My Army ^^

03 January 2013

Love it ^^



     Aku malas nak update pasal food harini.. tetiba nak luahkan apa yang aku patut luahkan.. hamboi, hahaha.. tak adalah.. aku nak bagitahu betapa bertuahnya hidup aku sebenarnya dan betapa beruntungnya aku hidup aku di muka bumi ini.. pasal gambar dekat atas tu, mesti ramai yang pikir aku nak cerita pasal gadis or kekasih or cewek-cewek or awek or apa2 jelah.. kan?? hahaha..

   Tak ada maknanya~ "LOVE" bukan untuk kekasih je.. untuk semuanya !! Alhamdulillah, aku makin sedar akan kehebatan dan keAgunganNya.. kita hanya meminjam segala yang kita ada di muka bumi ini.. SEGALAnya hanya MEMINJAM !! Ingat tu !! segala yang terjadi pada aku, membuatkan sedar siapa aku sebenarnya.. dah terlalu lama aku lalai dan sesat dialam maya.. T_T baru aku sedari..

  Baru aku sedar, pada siapa aku patut mencintai.. dan pada siapa aku patut berdoa.. ada beberapa perkara yang membuatkan aku mula tersedar dan bangun dari kelekaan ini.. Alhamdulillah, Allah masih menyanyangi ku.. aku bersyukur, aku masih boleh bernafas dan merasa keindahan dimuka bumi milik Allah ini.. SYUKUR !!

  Banyak yang aku mencintai :

  • Ibu bapa ku
  • Sahabat-sahabat ku
  • Kerjaya ku
  • Pelajaran ku
  • Orang yang menyanyangi ku
  • Saudara mara ku
  • Keturunan ku
  • Cita-cita ku
  Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemurah lagi Maha menyanyangi, peliharalah apa yang aku cintai ini dan muliakanlah ia disisi Mu.. sesungguhnya aku bersyukur diaatas apa yang Engkau berikan walaupun hanya sekejap dan sementara.. 

kAMSAHAMNIDA !! !!

Memories Bakery Class ^^




    Hye !! tetiba aku nak post pasal memori kelas bakeri.. hehe, semenjak aku nak dekat-dekat praktikal ni kan..macam-macam terbayang didalam otak ku.. lagi-lagi bila member aku dah nak habis belajar bila habis praktikal nanti..

   Gambar ni di ambil time aku sem satu dulu.. kelas bakeri dan time ni kami semua ada final cooking.. kira examlah.. sorrylah, aku baru post pasal ni.. aku nak update, tapi macam-macam hal.. gambar ni pun aku baru dapat dari member aku.. hurmm.. nampak tak gambar pizza tu?? kami memang dah rancang nak buat pizza, tapi tak delah rancang nak buat pizza keras tu.. hahaha.. semuanya hanya satu bahan, gula !! hahaha.. pizza yang lembut jadi keras kaw-kaw !!

   Aku dah buat kat rumah pizza tuh.. maklumlah, baru kali pertama nak mencuba memasak.. hehehe.. parents aku pula, bagi semangat gila-gila punya.. dekat rm100 duit parents aku melayang.. macam-macam bahan aku letak.. keke^^.. hasilnya memang berbaloi.. group aku sempat merasa, sebab aku bawak balik hostel malam tu.. time battle tu.. kami semua buat dengan happy go lucky !! HAHAHAHA.. tak percaya?? tengok gambar dekat atas tu.. hehehe

   Dulu, aku ni bukan pro, apetah lagi hebat dalam pastri dan bakeri.. so, taktahu apa effect bila doh tu diuli lama.. hahaha.. lawak betul bila diingatkan balik.. judge yang merasa food tu, diimport (cewahhhh ! import lah sangat) dari hotel Equatorial.. agak malu juga, sebab pizza tu serius keras.. haha.. dia ada tanya.. kenapa keras sangat?? saya tak boleh gigit pun.. apa yang kamu letak?? group aku pun kata "letak gula".. aku tahu dia nak gelak, tapi dia cover..

   Lepas itu, dia tanya.. siapa yang suruh letak?? ada tak cuba buat dekat rumah?? aku pun jawablah.. "ada".. dia tanya lagi.. "ada letak gula??" aku cakap tak.. "habis tu, kenapa letak?? siapa yang suruh??" aku nak jaga hati member aku, aku cakaplah.. "Kami satu kumpulan, jadi kami buat kata sepakat untuk letak".. dia kata "ohh, bagus buat kata sepakat, tapi kalau benda tu tak betul, patut kamu betulkan".. aku hanya mengangguk... hehehe.. mesti nak tahu kan siapa?? rasa2nya?? hahaha..

   Kalau perasan, gambar ni aku serius gemuk.. kahkahkah.. maklumlah, budak lagi.. sekarang, Alhamdulillah, tak macam tu.. hehehe.. banyak kenangan aku dalam kelas ni.. ada beberapa kes yang berlaku, dengan kami yang masih fresh dan baru.. hurmm.. semuanya mengajar aku untuk survive dalam dunia ni selama hampir 3 tahun.. syukur !! kepada sahabat-sahabat ku.. semua yang pernah terjadi antara kita, aku harap menjadi satu kenangan yang kita tidak patut lupakan.. sebab, itulah antara dugaan kita untuk hubungan persahabatan ni.. luv u all ^^

Nak tahu resipi atau tips dan sebagainya.. Click disini !! ..

kAMSAHAMNIDA !! !!

Queker Oat Fruit Cookies ~



   Holla ~ heh heh.. aku nak share resipi biskut hari ni.. aku buat semalam sebenarnya.. keke.. ok, aku buat tak guna mana-mana resipi pun, mesti tak percayakan?? mesti fikir aku tipu kan?? terpulanglah ~ aku kena makan quaker oat sebenarnya, so untuk membuang kebosanan, haha.. aku tukarlah cara pemakanan..aku buat biskut.. dapat 5 keping tapi besar-besar.. mungkin macam merepek bahan dan cara buat, tapi, percayalah.. inilah hasilnya..

Bahan-bahan

  1. 5 sudu besar Quaker oat
  2. 5 sudu besar Shortening
  3. 1 sudu besar butter
  4. 2 biji telur merah
  5. 1 sudu kecil serbuk penaik
  6. 4 sudu besar tepung kek
  7. 2 sudu besar tepung gandum
  8. 4 sudu besar buah-buahan kering
  9. sedikit air
  10. 3 sudu besar gula halus
  11. Esen vanilla

Caranya
  1. Campurkan kesemua bahan.. kecuali air.. 
  2. Tekstur dia mungkin keras dan berderai..so, air diperlukan..
  3. Letakkan air, untuk beri dia lebih kelembapan..
  4. Kemudian, bentukkan dan bakar dengan suhu tinggi selama 5 minit, kemudian perlahankan sedikit suhu dan bakar sampai ia masak..

   Macam merepekkan, tapi itulah hasilnya.. kira eksperimen lah tu.. hehehe.. nak guna method lain pun boleh.. pukul dulu butter,shortening,telur dan gula sehingga kembang.. dan seterusnya.. hehe.. tapi yang aku buat ni, parents and kawan parents aku kata sedap, so mungkin eksperimen aku berjaya.. muahahaha ^^

kAMSAHAMNIDA !! !!

02 January 2013

Egg Station !!



    Hye~ harini aku nak share tentang telur.. maksudnya, produk atau makanan yang menggunakan telur atau cara menggunakan telur.. lebih kurang macam tu lah.. tetiba aku nak share pasal ni, sebab haritu ada senior aku present, miss aku tetiba tanya pasal benda ni.. menggigil juga aku tengok dia jawab..

   Biasanya orang makan telur pada sarapan pagi, kerana memberikan banyak tenaga.. mungkinlah.. telur juga mempunyai kandungan protein yang tinggi.. ok, aku teruskan dengan masakan berasaskan telur dan beberapa jenis makanan yang menggunakan telur.. serta, ia popular dimana..

   Oh, sebelum tu, zaman dulu, siapa yang hebat masak telur dia dikira terhebat, bukan senang nak dapat tekstur yang betul untuk masak telur ni.. dan nak tahu lebih, baca disini !!

4 telur yang digemari oleh kanak-kanak secara global
  • French toast
  • Soft-boiled egg
  • Sunny side up
  • Egg in the hole

Basic :
  • Soft boiled egg
  • Medium boiled egg
  • Hard boiled egg
  • Poached egg (telur carak)
  • Sunny side up
  • Over easy
  • Scrambled egg
  • Omelet
   Waktu aku belajar dulu, hard boiled egg atau telur rebus, masak jangn terlalu lama, nanti dia keluar carbon.. nak tahu macam mana, bila potong, tepi telur kuning tu ada warna gelap.. maknanya dia dah terlalu masak.. telur carak atau poached egg susah nak buat, serius !! biasanya kena guna cuka atau sesuatu yang berasid..

  Sunny side up dan Over easy dikira fried egg.. ia nampak sama, tapi berbeza.. Sunny side up atau telur mata kerbau dimasak dengan hanya sebelah sahaja.. maksudnya pecahkan telur, dan biarkan masak.. tapi telur kuning masih cair.. manakala Over easy pula, dimasak kedua-dua belah, tapi telur kuning masih cair.. Faham?? click disini untuk Sunny side up dan click disini untuk Over easy.. lihat perbezaan dia..

   Scrambled egg pula telur hancur.. tekstur dia lembut dan basah.. kalau kering dia bukan scrambled.. ramai yang gunakan kaedah terus guna api.. pun boleh.. tapi ada cara lain, guna kaedah water bath.. air panas dibawah.. dengan cara ini, ia akan mengawal kelembapan..  Seterusnya Omelet atau telur dadar.. semua orang tahu buat, ade beberapa jenis lain.. antaranya Folded (lipat) atau Rolled (gulung) omelet.. study sendiri ye..

  Ok, itu baru basic western tau.. ini pula yang hidangan lain berasaskan telur dari beberapa buah negara.. check it up !!
  1. Eggs en Cocotte - France
  2. Devilled egg - Britain
  3. Egg nog - US
  4. Ouefs Mornay - France
  5. Egg Bhurji - India
  6. Torta - Itali
  7. Fritat - Itali
  8. Coddled egg - England
  9. Bacon and egg pie - Australia
  10. Ouefs Florantine - France
  11. Hamine egg - Egyt
  12. Egg benedict - US
  13. Pancakes - US
  14. Lemon Curd - England
  15. Selsig Morgannwg - Wales
  16. Huevos Rancheros - Mexico
  17. Huevos Divorciados - Mexico
  18. Strata - US
  19. Dashimaki Tamago - Japan
  20. Chawan mushi - Japan
  21. Quiche lorraine - France
  22. Scotch egg - UK
  23. Pickled egg - UK
  24. Thousand year old egg - China
  25. Tea egg - China
   Ok, itu antara makanan yang berasaskan telur.. sebenarnya banyak lagi, tapi yang itu aku bagi hanya untuk pengetahuan semata-mata.. ahaha.. oh !! kalau aku ada tertinggal sesuatu ke, maaf ye.. :)


kAMSAHAMNIDA !! !!

01 January 2013

Welcome 2013 ^^



    Alhamdulillah.. masih berpeluang untuk merasai tahun baru.. mesti ramai yang tengah bahagia menyambut kedatangan tahun 2013 ni.. syukur.. aku berharap, tahun 2013 ini, tiada yang meninggalkan aku.. dan aku berharap, teman-teman aku dan yang mengenali aku, bersama-sama mengejar cita-cita yang di impikan bersama..

   Azam aku tahun ini, nak capai apa yang patut aku capai.. maksudnya, apa yang aku impikan dan citakan akan aku laksanakan In Sya Allah pada tahun ni.. aku akan cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan orang yang mengenali dan menyanyangi aku.. tahun 2012, banyak kenangan pahit aku tempuh, pensyarah yang aku harap dapat mengajar dan melatih aku sehingga aku habis belajar akan kekal.. tapi dia dah berhenti.. aku tak kesah sebab dia dah dapat kerja yang sesuai dengan dia.. dan masih berhubung dengan dia.. aku doakan hidup dia lebih bahagia..

   Tahun 2012 juga, aku kehilangan kawan terbaik aku, aku tak sanggup nak bercerita.. aku takut aku terus menangis.. 2012 juga tahun yang tak rasa bermakna, pembelajaran aku makin merosot, pengetahuan aku makin pudar semenjak pensyarah aku berhenti.. aku harap, tahun 2013 ni, memberikan aku semangat yang hebat.. dan In Sya Allah, aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang ceburi.. doakan aku kawan-kawanku..

   7 January, aku akan memulakan praktikal.. tempat masih lagi dalam pemilihan.. penat, setiap hari memikirkan tempat untuk praktikal.. aku harap, aku dapat memilih tempat yang aku suka dan enjoy untuk melakukan latihan industri ini.. kepada sahabat-sahabatku, aku sentiasa mendoakan kejayaan kamu.. jumpa masa final cooking nanti.. In Sya Allah..
kAMSAHAMNIDA !! !!

Misteri Nasi Lemak ^^



     Annyeong~ haha, tengok tajuk jeh dah pelikkan.. misteri?? apa yang misterinye nasi lemak ni?? sebenarnya aku nak share pasal ke"pelikkan" nasi lemak ni.. macam mana ek nak cakap?? ok, aku mulakan dengan pertanyaan dan pendapat yang biasa orang kata..

Kehebatan Nasi Lemak ni dekat mana ye ??

  haaaa.. inilah yang aku maksudkan dari tadi.. haisshh.. susah benar.. ini fakta jawapan yang aku dapat selama aku hidup ni.. ada yang kata ikut selera masing-masing.. memang betul, tapi kita nak tahu yang original punya rasa dan kesedapan nya dari mana.. betul tak??

  • "Biasanya SAMBAL yang menentukan rasa sedap nasi lemak"
  • "LAUK yang memberikan peranan kesedapan nasi lemak tu"
  • "kalau dah namanya nasi lemak, dah tentulah NASI nya"
  • "BAU dia kot"
  • "DAUN PISANG lah"
  • "CARA MASAK dia mungkin"
  • dan segala jawapan yang lagi PELIK aku dengar ~

   Faham tak?? bila fikir jawapan pertama, mungkin juga.. sebab kalau sambal dia tak sedap, tak sedap juga rasa nasi lemak tu.. tapi cuba fikir balik, ada je orang yang makan nasi lemak dengan kuah rendang.. sedap juga rasanya.. ha? macam mana tu?? haha.. dah pening kan.. hehe..

   Jawapan yang kedua pula, lauk yang memberikan peranan?? yeke?? kalau diikutkan, lauk nasi lemak hanyalah sambal,kacang,telur rebus dan timun jeh.. itu yang betul-betul original lah.. ada yang tak suka kacang, ada yang tak suka timun.. macam mana pula?? hahaha

   Tengok jawapan ketiga pula, mesti fikir benda yang sama, nasi dia yang tentukan kehebatan nasi lemak.. tapi, ramai yang tak sedar, ada sesetengah kedai hanya menggunakan daun pandan dan rencah biasa sahaja.. tidak menggunakan santan pun.. tapi rasa masih lagi sama.. macam mana tu?? hahaha.. fikir-fikir..

   Yang keempat ni pula, bau dia.. mungkin juga, tapi bau apa?? tau ke bau sebenar nasi lemak?? kalau tak tahu, memang tak pernah makan lah tu.. dah tentu-tentu bau santannya.. betul tak?? tapi bau je tak menunjukkan kesedapan sesuatu makanan.. kadang-kadang makan yang bau kita tak suka lagi sedap.. hehehe

   Yang kelima, daun pisang?? hurmmmm.. kesedapan sesuatu nasi lemak itu ialah bau yang dicampurkan dengan daun pisang.. tak juga, daun pisang memang hebat.. semua makanan yang digunakan daun pisang, semuanya sedap.. kan?? tapi kedai yang jual nasi lemak yang bukan guna daun pisang tu sedap juga.. macam mana tu?? pening tak?? hahaha..

   Ok, yang terakhir, cara memasak.. ini 98% kemungkinan.. sebab, kaedah,orang atau cara memasak yang menentukan kesedapan sesuatu makanan.. begitu juga bahan.. faham tak?? ok, sebagai contoh, kalau masak sambal, ada yang tumis dahulu cili tu, ada yang tak.. ada yang biarkan cili tu naik minyak, ada yang tak.. betul kan?? contoh lain, macam nasi, ada yang santan nya kurang, ada yang lebih.. ada yang santannya cair dan ada yang pekat.. ada yang guna santan asli (perah sendiri) ada yang guna santan kotak dan seangkatannya.. sekarang dah paham??

   Ok, kesimpulannya.. semua terpulang kepada pendapat masing-masing.. aku just menghuraikan apa yang tersimpul je.. cuba berfikir dan terus berfikir.. lihat siapa yang mampu meleraikannya.. jika tiada, itulah keistimewaan dan ke'misteri' an nasi lemak.. hehehe..



kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...