My Army ^^

20 September 2015

Story of My Life

Setiap gambar ada cerita

Sebab aku jadi Toys Photographer..




P/s : semua benda yang terjadi ada sebabnya.. 
kAMSAHAMNIDA !! !!

18 September 2015

Toys Photography ^^


Annyeonghaseyo ~~

Start dari post ni. Aku akan update gambar sahaja, nak explain aku tak punya banyak masa. Maybe sehari 2-3 keping. Paling sikitlah.  Kalau banyak pon tak
lebih 30 keping. So, layan lah









P/s : semua gambar ni idea asal aku.
kAMSAHAMNIDA !! !!

17 September 2015

Toys Photography ^^

Assalamualaikum, again about toys photoshoot. Lepas aku send gambar ninjago tu, aku dapat request dari salah seorang ahli group LBK. Dia minta aku shoot gambar hero dan tak kisah hero apa. Aku sahut request dia. Dengan sedikit ilmu dari ahli lain yang layan photography dan inilah hasilnya.

Yang ini aku shoot pada waktu pagi, sebab aku baru belajar manual, aku terlupa setting kasi nampak cantik.

Ironman menyorok dari hulk

Hulk smash !!

Lepas aku masukkan dalam group LBK, banyak komen positif aku dapat.. Alhamdulillah. Abang yang request gambar ni, dia pikir aku hanya shoot yang biasa-2 je, tapi aku buat scene untuk minifigs ni dalam photo. Katanya selalu nak dapat feel dalam gambar hanya gambar dari orang putih, tapi dapat feel nya dalam hasil photoshoot aku ni. 😊

 Ada juga yang kata gambar aku ni nampak hidup. Hehe. Idea, tempat dan cahaya penting kalau nak gambar yang cantik. Setting kamera pun. Yang penting jangan putus asa. Shoot seberapa banyak yang boleh, dan bandingkan hasilnya, dari situ kita dapat belajar. 

p/s : Lego jenama ori, tapi sebab dia terlalu mahal, dan ada minifigs yang Lego tak keluarkan, bootleg jadi pilihan.

kAMSAHAMNIDA !! !!

Toys Photography ^^

First, ini antara gambar yang mula-2 aku ambil masa dapat dslr. Aku join group LBK (Lego,bootleg dan Kreo) di Facebook. Alhamdulillah, dapat sokongan dari geng sana.

Bootleg ninjago

Masa aku mula-2 shoot gambar ni, aku masih belajar manual, sebab tak rarelah kalau aku shoot pakai auto. Hehe.

Yang bawah ni, aku buat scene 4 orang Ninja ni tengah belajar jutsu.

Jay belajar tenangkan diri

Cole belajar lepaskan diri

Lloyd belajar teknik samaran

Kai belajar teknik jinak benda liar

Ini hasil semua aku belajar manual. Sekarang pun masih belajar lagi.. 😀 aku share hobi baru ni dekat sini, sebab ada yang request. Aku masih baru dan masih belajar.

P/s: beli mainan or figure bukan kerana masih budak, tapi mengukur kesetiaan kita terhadap hobi kita. Heeee
kAMSAHAMNIDA !! !!

16 September 2015

Kembar Yang Terpisah



Dibilik pembedahan, jam 7.29 pagi.

Suara tangisan dan kesakitan didengari oleh semua orang,mahupun haiwan dan kemungkinan alam semesta.Seorang doktor yang ala-ala K-pop dan beberapa orang jururawat yang ala-ala kumpulan GG atau SNSD atau lebih dikenali Girl Generation sedang berusaha untuk membantu Zahira Fazisha untuk melahirkan anak sulungnya. Pagi yang indah itu akan menjadi hari yang bersejarah buat pasangan Fazley dan Zahira. Fazley yang berada diluar menunggu dalam keadaan yang gelisah. Dia tidak dapat bersama isterinya kerana ketakutan dan kerisauannya boleh menganggu doktor.

Beberapa minit kemudian, datang ibubapa Zahira bersama ibubapa Fazley untuk melihat cucu sulung mereka.

“Macam mana anak mak ?”. Tanya Puan Zahrah iaitu ibu kepada Zahrah dengan muka yang pucat.

“Saya tak tahu mak”. Jawab Fazley sambil mencium tangan mak mentuanya.
“Kenapa kamu tak masuk tengok ?”. Tanya Puan Rohani iaitu ibu kepada Fazley pula dengan senyum.

“Mak ni macam tak tahu, saya dah lah tak boleh tengok perempuan yang meraung kesakitan ni. apetah lagi yang nak bersalin macam ni”. Jawab Fazley dengan dahi berkerut dan cover macho sambil membetulkan kolar bajunya.

“Huh ~”. mengeluh kedua-dua ibu yang tidak sabar menunggu kelahiran cucu mereka sambil melabuhkan punggung dikerusi keras hospital.

Bapa dan bapa mentua Fazley hanya duduk dan berbual. Perbualan mereka seperti setahun tidak berjumpa. Dah seperti duduk di kedai kopi. Tetiba-tiba Tuan Zahri iaitu bapa Fazley yang duduk bersebelahan menepuk bahunya.

“Takpa, jangan risau sangat. Be cool new father !! isteri kamu tu mesti boleh punya. Tunggulah beberapa minit lagi. sekejap lagi dapatlah jumpa putera sulung kamu. “

“Aah. Sekejap je tu. tayah risau sangat.” Tuan Zain Zaini menyampuk.

Lalu Tuan Zahri dan Tuan Zain Zaini berdiri dan menuju ke lif.

“Maknya, kami nak pergi ke café. Nak ikut?”. Tanya Tuan Zain Zaini.

“Haish awak ni, orang tengah risau nak suruh pergi café pula.” Marah Puan Zahrah.

Kedua-dua bapa Fazley pergi sambil ketawa.

*****



Beberapa jam kemudian..

“Uwekkkk..uwekkkk..” tangisan bayi mula kedengaran. Fazley yang tertidur, bangun kerana terkejut. Satu malam Fazley tidak tidur kerana menunggu isterinya.

“Anjat boboy !!”. Fazley terkejut dan berkata didalam hati.

“Haa.. anak aku ke tu?.” tanya Fazley kepada dirinya.

Fazley masih dalam keadaan mamai. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya.

“Macam mana rupa dia agaknya? Agak-agak ada macam muka Nickhun tak? Kulit dia putih ke hitam? jangan macam Negro sudahlah.” Fazley menggaru kepalanya.

Puan Rohani dan Puan Zahra tiada di sebelah Fazley. Fazley terkejut kerana kedua-duanya berada di dalam bilik isterinya.

“Ek elehh.. sampai hati dia orang tak kejutkan aku. Taulah excited nak jumpe cucu. Fazley berdiri berdekatan Puan Rohani yang sambil mendukung cucu sulungnya. Puan Zahrah memandang kearah doktor.

“Puan sila ikut saya sebentar”. Panggil doktor Adam Haris sambil menuju ke pintu.

“Baiklah”. Jawab Puan Zahrah dengan sayu.

Diluar pintu berdekatan dengan lif.

“Doktor, bukankah anak saya melahirkan anak kembar? Dan kedua-duanya lelaki. Tanya puan Zahrah dengan matanya tenung tajam kearah doktor.

“Ya, tapi bayi yang kedua tidak dapat diselamatkan. Kerana lemas. Lemas sebab lambat keluar”. Jawab doktor sambil menundukkan kepalanya.Tidak lama kemudian, Doktor Adam Haris mengangkat kepala dan membetulkan bajunya untuk cover macho dengan tangannya membetulkan kaca mata.

Puan Zahrah hanya mampu menahan tangisannya. Mukanya merah seperti ketam yang direbus 5 kali.
Beberapa minit kemudian
Puan Zahrah menceritakan tentang bayi kedua itu. Fazley dan Zahira hanya mampu menahan tangisan.
“Kalau lah ada bayi kembar kita abang”. Tangannya memegang tangan Fazley yang sedang mendukung anak kecil disisinya. “Saya akan letakkan nama Dzarill Farish”. Zahira menundukkan kepala dan airmatanya terus mengalir.

 Jururawat yang sedang mengemas ketika itu terdengar perbualan mereka. Lalu berkata didalam hati.
“Sweet gila dia orang ni. Jeles pula aku tengok”. Mata menjeling sinis dan mengemas dengan gelojoh. “Baik aku cepat, boleh aku call balak aku, suruh dia cepat-cepatkan nikah dengan aku.” Jururawat itu keluar dengan langkah yang laju seperti lari marathon atau lari berpagar.

“Jadi, apa pula nama anak kita yang masih ada ni”. Tanya Fazley dengan suara yang serak-serak basah. Masa itu, kedua-dua ibu mereka berada diluar.
Fazley mendukung putera sulungnya dengan senyuman yang mengalahkan Joker. “Muka dia tak macam Nickhun pun, tapi macam Choi Joon Hoon.”Fazley memandang muka isterinya dengan senyumannya itu.

“Untuk mengekalkan ketulusan cinta kita, saya letakkan nama Dzariff Firash. Nama penuh abang Dzul Fazdli. Gunakan huruf DZ dan F sebagai pangkal. D nama abang, Z nama saya. F pangkal nama kita berdua. Sweet kan?”. Jawab Zahirah dengan muka duck face.
******
bersambung..


kAMSAHAMNIDA !! !!

Masih Ada :)

Assalamualaikum.. Last aku update blog ni September 2013.. Fuhhh.. Almost 2 year aq tinggalkan.. Almaklumlah.. Sibuk. Dah malam pun, nak cerita panjang-2 pun dah malas. Sebab aq nak berbloging balik, aku nak share sikit hobby baru. Nah


Haaa.  Tu dia, photography dan Lego collector.. Bila dah jdi collector toys.. Mesti nak jadi Photographer toys. Aku bagi satu gambar dulu, ada masa aku update selebihnya. Kalaulah aku ada banyak masa. Hmmm..

P/s : Aku bukan yang dulu :)
kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...