My Army ^^

28 September 2012

Bakery / Pembuatan Roti

French Loaf / Baguette / Roti Perancis




Bahan2nya :

1kg tepung roti
15 g garam
10 g yis
10 g bread improver
20 g shortening
600 ml cold water
1 biji telur ( kuning sahaja)


Cara menyediakan :

  1. campurkan semua bahan, adunkan selama 10 minit 
  2. uli sampai masak ( tidak koyak bila di tarik)
  3. bahagikan kepada 300 g
  4. biarkan dia kembang di tempat kedap udara
  5. sapukan shortening di dulang
  6. panaskan oven
  7. ambil adunan doh tadi dan gelekkan guna penggelek
  8. dari hujung doh,gulung dan tekan dengan jari sampai padat
  9. kemudian bila da siap, gelekkan doh tapi jadi panjang
  10. kelar / potong sedikit diatas doh tadi
  11. sapukan kuning telur 
  12. bakar pada suhu 170 c / 60 c selama 20 hingga 25 minit..

       Ok itu antara resepi yang aq guna time belajar dulu.. memang boleh pakai.. sebab selama satu sem tu aq ta abis2 belajar buat benda alah tu.. boring siot.. hahaha.. lecturer asyik tukar2.. biler tukar sume nak ajar benda basic.. benda basicnya ni la.. French Loaf.. aq pun da tak ingat pasal sejarah dia.. pandai2 la korunk cari.. by the way, nama2 yang diatas tu benda sama je sbnrnya.. ramai yang pelik.. ada kata French Loaf, ada kata Baguette.. tak yah nak pelik sangat laa.. nampak benar tak belajarnya.. hahaha..


     Next aq akan bagi resepi Pizza ala Itali.. teringat pulak aq biler buat Pizza tu dulu.. hahaha.. doh keras nak mampus.. sbb gula.. haisshhhh.. mula2 buat kat rumah jadi je.. buat at kolej sorng kate nak letak gula, aq ta nak.. last2 nak kasi diorang puas hati.. letak jela.. dan doh keras gila babeng punya kitorang serve.. malu ta malu la en.. benda da jadi.. terima jelah.. :)


Italian Pizza


Bahan2nya :

Bahan A :

340 g air
16 g tepung roti
1 camca teh garam
500g keju mozarella ( diparut)
yis
marjerin

Bahan B : ( Filling / Inti )

3 ulas bawang putih dan merah
1 camca teh teragon ( herbs )
1 camca teh italian seasoning
garam dan lada sulah
1/2 cawan tomato puri
200g daging kisar
minyak zaitun

Cara Penyediaan Inti :

  1. panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih
  2. masukan tomato puri dan teragon serta italian seasoning dan garam/ lada sulah
  3. biarkan mendidih kemudian masukan daging  kisar
  4. biarkan sehingga daging masak 
  5. sejukkan

Cara Penyediaan Pizza :

  1. larutkan yis dan garam dalam air
  2. tuang yis kedalam tepung
  3. gaul adunan sehingga sebati, uli sehingga lembut
  4. masukkan adunan didalam pan yang dilengserkan dengan majerin.. biarkan kembang..
  5. uli semula untuk membuang udara
  6. canai doh tadi dan letak diatas pan untuk dibakar.. ( blind baked ) dengan suhu 220 c selama 20 minit
  7. bila da masak, baru tuangkan inti tadi dan keju mozarella.. panaskan bagi mencairkan keju..

      Resepi ni lecturer aq bagi.. not bad la.. aq nak bagi resepi croissant, danish dan yang lain.. tapi tunggu aq buka subjek pastri k.. sebab macam tak kena je.. ag pun dia guna doh pastri.. hehe.. ok setakat ni je aq belajar kat kelas bakeri.. aq akan update post pasal meat processing.. atau butcher.. yang ni favret aq.. sebab subjek sem dua ni aq dapat A.. hehe..macam2 aq belajar.. just wait and see.. ;)



kAMSAHAMNIDA !! !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...