My Army ^^

28 September 2012

Bakery / Pembuatan Roti


1st time guna kitchen and masak

     Untuk sem satu dulu, aq belajar buat roti, tapi sayang.. sebab tak banyak yang aq belajar.. adalah sikit masalah..ok, lupakan.. aq terangkan sikit pasal apa yang aq belajar..

     Bahan asas yang ada kat dalam roti adalah tepung, air dan yis.. tak ada barang tu susah sikit nak jadi roti.. hehe..sumpah tak banyak yang aq blajar.. lagi2 dengan aq yang tak minat dengan benda2 timbang ni.. haha

Aq bagi sikit penerangan tentang Yis..

*  Salah satu organisma hidup yang bersel disebut fungus

* Ada dimana2, pada buahan dan sayuran

* Ia memerlukan keadaan tertentu untuk tumbuh..

* Antara keadaan untuk tumbuh tu mcam tempat yang lembab,hangat dan gula..
* Ia sangat sensitif pada suhu..




Langkah-langkah pembuatan roti


* Timbang - penimbangan perlu tepat dalam pembuatan roti.. ada banyak masalah jika penimbangan barang salah..

* Campurkan kesemua bahan untuk membina gluten..

* Rehatkan / Perapkan / penapaian - kaedah ni penting untuk membuatkan yis itu aktif untuk mengeluarkan karbon dioksida dan alkohol..

* Tumbuk- bagi mengeluarkan gelembung2 udara

* Membahagikan doh kepada saiz dan berat yang sama

* Membentukkan doh roti tersebut dengan bentuk bulat

* Merehatkan gluten

* Membentukan doh kepada bentuk yang diingini dan diletakkan diatas baking sheet

* Bakar mengikut suhu yang ditetapkan untuk mengukuhkan badan roti/gluten (suhu didalam air ,tepung dan udara memainkan peranan penting dalam menentukan roti tersebut boleh mengembang atau tidak)

* Sejukkan apabila siap di bakar untuk tujuan mengeringkan bahagian dalam roti..



Kesalahan dalam membuat roti dan cara atasinya


A) Roti tidak naik dan struktur roti agak rapat

Sebab2nya

* Tidak menggunakan tepung berprotin tinggi

* Garam berlebihan

* Tidak mengembang dengan cukup

* Suhu oven terlalu rendah


Kaedah mengatasinya

* Gunakan tepung yang betul

* Pastikan kuantiti garam disukat dengan betul

* Tentukan doh mengembang dua kali ganda daripada saiz asal

* Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dan mengikut suhu yang betul


B) Permukaan roti tidak rata dan berlubang

sebab2nya

* Yis berlebihan

* Masa menguli doh terlalu pendek

* Doh terlalu mengembang

Kaedah mengatasinya

* Timbang kuantiti yis dengan betul

* Pastikan masa menguli doh mengikut resepi

* Jika doh mengembang, uli semula, bentuk dan biarkan ia mengembang sekali lagi


C) Roti yang masam

Sebab2nya

* Penggunaan yis yang berlebihan

* Yis kering tidak dilarut terlebih dahulu didalam cecair

* Yis mampat dicampur dengan gula

Kaedah mengatasinya

* Timbang kuantiti yis dengan betul

* Yis kering mestilah dilarutkan didalam cecair

* Kadar penggunaan gula jangan terlalu tinggi apabila menggunakan yis mampat


    Itu antara teori yang aq belajar dulu dengan lecturer lama aq.. penting juga benda ni.. nota seterusnya nota kepahaman aq..


Antara Sebab kesalahan dalam membuat roti

1. Saiz tak kembang

* Kurang garam

* Kurang Yis

* Guna tepung yang salah

* Cara penapaian yang salah

* Tak cukup uli dan sebaliknya

* Oven terlalu panas


2. Saiz terlalu besar

* Terlalu sikit garam

* Terlalu banyak yis

* Penapaian terlalu lama

* Salah sukat bahan


3. Bentuk yang buruk

* Air yang berlebihan

* Cara penapaian yang salah

* Cara pembentukan doh yang salah..

*  Roti yang terlalu berat disebabkan tidak cukup penapaian..


    Itu nota mengikut kepahaman aq.. next aq terangkan sikit pasal benda yang harus tahu dalam pembuatan roti..


Gluten - ia adalah protin didalam tepung gandum
                ia memberi struktur dan kekuatan kepada bahan yang dibakar
                protin mestilah menyerap air


Mengawal gluten

               Pembuat roti ada beberapa cara dalam pengubahsuaian pembangunan gluten antaranya :
  • Pemilihan tepung
  • Penggunaan shortening
  • Air
  • Cara menguli

     
      Ini pula just untuk info tambahan

Tepung :
  • White wheat flour
                  * Bread flour
                  * Cake flour
                  * Pastry flour
                  * All purpose flour

  • Whole wheat flour
                  * Bran Flour
                  * Rye Flour
                                   * Light
                                   * Medium
                                   * Dark

  • Other flour
                  * Cornmeal
                  * Soy flour
                  * Potato flour



Shortening :

  • Regular 
  • Emulsified
  • Puff pastry
  • Butter
  • Margerin
  • Oils
  • Lard



        Ok.. setakat itu yang aq ingat dalam kelas bakeri tu.. memang tak banyak yang aq belajar.. haishhh.. kelas praktikal yang aq belajar, buat French Loaf, Pizza,Cinnamon Roll, Danish, Croissant.. tak banyak mcm budak junior kolej aq.. ada berpuluh gak la diorang belajar.. tak pelah maybe tak da rezeki aq kat situ.. by the way, nanti aq aq akan update resepi Pizza Itali, French Loaf,Croissant and Danish.. just wait n see yeah ~~ :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

1 comment:

  1. assalamualaikum bro, nak tanya, klu nak buat roti pakai whole wheat plus all purpose flour mcm mane ye??sbb tepung roti x de kat nagare yg aku duduk ni...klu ade pun mgkn terlalu mahal..whole wheat ni pun mahal..tp sbb bini aku mengidam roti gardenia..terpaksela aku buat jugak..hope bro blh tlg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...