tu. Buat 1.5 liter 3 kali sehari dah cukup untuk dia. nasib baik dia tak obesity dulu. Nyaris-nyaris juga dia nak kena kencing manis. Bila dah besar sikit, saya ajar dia memasak. Suka tengok dia buat crème brulee. 

Soalan ni dia pernah tanya dulu..


“Papa, macam mana adik Dzureen boleh lahir?”.

“Hurmmmmmm.. apa kata kita buat tiramisu nak?”.

Saya tak sanggup nak jawab soalan tu. Mana-mana ayah dan ibu pun tak akan bagi jawapan yang tepat pada soalan itu. Sendiri faham ye. Sekarang awak, Dzariff dah berjaya. Berjaya menambat hati gadis-gadis. Memang cemerlang hidup diakan. Jadi buaya darat pula dia. tapi saya tak kesah, sebab dia tambat hati gadis tu dengan masakan dia. Auwww ~~ sweet sangat.

DZUREEN

Anak gadis kita yang awak sempat tengok beberapa jam je. Sebab awak pergi beberapa jam lepas lahirkan  Dzureen. Then, awak sempat pula tulis surat tu. Dzureen masa dia umur 8 tahun dulu. Sibuk tanya pasal awak. Jenuh saya nak melayannya. 

Bangun tidur je..


“Papa, mana Mama?”.

Nak makan je..


“Papa, mana Mama?”.

Nak be*ak je..


“Papa, mana Mama?”.

Kadang-kadang tahap panas saya sampai ke Level atas. Tak ada limit dah. Tapi awak jangan risau. Sebab saya tak pernah pukul dia. Dzariff yang jadi mangsa. Ok, itu tipu. Bila dia dah boleh terima hakikat pasal awak dah tiada. 

Soalan ni dia tanya..


“Papa, Mama pergi ada tinggalkan apa-apa harta tak untuk Reen? Duit ke ? cincin berlian bertakhta Kristal ke ?”.

Soalan dia tu, melambangkan dia akan jadi pisau cukur segala bulu bila dia besar nanti. Nampak benor ikut perangai awak kan? Hahaha. Ok, Itu lawak je. Terkejut juga saya mendengar soalan tu dari dia. Sekarang, dia juga dah berjaya awak. Berjaya menghabiskan duit saya. Sebab anak-anak, saya tidak kesah.

Sekarang, kami semua hidup bahagia awak. Hari ini, hari bermakna saya. Hari gembira kami sekeluarga. Terima kasih kepada awak kerana melahirkan kedua-dua anak saya yang handsome dan cantik seperti Fazura dan Choi Joong Hoon . Saya bersyukur kerana dapat berkahwin dan mengenali awak. Hari yang bahagia seperti ini, patut di kongsi dengan semua orang. Harini ini juga hari bersejarah buat saya, kerana saya nak bernikah lagi ~ ok bai !!




Dari dudaMu
Dato’ Fazley Zahri


Note : Lagi sekali imaginasi aku menjadi-..

kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...