Dibilik pembedahan, jam 7.29 pagi.
Suara tangisan dan kesakitan didengari oleh semua orang,mahupun haiwan dan kemungkinan alam semesta.Seorang doktor yang ala-ala K-pop dan beberapa orang jururawat yang ala-ala kumpulan GG atau SNSD atau lebih dikenali Girl Generation sedang berusaha untuk membantu Zahira Fazisha untuk melahirkan anak sulungnya. Pagi yang indah itu akan menjadi hari yang bersejarah buat pasangan Fazley dan Zahira. Fazley yang berada diluar menunggu dalam keadaan yang gelisah. Dia tidak dapat bersama isterinya kerana ketakutan dan kerisauannya boleh menganggu doktor.
Beberapa minit kemudian, datang ibubapa Zahira bersama ibubapa Fazley untuk melihat cucu sulung mereka.
“Macam mana anak mak ?”. Tanya Puan Zahrah iaitu ibu kepada Zahrah dengan muka yang pucat.
“Saya tak tahu mak”. Jawab Fazley sambil mencium tangan mak mentuanya.
“Kenapa kamu tak masuk tengok ?”. Tanya Puan Rohani iaitu ibu kepada Fazley pula dengan senyum.
“Mak ni macam tak tahu, saya dah lah tak boleh tengok perempuan yang meraung kesakitan ni. apetah lagi yang nak bersalin macam ni”. Jawab Fazley dengan dahi berkerut dan cover macho sambil membetulkan kolar bajunya.
“Huh ~”. mengeluh kedua-dua ibu yang tidak sabar menunggu kelahiran cucu mereka sambil melabuhkan punggung dikerusi keras hospital.
Bapa dan bapa mentua Fazley hanya duduk dan berbual. Perbualan mereka seperti setahun tidak berjumpa. Dah seperti duduk di kedai kopi. Tetiba-tiba Tuan Zahri iaitu bapa Fazley yang duduk bersebelahan menepuk bahunya.
“Takpa, jangan risau sangat. Be cool new father !! isteri kamu tu mesti boleh punya. Tunggulah beberapa minit lagi. sekejap lagi dapatlah jumpa putera sulung kamu. “
“Aah. Sekejap je tu. tayah risau sangat.” Tuan Zain Zaini menyampuk.
Lalu Tuan Zahri dan Tuan Zain Zaini berdiri dan menuju ke lif.
“Maknya, kami nak pergi ke café. Nak ikut?”. Tanya Tuan Zain Zaini.
“Haish awak ni, orang tengah risau nak suruh pergi café pula.” Marah Puan Zahrah.
Kedua-dua bapa Fazley pergi sambil ketawa.
*****
Beberapa jam kemudian..
“Uwekkkk..uwekkkk..” tangisan bayi mula kedengaran. Fazley yang tertidur, bangun kerana terkejut. Satu malam Fazley tidak tidur kerana menunggu isterinya.
“Anjat boboy !!”. Fazley terkejut dan berkata didalam hati.
“Haa.. anak aku ke tu?.” tanya Fazley kepada dirinya.
Fazley masih dalam keadaan mamai. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya.
“Macam mana rupa dia agaknya? Agak-agak ada macam muka Nickhun tak? Kulit dia putih ke hitam? jangan macam Negro sudahlah.” Fazley menggaru kepalanya.
Puan Rohani dan Puan Zahra tiada di sebelah Fazley. Fazley terkejut kerana kedua-duanya berada di dalam bilik isterinya.
“Ek elehh.. sampai hati dia orang tak kejutkan aku. Taulah excited nak jumpe cucu. Fazley berdiri berdekatan Puan Rohani yang sambil mendukung cucu sulungnya. Puan Zahrah memandang kearah doktor.
“Puan sila ikut saya sebentar”. Panggil doktor Adam Haris sambil menuju ke pintu.
“Baiklah”. Jawab Puan Zahrah dengan sayu.
Diluar pintu berdekatan dengan lif.
“Doktor, bukankah anak saya melahirkan anak kembar? Dan kedua-duanya lelaki. Tanya puan Zahrah dengan matanya tenung tajam kearah doktor.
“Ya, tapi bayi yang kedua tidak dapat diselamatkan. Kerana lemas. Lemas sebab lambat keluar”. Jawab doktor sambil menundukkan kepalanya.Tidak lama kemudian, Doktor Adam Haris mengangkat kepala dan membetulkan bajunya untuk cover macho dengan tangannya membetulkan kaca mata.
Puan Zahrah hanya mampu menahan tangisannya. Mukanya merah seperti ketam yang direbus 5 kali.
Beberapa minit kemudian
Puan Zahrah menceritakan tentang bayi kedua itu. Fazley dan Zahira hanya mampu menahan tangisan.
“Kalau lah ada bayi kembar kita abang”. Tangannya memegang tangan Fazley yang sedang mendukung anak kecil disisinya. “Saya akan letakkan nama Dzarill Farish”. Zahira menundukkan kepala dan airmatanya terus mengalir.
Jururawat yang sedang mengemas ketika itu terdengar perbualan mereka. Lalu berkata didalam hati.
“Sweet gila dia orang ni. Jeles pula aku tengok”. Mata menjeling sinis dan mengemas dengan gelojoh. “Baik aku cepat, boleh aku call balak aku, suruh dia cepat-cepatkan nikah dengan aku.” Jururawat itu keluar dengan langkah yang laju seperti lari marathon atau lari berpagar.
“Jadi, apa pula nama anak kita yang masih ada ni”. Tanya Fazley dengan suara yang serak-serak basah. Masa itu, kedua-dua ibu mereka berada diluar.
Fazley mendukung putera sulungnya dengan senyuman yang mengalahkan Joker. “Muka dia tak macam Nickhun pun, tapi macam Choi Joon Hoon.”Fazley memandang muka isterinya dengan senyumannya itu.
“Untuk mengekalkan ketulusan cinta kita, saya letakkan nama Dzariff Firash. Nama penuh abang Dzul Fazdli. Gunakan huruf DZ dan F sebagai pangkal. D nama abang, Z nama saya. F pangkal nama kita berdua. Sweet kan?”. Jawab Zahirah dengan muka duck face.
******
bersambung..
Huhu..terharu ble nmpk ko tagged akk..terharu gak ble ada lg peluang baca nukilan ko dlm blog ni..keep it coming, i'll be waiting! Fighting!!
ReplyDelete