My Army ^^

27 September 2013

Surat buat bakal isteri Dzariff Firash ^^



Assalamualaikum buat bakal isteri putera sulung pakcik yang bernama Leesya Wu.
Pakcik buat buat surat ni khas buat kamu si kaki pisau cukur !! *Harap kamu tak menangis bila baca surat pakcik ni. Mula-mula pakcik nak minta maaf dari hujung janggut ke hujung buku lali. Sebab pakcik tahu sesangat-sangat, dan pakcik berani bertaruh !! selepas kamu membaca surat ini, mesti kamu akan menangis. Kalau tak percaya, bacalah sampai habis.

Pakcik tahu nama sebenar kamu, Leesya Wu. Pakcik juga tahu tempat lahir,tarikh lahir dan segalanya, termasuklah makanan favret kamu. Psycho tak pakcik ?? mesti kamu ketakutan sekarang kan. pakcik tahu sebab pakcik selalu stalk FB kamu. Pakcik Add kamu tapi tak approve, tapi dapat follow je. Pun boleh .

Pakcik rasa pakcik dah lari jauh sangat dari topic asal. So, kite straight to the point. Pakcik just nak bagi tahu, pakcik tahu kamu dah kenal Dzariff Firash dari semester 2. Dah dekat 4 tahun kamu bersama dia, tapi pakcik tak pernah jumpa kamu. Kemudian pakcik dapat tahu yang kamu bakal bernikah dengan dia. tu yang buat pakcik terkejut tu. pakcik dah siapkan syarat-syarat untuk kamu sebelum kamu bernikah dengan anak pakcik. Check it out !!

1. Mesti tahu masak crème brulee sebab itu antara favret Dzariff dan pakcik.
2. Bila masak Chinese food pakcik nak kamu buat Flambe.
3. Ramekin untuk buat Crème brulee mestilah berkualiti.
4. Pisau yang digunakan di dapur mestilah jenama Zwiling atau Global. Victorinox pakcik tak layan ok.
5. Mesti tau 5 mother sauce.
6. Jadual pemakanan Dzariff mestilah tepat, dan pastikan dalam seminggu ada 12 jenis masakan berbeza dari beberapa buat Negara yang Dzariff suka.
7. Seminggu sekali mesti ada homey Pizza.
8. Baju dia, mestilah menggunakan sabun Downy dan comfort.
9. Paling penting !! jangan cari masalah dengan Dzureen Fazlin iaitu adik kesayangan Dzariff Firash dan anak kesayangan pakcik.
10. Yang terakhir, bahagiakanlah hubungan kamu berdua.

Senangkan?? Pakcik bukan seperti pakcik yang lain, minta bukan-bukan. Tapi pakcik yakin, kamu mesti dah menangis bila sampai yang nombor ke 5. Pakcik tahu kerjaya kamu bukan seorang Chef, tapi seorang Pramugari. But, if u love someone u can do everything right?? Lau betul kamu sayang dia dan cintakan dia, belajar semua tu. tak susah pun. Bila dah buat semua benda tu, pakcik nak kamu datang jumpa pakcik dan test masakan kamu. Kamu hanya ada masa sebulan 15 hari je. Kalau tak lepas test tu, dalam mimpilah kau nak kahwin dengan dia !! kejam kan?? Kejam angat ~~

Tapi kamu lagi kejam. Sebab hantaran kamu minta 15k serba terlentang. Pakcik tak tahu terletang macam mana kamu minta. nak itulah,inilah !! pakcik tahu dari FB kamu juga. Semua benda kamu cerita. Banyak pula tu yang like dan komen. Ok, pakcik dah malas nak menaip. Sampai disini saja. Apa-apa hal, just wechat pakcik je. Cari dekat FB pakcik ok. Baii !!

Daripada
Dato' Fazley Zahri
                     

kAMSAHAMNIDA !! !!

24 September 2013

The Last ^^






[Guy]
I love you.
[Girl]
Hey! How many were there before me?
[Guy] 
What do you mean?
[Girl]
How many girls did you love before me?
[Guy]
Love, five, I loved five women before you.
[Girl]
What were their names?
[Guy]
Who? What? When? Where? Why?
[Girl]
Can you tell me about them?
[Guy]
Who I loved was a girl from college. I wasn’t exactly close to her, but with some superficial facts and a few interactions over a semester, you know, like most guys fantasizing over a girl they barely know, I filled in the blanks like a fairy tale author. And who she became in my head, was probably more than the reality. She was a third year sorority girl. Yeah and I was an infatuated freshman, sure, but the several times we got to spend together outside of class, it really allowed me to see she also had a good heart and a bright spirit. The only problem was, so did just about every other guy. And while she turned me down nicely, I swear there were times when it seemed like the cliche sorority girl may have felt something for the typical, awkward freshman.
What I loved was an old friend, but she was much more than just a friend. We met early in college, kept in touch through the years after. We saw each other grow and change and through multiple relationships. I saw her different boyfriends come and go. She was also there for every girlfriend and breakup of mine.
Personality, humor, taste, it was all there. Her and I were almost perfect. The only thing that wasn’t perfect was our timing. We were never single at the same time. What we loved about each other was never enough to leave who we were with. This is something we eventually had to face and accept, and we had to leave behind what we had.
When I loved was my first girlfriend in high school. It’s a bit unfair because she embodies the combination of both love and youth. The feeling of young love is unique and impossible to replace or replicate because we can only be that age once. High school was a time of innocence, discovery, and adventure. We shared these three elements together in things like our first kiss, late night sneaking out, and matinee movies, all of which now have become a nostalgic love, preserved in a time neither of us can touch, but know was there. Even though we were just kids, there’s not a doubt in my mind that when we were there, we were in love.
Where I loved was the girl I met in Los Angeles. I never intended to stay there that long. It was just a six month internship after graduating. But it all changed when I met her. Soon, a year had passed, and somehow, another year after that. I couldn’t leave the city. I couldn’t leave her. Maybe it was my desire to be on my own or prove something to everyone back at home, but she helped me accomplish it over there with a relationship reflective of the city we were in, an new energy, new experiences, that really pushed me to mature more than anyone or anywhere else. When people ask what city I love the most, I say LA. The city where I lived the most.
Why I loved was a close friend of mine who passed away. She told me after she was diagnosed that death was not what saddened her the most, but the fact that she never really felt like she had fallen in love. She wouldn’t get to have them emotions, good and bad, of being hurt and of being held. After she passed, those words stuck with me the most, teaching me to see that one of the great gifts we have of being alive is the ability to give and receive and even lose love. There are so many like her, whose lives end before having any of those experiences. What a waste if we don’t strive to love in our lives. She made me understand why. Why waste this life not loving?
[Girl]
I understand now.
[Guy]
You’re the sixth.
[Girl]
Sixth, so which one am I then?
[Guy]
You’re none of them because you’re all of them. You are who I love; the girl on the pedestal, the fantasy the make-believe things that are actually true. You are what I love; the depth, the inside jokes, the best friend. You are when I love; a new history is being started with you. We are the young lovers our older selves will someday reminisce about. You are where I love: because I’d go anywhere, just to be with you. You are why I love: because before you, I didn’t truly understand what I was looking for. Now that we found each other, you’ve given my past and future meaning. You are the sixth. You are the last.
[Guy]
So, how many were there before me?
[Girl]
Five is all.
[Guy]
What were their names?
[Girl]
Who? What? When? Where? Why?

kAMSAHAMNIDA !! !!

18 September 2013

kenapa dengan aku




semakin lama aku makin keliru..
apa yang patut aku kejar dan apa yang patut aku buat..
3 tahun aku habiskan masa aku untuk kejar cita-cita dan impian aku masa aku remaja..
aku dah tak tahu apa halatuju aku.. 
umur makin meningkat..
ye.. aku cemburu bila kawan-kawan aku menuju terus kejalan yang mereka pilih..
aku lagi jatuh bila mereka yang anggap aku sebagai seorang yang boleh pergi jauh dalam bidang yang aku pilih..
tapi sekarang aku melencong dan terus melencong..
aku sedar aku melencong.. tapi aku tak tahu apa yang patut aku buat..
langkah apa yang aku perlu buat untuk menuju jalan yang aku patut pilih..
sebab aku tak pasti ini ke yang aku pilih selama ni.. 
impian aku selama ini apa??
 kerna apa aku habiskan masa aku selama 3 tahun itu ?? 
ye.. aku memang cemburu bila mereka yang berjaya dalam bidang yang aku impikan.. 
aku nak jadi seperti mereka.. 
tapii..
aku perlu seorang yang mahu memberi inspirasi pada aku.. 
tapi tiada..  
aku manusia biasa..
 ye.. aku sedar aku manusia biasa.. apa yang patut aku buat dan lakukan?? 
aku lemah.. 
aku tak kuat.. 
aku senang mengalah dan senang terpengaruh.. 
aku perlu dia , dia dan Dia..



kAMSAHAMNIDA !! !!

04 September 2013

Wind chimes, Taksub, Baking ^^

Assalamualaikum




Ehem-ehem !! sakit tekak la pula. Hye readers !! Annyeonghaseyo ~ korea pula kali ni. Aku nak share something ni. kalau berkenan teruskanlah membaca, kalau tak berkenan tu pegang mouse, click button pangkah sebelah kanan tu (ops !! relax-relax)

Ramai yang tahu kan cerita yang ditayangkan dekat youtube tu. Pengarah dari korea, pelakon Malaysia dan tempat pun di Malaysia. Kalau tak tahu, aku rasa korang tak up to date !! tajuk dia “WIND CHIMES IN BAKERY”. Aku rasa cerita ni dia buat sebab nak promote handphone Samsung S4 tu. Lupakan.

Cerita ni best !! bunyi macam tak logic kan satu episode hanya 6-7 minit. Kalau ada pun mesti merepek. Tapi ini tak. Jalan cerita dia memang best. Ramai yang komen, biar betul 7 minit?? Macam bodoh je. Tapi bila dah tengok ramai komen puas hati dan tak sabar nak tengok episode yang seterusnya. Sekarang dah ada full episode dah. Semua 8 episode. Episode last tu lama sikit. Dalam 14 minit macam tu.

Aku nak update entry ni bulan lepas. Tapi tak ada masa. Bianhe !! jangan fikir aku ketinggalan zaman ke apa. Sorry ok !! aku orang yang up to date tau. (emo kejap) . sebab aku terlalu layan cerita tu, aku pun carilah resipi roti tu. Cari punya cari, ade jumpa resipi asal yang digunakan dalam cerita tu. Hebat tak?? Hahaha. Nak tau resipi?? Ambik ni !!




Nak tahu dapat dari mana?? Sudah semestinya rahsia !! dah bagi ambil jela. Roti yang aku buat naik dengan cantik je. Rasa pun sumpah sedap. Aku buat sendiri inti kacang merah tu. Kalau ikut resipi asal, beli yang dah siap. Trylah buat, bukan susah pun. Resipi tu comfirm betul punya. Nak tengok aku punya roti ?? ni ha.






Note : kalau nak cuba, di alu alu kan.. :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

Movie !! Movie ~

Assalamualaikum


Yoyo !! what’s up what’s up bro (pegang microfon,gaya poyo macam rappers) hoho, agak lama aku tak update blog. Maafin gua deh !! enggak sengaja dong. Aku ni dah kenapa?? Start-start dah macam orang nak minta kaki saiz 10 lak kan. Ok, malas nak cerita panjang la, aku saja je nak update blog harini, sebab tetiba rajin.

Tajuk entry kali ni bunyi macam dah lapuk, tapi siapa kesah der !! blog aku kan?? Dah terang-terang tulis “OFFICIAL BLOG FAZLEY ZAHRI”. Tak suka?? Bla lah !! hehehe. aku maybe terlebih kafein harini, tetiba lak nak cari gaduh. Dah banyak melalut ni, check this out ~

The Wolverine



Cerita ni aku tengok dengan bestie aku , oh !! sweetnye. Masa tu beberapa hari nak raya, rancang memang nak tengok movie, tapi bestie aku sorang ni lak kata tak nak. Rayau downtown je. Saja jenjalan usya awek. Pastu rasa macam bosan, kitorang pun pergilah jalan ke Mines. Tempat tu dah tutup dah, dalam pukul 11 macam tu, bestie aku tak tahu nak tengok movie, die ikut je. Sampai sana, apa lagi. kitorang paksa die gak. Hahaha. Back to the movie, malas nak cerita panjang, aku bagi rate 4 star je, sebab die perburukan Jepun.

Percy Jackson : sea of monster



Cerita ni aku tengok dengan bestie gak, tapi berdua jela. Yang lain semua sibuk. Tak rancang pun. Pergi jalan-jalan, rasa bosan pastu decide nak pergi tengok movie. Apalagi, redah jela. Aku bagi rate 3.5 star sebab cerita freemason or iluminati. Tuhan ada anak la, mata satu la. Cerita ni pernah jadi isu dan tak patut tayang dekat Malaysia, alasan dia kanak-kanak senang terpengaruh. Bahaya woo..

The Conjuring




Cerita hantu yang orang kata seram. Padahal tak seram mana pun, sound effect dia je yang gempak. Buat orang meremang bulu roma. Banyak scene yang mengejut gak. Aku bagi rate 4 star sebab jalan cerita menarik. Aku tengok dekat laptop je, bestie aku download. Heee


Now you see me




Cerita ni paling gempak !! sebab kisah pasal magician. Jalan cerita tak bosan, sebab kita tak aspect apa yang jadi lepas tu. Lepastu, banyak trik-trik magic dan plan dorang buat. Hebat woo. 4 horsemen or 4 magician tu semua ada kehebatan die tersendiri. Kaki pukau la, skil magic la, macam-macam. Wajib tengok !! cerita ni pun bestie aku gak yang bagi. Aku bagi rate 5 star. Lau 10 star rate die, aku bagi 10 star. Gempak kot !!

KL Gangster 2




Aku tak layan sangat cerita melayu ni. tapi dah kecoh orang kata best, aku pun layan la. Ramai kan yang tau cerita ni tak tayang lagi dekat pawagam. Yang tengok semua download. Mengamuk pengarah dia, siapa tak mengamuk, cerita tu boleh dapat kutipan tinggi kot. Last-last orang boleh tengok free je. Kesian. Aku bagi rate 4 star je. Sebab bahasa yang dia gunakan poyo la. Lepastu melambangkan orang melayu ni macam pengganas,mafia dan gangster besar. Scene banyak fight , so aku layan sikit. Jalan cerita pun not bad.

Kick-Ass 2




Hoho, cerita paling kelakar aku pernah tengok dekat pawagam, aku gelak memang kaw-kaw. Ada ganas, jalan cerita pun not bad, lawak pun lawak tapi lucah dia lebih pula. Tak sesuai tuk kanak-kanak, sebab bahasa kasar banyak digunakan. Aku bagi rate 4.5 star sebab buat aku gelak. Aku tengok dengan kawan kolej aku, dia belanja. Heee

R.I.P.D




Cerita ni boleh tahan la. Sebab ada fight. Jalan cerita best, tapi silap satu je. Ending die tak best. Kelakar dia pun not bad. Yang tak best, dia ada kaitan dengan hari kiamat atau orang putih panggil jugdement day. kena jadi polis untuk “rest in peace department” sebab boleh backup amalan baik masa hari kiamat tu. Tak sesuai untuk kanak-kanak juga. Aku bagi rate 3.5 sebab cerita dia ada banyak kalut. Yang best sebab CGI dia hebat.

Ok, aku rasa macam dah malas. Banyak benda aku nak update, tapi mungkin lain kali kot. Majlis tunang kakak aku,hangout, iftar dengan bestie, open house dan raya aku nak kena cerita. Nanti ade masa aku update. Bon appétit !! tetiba lak.. hahaha
kAMSAHAMNIDA !! !!

03 September 2013

Utamakan yang ada ^^

Assalamualaikum



"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”



Note : Kekalkan yang lama,rapatkan yang baru :)

kAMSAHAMNIDA !! !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...